Jumaat, 5 April 2013

Perjumpaan Keluarga & Saudara Mara Sheikh Abdullah Banamah dan Sheikha Maimunah


Insya Allah, perjumpaan keluarga, sahabat handai dan saudara mara keturunan dari rumpun Sheikh Abdullah Banamah dan Sheikha Maimunah akan diadakan di Kota Singapura (di Hotel Royal Plaza @ Scott) pada 14 Disember 2013.

Mudahan sepertimana acara serupa yang diadakan sebelum ini, ianya akan dihadiri oleh seberapa ramai yang boleh agar talia persaudaraan akan dapat dikukuhkan. Amin. Bagi maklumat lanjut, sila hubungi Encik Khusaini, Singapore.



Royal Plaza@ Scott terletak di Scott Road di kawasan beli-belah utama di Kota Singapura.


Takziah

Bagi mewakili keluarga besar Bana'mah dari Brunei Darussalam, Malaysia dan Singapura, kami mengucapkan berbanyak takziah kepada Pak Cik Yahya dan Mak Cik Masnah atas pemergian ke rahmatullah ibu mertua dan ibunda yang tersayang iaitu pada malam Jumaat, 5 April 2013.  Kami sama-sama mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan diberikan segala kasih sayang oleh Allah Subbahana Wataala sepertimana jua Allahyarham menyayangi anak-anak, cucu-cucu dan kesemua keluarga dan sahabata handai yang lain, Amin Ya Rabbalalamin.