Isnin, 12 Julai 2010

Cucunda2 dan Cicit2 Allahyarham Sharifah Hajah Gayah Al-Bana'mah melalui Hjh Munah @ Minah




Alhamdulillah, ramai sekali keturunan Sheikh Haji Abdullah Al-Bana'mah yang menetap di Wilayah Persekutuan Labuan. Semoga semuanya hidup aman damai, sihat walafiat dan dimurahkan rezeki oleh Allah Subbahanawataala. Amin.

P/s Hajah Munah ataupun lebih dikenali sebagai Hajah Minah adalah anak tertua kepada Allayarham Sharifrah Haji Gayah. Beliau menetap di Banteng, W.P. Labuan bersama suami, anak-anak dan cucu-cucu beliau.

Keturunan Al-Bana'mah melalui Sharifah Hajah Gayah binti Sheikh Haji Umar Al-Bana'mah

Ahad, 11 Julai 2010

Tahniah Kerana Terpilih Foto2 Terbaik "ProjekBrunei"

Tahniah kepada Siti Fatimah Azzahraa' dan Siti Farah Diyana kerana foto2 terpilih sebagai antara yang terbaik dalam Pertandingan Foto Brunei Projek "Brunei Ku". Judges' comments under each photo.

"Here are the winning 'Your Brunei' photographs!
Finally, the wait is over! Four special guest judges have helped in selecting the winning photographs from the recent 'Your Brunei' Twitter contest, where tweeps were invited to tweet back photographs to the theme 'Your Brunei'. *drum-roll please!*"



By @Emmaanas
Note by @SuperAdrianMe: I like this picture because it shows the people in tudongs and the architecture of the stadium...and mass participation by the people.


By @Emmaanas (Yes, two of her photographs were selected by the judges!)
Note by @MicBandits: We agreed that this represented the foundation of a Bruneian; family. Anyone will remember the many times they've spent at the beach with their families and friends...a true Bruneian getaway.



By @Farahanas
Editor's Note: Everyone has a story. The rich colours reminds me of this.

RIWAYAT HIDUP TOK AMI SHEIKH HAJI ABU BAKAR BIN SHEIKH HAJI ABDULLAH AL-BANA'MAH (ADINDA KEPADA DATOK SHEIKH HAJI OMAR BIN SHEIKH HAJI ABDULLAH

(Sumbangan Haji Abdul Jalil Haji Abdul Latif)


Tok Ami Haji Abu Bakar tinggal di No. 8, Jalan Khamis, Singapura. Beliau mempunyai beberapa orang anak antaranya Dr Hj Mohammad(Ami mat),Ami Dol,Ami Nin dan yang perempuan adalah Makcik Zainah (bonda kepada Dayang), Achee (bonda kepada Awie) dan beberapa orang lagi.

Dahulu kami sekeluarga kerap kali berkunjung ke Singapura dengan menaiki kapal laut yang memakan masa 3 hari dan 3 malam.Kami menginap di rumah Tok Ami.Pernah sekali kami pergi pada bulan puasa.Saya juga turut berpuasa dengan Tok Ami.Beliau hanya memakan beberapa potong roti paun setiap hari puasa.Pada malamnya,beliau akan menaiki bas untuk sembahyang tarawih di Masjid Sultan. Yang saya kagumi,walaupun Tok Ami sudah mencecah umur 70 lebih tahun,kalau saya tidak silap,beliau berupaya turun naik bas dan ulang alik ke Masjid setiap malam. Beliau terpaksa berjalan keluar ke jalan besar untuk menaiki bas.

Beliau telah menunaikan Haji kali kedua dengan Ami Nin dan menghembuskan nafas yang terakhir di tanah suci. Mudah2an rohnya ditempatkan bersama dengan orang-orang berinan,Amin

Rabu, 7 Julai 2010

Bahasa Melayu Berunai


Bagi tatapan bersama. Kadang2 ada saudara besar dari Singapura inda faham bahasa saudara mara dari Brunei dan Labuan sebab perbezaan dalam bahasa Melayu standard dengan bahasa Berunai sendiri.

Isnin, 5 Julai 2010

Final National U-14

Bersukan adalah salah satu cara terbaik untuk mengekalkan kesihatan badan dan mengukuhkan ketahanan mental. Semasa melihat album elektronik, saya terjumpa gambar Mohammad Aiman (cucu kepada Sharifah Hajah Sino Sheikh Haji Umar Al-Bana'mah) pasukan beliau (Projek Ikan Pusu memenangi Brunei National Under 14) pada bulan Ogos 2009. Sayangnya keluarga besar Al-Bana'mah di Brunei sememangnya tidaklah terkenal dengan penyertaan didalam sukan. Untuk makluman pada masa ini, Mohammad Aiman sedang mengikuti sesi latihan bagi ASEAN U-16 Football Tournament yang akan diadakan di Jogjakarta pada tahun ini. Mudahan2 beliau akan terpilih dalam sesi pemilihan nanti. Amin.



Mohammad Aiman bersama Coach Haji Omar




Ayah Aiman (sebelah kiri dengan bendera kuning) tumpang glamer.

Makluman

Sukacita dipohonkan kerjasama ahli-ahli keluarga besar Al-Bana'mah apa kiranya akan dapat memberikan buah fikiran dan bahan2 untuk dimasukkan kedalam blog Al-Bana'mah Family ini. Cerita2 lama mengenai ahli keluarga yang terdahulu samada yang masih ada ataupun tiada, berita2 suka dan duka, pecapaian, kejayaan dan sebagainya. Sila hantar bahan2 berkenaan kepada anaslatif@yahoo.com. Terlebih dahulu diucapkan berbanyak terima kaseh. Wassalam.