Jumaat, 18 Jun 2010

Allayarham Nenek Janis (Isteri Sheikh Abu Bakar bin Sheikh Abdullah Al-Bana'mah)


Nenek Janis adalah isteri kepada Tok Ami Bakar. Saya pernah bertemu dengan Allahyarham ketika berkunjung ke Singapura dan tinggal di rumah keluarga beliau di Jalan Khamis, Upper Thomson Road. Nenek Janis sangat peramah orangnya. Setahu saya Nenek Janis mempunyai seorang saudara lelaki yang menetap di Brunei. Saya tidaklah tahu samada ianya adik atau abang. Saudara lelaki nya itu semasa hayatnya mempunyai sebuah kedai jahit di Kampung Sultan Lama (kini menjadi kawasan Komplek Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Bandar Seri Begawan. Saudara lelaki tersebut sudah pun meninggal. Saya pernah bertemu dengan anak beliau semasa Majlis Perkahwinan sepupu saya (anak kepada Ngah Gait (Hajah Tom bin Sh. Hj Umar Al-Bana'mah).

Mesyuarat Bulanan Majlis Perjumpaan Keluarga Al-Bana'mah

Alhamdulillah, Mesyuarat bagi bulan Jun telahpun sempurna diadakan pada petang tadi bertempat di Honeyta Cafe, Serusop. Mesyuarat telah membincangkan berbagai perkara termasuklah program, logistik, jamuan dan acara2 yang akan diadakan semasa Majlis Perjumpaan di Bulan Disember nanti. Majlis akan bermula dengan senbahyang magrib berjemaah dan bertahlil pada Jumaat 24 Disember 2010 sementara Majlis Perhimpunan akan diadakan pada 25 Disember, Sabtu mulai jam 1.00 petang.

Jawatankuasa tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada hos pada bulan ini Puan Hajah Salmah Stewart.

Khamis, 10 Jun 2010

Majlis Pernikahan Shahrizal Saffian cucu Allahyarham Sharifah Mariam bte Sh. Abdullah Al-Bana'mah



Kedua Pengantin bersama ibu bapa

Kamsah (Labuan) dan Mustapha Kamarudin(Labuan)
Hussin Kamarudin (Labuan) dan Zahid Sofian (Brunei)

Rabu, 9 Jun 2010

Gambar-Gambar semasa Majlis Pertunangan Aniza Johari pada 9 Mei 2010


Wajah Kegembiraan di Hari Pertunangan Aniza Johari.


Wakil Kedua Keluarga


Menyambut Kedatangan Rombongan Lelaki


Aniza dengan Ayahanda dan Ibunda Tersayang


Aniza dengan Ninda Tercinta




Gambar Keluarga Tuan Johari bin Jamaludin (Singapura)


Allahyarham Jahara(Ibu Malek), Allahyarham Hazizah(Ibu Johari), Allahyarham Bedah(Ibu Khusaini). Terima kasih kepada Tuan Johari Jamaludin kerana mengirimkan gambar diatas.


Tuan Johari dengan ayahanda tersayang Jamaludin.



Anakanda-anakanda Tuan Johari. Aniza (Adik) dan Azrul (Abang) semasa masih kecil.

Tahniah Atas Pertunangan Kepada Aniza & Iskandar

Dikesempatan ini diucapkan ribuan tahniah kepada Aniza Johari yang telah melangsungkan pertunangan dengan Encik Iskandar pada 9 Mei 2010 di Singapura. Semoga hubungan keduanya sentiasa diberkati Allah SWT dan segera ke jinjang pelamin. Amin Ya Rabbal Alamin. Daripada keluarga di Brunei Darussalam.

Sabtu, 5 Jun 2010

Hajah Edah binti Sheik Haji Umar bin Sheikh Abdullah Al-Bana'mah


Hajah Edah atau Maidah (“Mak Edah” panggilan yang saya gunakan semenjak kecil lagi) adalah anak kedua Sheik Haji Umar bin Abdullah Al-Bana’mah. Maidah seorang yang berwatak lemah lembut dan selalu bertutur dalam suara yang rendah. Semasa saya masih kecil, beliau selalu memangku saya dan kegemaran saya memegang\n sekumpal isi lembul yang tumbuh ditepi perut beliau. Saya masih ingat semasa kecil saya selalu terjatuh (kemudian baru tahu ianya disebabkan mata yang tak berapa terang – sebelum memakai kaca mata) dan selalu mendapat benjol dikepala. Maidah akan mengeluarkan kapor sireh dan memelitkannya ke benjol tersebut. Beliau seterusnya akan mengolong hujung rambut sehingga sebesar bola golf dan meniup gumpalan tersebut sebelum meletakkannya keatas benjol. Pernah satu hari, semasa saya sedang bercakap-cakap dengan Maidah, Rahim (Haji Rahim anak beliau yang bongsu) datang selepas bergunting rambut. Maidah terus mengambil sikat dan menyikat rambut si Rahim. Saya tanya kenapa rambut yang baru digunting ini mahu disikat. Maidah senyum saja, rupanya beliau hanya mahu memestikan yang guntingan tersebut kemas. Begitu lah keperihatinan nya kepada anak2 dan anak2 buah beliau.

Maidah pernah sakit tenat sehingga doctor menyatakan sudah tidak ada harapan tetapi dengan berkat usaha dan izin Allah, beliau telah sembuh dengan mengunakan perubatan tradisional (mengunakan akar2 dan daun2). Sejauh peringatan saya, Maidah terus mengalami gangguan kesihatan semenjak itu. Tetapi alhamdulillah, selepas itu beliau sempat menunaikan fardhu haji dan juga melihat cucu beliau yang pertama (Emilly). Maidah meninggal sekitar awal tahun 80an.

Saya masih ingat kali terakhir saya bertemu dengan Maidah. Hari tersebut adalah hari terakhir saya berada di Brunei Darussalam sebelum bertolak disebelah malam ke England kerana sesi pengajian akan bermula tidak lama lagi. Masa itu (sebelah pagi) beliau singgah dirumah bapa saya di Kampong Sungai Lampai dengan menaiki kerita yang dipandu oleh Haji Salim (anak Maidah yang kelima). Hati saya sungguh berat untuk memberitahu tahu yang saya akan terbang malam nanti. Tapi saya tak sampai hati kerana Maidah, bagi saya ialah sama dengan emak saya sendiri. “Maidah, aku belayar malam ani’. Maidah terus menangis dan berkta “Maidah sakit Nas. Ani tah saja kitani berjumpa, sebab umur Maidah inda lagi lama’. Maidah terus memeluk saya dengan sepuas-puasnya (air mata ini pun terus menitis sama seperti masa tersebut. Amat sukar bagi saya melupakan saat tersebut). Selepas itu beliau pun masuk kedalam kerita sambil melambai2 tangan sehingga lah kerita memasuki ke jalan besar dan hilang dari pandangan).

Kira2 dua minggu selepas itu, saya menerima berita dari Haji Abdul Jalil bahawa Maidah sudah kembali ke Rahmatullah. Jatuh rasanya jantung mendengar berita tersebut. Pada hujung minggu, kami adik beradik (Haji Jalil dan Hjh Siti Hani) telah mengadakan majlis bertahlil di Surau Brunei Hall di Paddington, Sabah.
Ketika saya pulang bercuti, Dayang (Hajah Mariam, anak kedua Maidah) menceritakan yang Maidah, selepas berjumpa dengan saya buat kali terakhir telah pergi ke kedai kasut di Bangunan PGGMB bersama Haji Salim dan membeli sepasang selipar dengan wang yang saya berikan sebagai kenang2an.

Pernah beberapa kali, saya terbangun di tengah malam kerana mimpi berjumpa dengan Maidah dimana sepertimana biasa beliau menyembut ku dengan senyuman yang sangat mani dan dengan penuk kasih sayang sama seperti setiap kali saya berjumpa dengan beliau semasa hayatnya. Saya sangat sayang Maidah. Selalunya selepas terbangun, saya akan menitiskan air mata tetapi apakan daya hanya doa dan bacaan yassin dapat disedahkan.