Jumaat, 25 November 2011

Selamat Pengantin Baru

Sukacita diucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Abdul Samad bin Anuar dan isteri Halimatusa'adiah Haji Tengah. Majlis Pernikahan telah diadakan di rumah pengantin perempuan di Kampong Perpindahan Rimba pada jam 4.00 petang, hari Jumaat, 26 November 2011. Abdul Samad adalah anakanda kepada pasangan Anuar bin Haji Idris dan Dayang Jaimah. Abdul Samad adalah cucunda kepada Mak Embam (cucunda Sheikh Haji Abdullah Bana'mah).

Majlis Persandingan akan diadakan pada hari Ahad, 1 Muharam 1433 bersamaan 28 November 2011 di Dewan Sekolah Menengah Rimba.


Upacara Akad Nikah sedang dijalankan.

Pengantin Lelaki menyarungkan cincin ke jari Pengantin Perempauan

Kedua mempelai bergambar dengan keluarga Pengantin Lelaki.

Rabu, 16 November 2011

Selamat Kembali Ke Tanah Air



Sukacita dimaklumkan bahawa Dato Paduka Haji Yunos bin Mohammad Noh dan isteri Datin Hajah Haniah telah pun berangkat kembali ke tanah air pada petang 15 November 2011. Pesawat yang membawa rombongan haji ke empat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada pukol 3.30 petang. Menyambut ketibaan kedua jemaah di Tanjong Nangka adalah sanak saudara termasuklah Sharifah Hajah Sino binti Sheikh Haji Unar Al-Bana'mah.

Sukacita dimaklumkan bahawa Sharifah Hajah Tom binti Sheikh Haji Abdullah juga telah berangkat kembali ke tanah air dengan rombongan kedua yang tiba pada hari Isnin, 13 November 2011. Sharifah Hajah Tom disertai oleh suami Haji Abdu Bakar Sirat dan anakanda Hajah Bibi serta suami, Haji Mohamad Naseer.

Didoakan semoga memperolehi haji yang mabrur, amin.

Isnin, 14 November 2011

Perjumpaan Al-Bana'mah di Pulau Labuan

Sukacita memperingatkan bahawa Perjumpaan Al-Bana'mah akan berlangsung kira-kira 40 hari sahaja lagi iaitu pada 25 Disember 2011. Kepada sesiapa yang ingin mendaftar untok menyertai Majlis Perjumpaan berkenaan sila hubungi Nurjani, Labuan.

Selamat Hari Raya Aidul Adha

Walau sudah berlalu, kami keluarga besar Bana'mah di Brunei Darussalam ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidul Adha kepada seluruh umat Islam khususnya kepada keluarga-keluarga bana'mah di Malaysia, Singapura, Indonesia, Yemen dan lain-lain lagi. Kepada yang menunaikan fardhu haji didoakan semoga mendapat haji yang mabrur. Amin.

Selasa, 11 Oktober 2011

Gambar Tok Busu (Haji Abdul Latif), Adik kepada Sheikha Maimunah (Isteri Sheikh Haji Abdullah Banamah)



Alhamdulillah, penulis pernah bertemu dengan Tok Busu semasa kecil2 dulu di No. 8 Jalan Khamis. Tapi sebab masih terlalu kecil tidaklah pula berbual-bual dengan nya. Maklum masa itu, budak-budak selalu takut hendak bercakap dengan orang-orang yang sudah berumur.

Tok Busu yang berbaju merah adalah datuk kepada Mak Cik Salmah yang menetap di Yishun pada masa ini. Juga dalam gambar adalah Tok Ami (Allayarham Sheikh Abu Bakar Bana'mah anakanda kepada Sheikh Haji Abdullah Bana'mah dan Sheikha Maimunah). Keduanya telah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah.

Perkumpulan Keluarga Sambil Berhari Raya

Semasa menghadiri Majlis Perkahwinan Dr Haji Ian Geoffrey dan Siti Sarah serta Majlis Menghantar Berian dan Pernikahan Siti Khatijah Dato Haji Yunos, sanak saudara dari Singapore dan Labuan mengambil kesempatan berkunjung dan berhari raya di kediaman Haji Mohammad Anas dan keluarga. Haji Mohammad Anas adalah anakanda kepada Sharifah Hajah Sino binti Sheikh Haji Umar Bana'mah. Kunjungan ini dibuat pada hari Jumaat, 9 Sept.2011.



Isnin, 10 Oktober 2011

Majlis Menghantar Berian (Mas Kawin) Dr. Haji Ian Geoffry

Assalamualaikum, sukacita mengambil peluang ini untok memuat naik kedalam blog, gambar-gambar semasa majlis menghantar berian bagi perkahwinan Dr. Haji Ian Geoffrey dan Siti Hajar Hj Mohd Daud. Majlis berlangsung pada Ahad, 4 September 2011 dirumah kediaman Haji Mohd Daud di Kampong Sungai Hancing

Dalam bus menuju ke rumah pengantin perempuan
Semasa dalam perjalanan

Aishah dan Amalina tidak ketinggalan membantu membawa gangsa berisi hantaran
Balqis dan Iqah (belakang)

Sharifah Hjh Sino Bana'mah dan Dato Paduka Hj Yunos
Hajah Jamilah

Siti Nur Syahirah tidak mahu ketinggalan