Blog khusus mengenai keturunan Bana'mah. Sesiapa yang ingin membuat sumbangan artikel untok diterbitan didalam blog ini. Sila hantar ke anaslatif@yahoo.com
Isnin, 30 Ogos 2010
Iftar Di Singapura
Alhamdulillah, Blog Al-Bana'mah telah menerima sekeping gambar yang menunjukkan pertemuan ahli-ahli keluarga dari Brunei Darussalam dan Singapura sambil menikmati iftar di bulan Ramadan. Iftar atau bersungkai berkenaan telah diadakan di kediaman Encik Jalal (baju jingga) dan isteri Cik Salmah di Yishun. Ianya dihadiri oleh Hjh Norhayati (baju gelap) dan suami Junidi (tiada dalam gambar) dari Brunei Darussalam.
Khamis, 26 Ogos 2010
Melanggar di Hari Raya
Mungkin orang luar akan merasa hairan kalau di Brunei Darussalam ramai orang melanggar rumah saudara mara dan sahabat handai. Kalau di Singapura atau Malaysia, kita berkunjung ataupun ziarah kerumah saudara mara, bagi orang Brunei ianya dipanggil melanggar. Tak tahulah apa sebab ianya dipanggil demikian mungkin kalau dulu orang berziarah mengunakan perahu dan apabila sampai ke rumah yang dikunjung, depan perahu akan di 'langgarkan' (dirapatkan) kepada anak-anak tangga bagi memudahkan untuk turun naik.
Walau apa pun yang kita panggil, adat dan tradisi berkunjung masih diteruskan dan perlulah dikekalkan dengan niat mengeratkan silatulrahim dan perlulah kita mengikuti pantang larang agama dan lain-lain lagi. Di Brunei Darussalam kalau 20 tahun yang lalu, ribuan kanak2 kecil akan datang 'melanggar' tanpa mengira rumah siapa asalkan ianya didiami oleh kaum muslimin dan muslimah. Mereka disambut dengan mesra walaupun ianya sangat meletihkan. Benar lah Raya ini sebenarnya paling seronok bagi kanak2. Kini bilangan kanak2 yang 'melanggar' kian sedikit, mungkin atas sebab keselamatan ataupun mungkin jua kebanyakan kanak2 tersebut (yang dulunya datang dari kampong-kampong di Kampong Ayer kini telah berpindah ke kawasan-kawasan Perpindahan Kerajaan. Tetapi kenangan yang tinggal membawa senyum dan kerinduan.

Sabtu, 21 Ogos 2010
Majlis Tedarus, Sembahyang Magrib dan Isya serta Terawih Berjemaah
Alhamdulillah Majlis Bertadarus, Sembahyang Berjemaah Magrib, Isya dan Teraweh telah diadakan di kediaman Yang Berhormat Dato Paduka Hj Yunos di Kampong Tanjong Nangka, Jalan Tutong, Negara Brunei Darussalam. Majlis turut dihadiri oleh kaum keluarga Al-Bana'mah. Ianya juga diteruskan dengan bacaan doa selamat bagi Azaira Esham yang akan melanjutkan pelajaran di Reading, England. Azaira akan bertolak pada 30 Ogos 2010. Insya Allah.
Jumaat, 20 Ogos 2010
Selamat Pengantin Baru kepada Ahmad Sharizat Muhd Saffian dan Masni Maidin
Ahmad Sharizat bersama Masni Maidin, bersama ayahanda dan bonda tersayang di hari pertunangan dalam bulan Januari 2010. Bertempat di Sandakan, Sabah.
Alhamdulillah, Keluarga Al-Bana'mah menerima dengan penuh kesyukuran kepada Allah Subbahanwataala berita akan berlangsungnya perkahwinan Ahmad Sharizat (adinda kembar kepada Ahmad Sharizal dan cucunda kepada Allahyarham Sharifah Mariam binti Sheikh Haji Abdullah Al-Bana'mah) dengan Cik Masni binti Maidin. Majlis akan berlangsung di Sandakan, Sabah pada Jumaat, 17 September 2010 bersamaan 8 Syawal 1431. Semoga kedua pengantin di kurniakan kebahagian, kesihatan, ketaqwaan dan zuriat yang taat kepada Agama, bangsa, negara dan kedua ibu bapa. Amin.

Khamis, 19 Ogos 2010
Ramadan Di Brunei 40 Tahun Yang Silam
10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan - pengampunan, 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.
Banyak perbezaan keadaan berpuasa di Brunei kira-kira 40 tahun yang lalu. Antah mungkin kerana sistem pendidikan agama pada masa itu agak longgar terdapat umat Islam yang tidak berpuasa dan ada yang berkunjung ke negara jiran misalannya Singapura dan menjadikan musafir sebagai sebab untuk tidak berpuasa. Tapi tujuan ristaan ini bukanlah mengata si pulan bin sipulan tidak berpuasa pada masa itu, malah menyentuh kisah harian pada zaman tersebut.
Bagi terikh permulaan puasa. ianya ditetapkan dengan melihat anak bulan tetapi bagi sebilangan orang cara paling mudah ialah pergi ke pasar sayur berdekatan dengan Kampong Sultan Lama, kalau nyonya-nyonya yang berjualan sayuran dan bahan masakan seperti bawang dan sebagainya mula mengantung kantungan plastik berisi cendol (hijau tanpa santan atau susu) dan cincau (bentuknya seperti batu bata tetapi kecil), maka sudah pasti puasa akan menjelang, Orang saling bertanya pada si nyonya samada anak bulan nampak atau tidak, dan mereka akan melihat kalendar cina. Hairan selalunya kelendar mereka tersebut betul.
Satu tradisi yang masih dikekalkan pada masa ini adalah tembakan bedil (sebenar mariam kecil) oleh pasukan askar di luar karangan Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin. Saya masih ingat kawan sekolah saya menelipon memberitahu anak bulan nampak kerana bdil telah kedengaran (rumah beliau hampir dengan Masjid). Tetapi sepertimana jua pada masa ini, berita mengenai bermulanya berpuasa tidaklah segembira mendengar esok ialah hari raya. Mengenai sembahyang terawih pula, boleh dikatakan lebih ramai orang bersembahyang terawih di masjid2 pada masa ini dari dahulu. Mungkin kerana pengetahuan yang lebih mengenai fadilat terawih. Nota: Dulu kalau sembahyang raya masya Allah ramai hingga keluar masjid, tapi pada sembahyang jumaat bilangan jauh lebih kecil (walaupun sekiranya sembahyang hari raya dan sembahyang Jumaat adalah pada hari yang sama).
Satu amalan yang masih dikekalkan ialah berziarah ke kubur saudara mara semasa bulan ramadan. Semasa kecil dulu, saya adik beradik ikut rombongan kampung menaiki tongkang besar untok pergi dari 'tempat' (gelaran bagi tanah perkuburun) ke 'tempat' yang lain. Lazimnya bilangan rombongan melebihi 50 orang tetapi yang membaca yassin hanyalah seorang dua. Yang lain cuma membersihkan kawasan perkuburan dan turut membaca wirid menurut si Imam tadi. Bahagian yang paling seronok ialah bila menerima sedekah wang syiling 10 sen. Tetapi disebabkan bilangan 'pemberi' adalah banyak, kadang2 pada satu tempat kami berlurih (Bahasa Brunei bagi memperolehi) sehingga $1 atau lebih. Bagi sehari kami kadang2 dapat sehingga $4 ringgit. Bayangkan 1 botol minuman 1 litre cuma 20 sen jadi kira kaya sakan lah masa itu.
Saya masih ingat masa kecil2 berpuasa tetapi niat sebenarnya ialah untok mendapat hadiah semasa hari raya menurut jumlah hari berpuasa. Mungkin itu cara ayahanda dan bonda untok menjinakan kami dengan berpuasa. Dulu2 tidaklah ada aircon cuma kipas angin, kalau hari panas terpaksalah berulang kali mandi dengan air sejuk. saya tidaklah berapa ingat samada pernah 'terminum' semasa mandi tersebut. Rasanya tidak tetapi mungkin kerana ingatan sudah ditelan umur. Paling seronok ialah jika dibawa bonda menonton wayang semasa siang hari. Hilang juga rasa lapar. Masa itu, belum lagi ada TV jadinya tengok wayang gambar adalah paling ditunggu-tunggu.
Juadah berbuka puasa pula kira sama seperti masa sekarang. Hanya lagi dulu kalau berbuka ada masakan ayam, itu sudah kira paling spesial. Tetapi sekarang masakan ayam sudah menjadi standard menu.
Sekian saja dahulu ristaan semasa berpuasa. Semoga ianya dapat mengambarkan kepada generasi sekarang cara berpuasa semasa dahulu.

Ahad, 15 Ogos 2010
Kelahiran Anak Pertama Alaudin Mahmood & Nur Jannah
Kegembiraan ayah menyambut kelahiran anak yag dinanti-nantikan.
Alisha Qistina Alaudin
Alhamdulillah, dipajatkan syukur kehadarat Allah Subbahana Wataala atas kelahiran seorang puteri kepada pasangan Alaudin Mahmood dan Nur Jannah, di Singapura. Siti Alisha Qistina binti Alaudin, dilahirkan di Singapore General Hospital kira-kira jam 4.24 petang pada Sabtu, 14 Ogos 2010 bersamaan 4 Ramadan 1431. Bagi mewakili kaum keluarga di Singapura, Brunei dan Malaysia, diucapkan berbanyak tahniah kepada kedua ibu bapa dan juga kepada Encik Mahmood dan Puan Hamidah kerana mendapat cucu pertama. Insya Allah bertambah meriahlah raya tahun ini. Semoga Siti Alisha Qistina sentiasa diberikan kesehatan dan menjadi anak yang berbakti kepada kedua ibu bapa, keluarga, agama, bangsa dan negara. Amin.
Jumaat, 13 Ogos 2010
Sepupu Serumpun
Siti Hamizah Zainal Abadin, Siti Farah Diyana Anas, Siti Khatijah Sofian dan Siti Amalina Izzatti Sofian (cucunda-cucunda Sharifah Hjh Sino dan suami Haji Abdul Latif bin Muhammad)
Siti Hamizah Zainal Abadin bersama dengan Siti Balqis Abdul Rahman, Honeyta Emilly Mohd Barkry Stewart, Sitia Amalina Sofian dan Siti Irdina Afiqah Abdul Rahman. Hamizah dan Amalina adalah cucunda-cucunda Sharifah Hjh Sino. Balqis, Honeyta Emilly dan Afiqah adalah cucunda-cucunda Sharifah Hjh Edah.
Kenangan Hari Raya Syawal 1430 bersamaan Sept. 2009 di kediaman Sharifah Hajah Sino binti Sheikh Haji Umar Al-Bana'mah.
Kenangan Lama
Doktor Haji Mohamad (berbaju cara melayu warna biru) bin Sheikh Haji Abu Bakar bin Sheikh Haji Abdullah Al-Bana'mah bergambar dengan Dayang Kamsah@Paya, anakanada kepada Allayarham Sharifah Hajah Gayah binti Sheikh Haji Umar bin Sheikh Haji Abdullah Al-Bana'mah dan keluarga di Wilayah Persekutuan Labuan.
Dalam gambar dari kiri ke kanan: Dayang Kamsah, Husin (berdiri di belakang); Nurjanis (Tudung Putih), Mohamad Abu Bakar (dikenali juga sebagai Abu, baju biru muda); Allayarham Mohd Kamarudin Shah (meninggal awal tahun 2009); Dr. Haji Mohamad dan Mustafa.
Rabu, 11 Ogos 2010
Selamat Menyambut Awal Ramadan
Alhamdulillah, kerana dengan izin Allah Subbanawataala jua kita dapat lagi menikmati keberkataan bulan Ramadan. Dengan ini sukacita diucapkan selamat berpuasa kepada kesemua umat Islam dimana sahaja berada dan khususnya kepada saudara mara dan sahabat handai Al-Bana'mah di Singapura, Malaysia dan Brunei Darussalam. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan dan ketabahan serta seterusnya memperolehi puasa yang diterima oleh Allah.
Untok makluman jua, Malaysia dan Singapura memulakan puasa pada hari ini iaitu 11 Ogos 2010, manakala Brunei Darussalam akan memulakannya esok 12 Ogos 2010. Rombongan yang dihantar untok melihat anak bulan di berberapa tempat di keempat daerah tidak berjaya melihat anak bulan berkenaan. Adalah difahamkan bagi anak bulan dapat dilihat dengan mata kasar ianya perlu berusia sekurangnya 8 jam dan berada tidak kurang dari 2 darjah dari permukaan bumi disaat matahari terbenam. Bagi Brunei DEarussalam ianya berusia 7 jam 15 minit dan pada darjah kurang dari 2. Wallahuaklam.
Dan jangan lupa mengeluarkan zakat fitrah.
Sabtu, 7 Ogos 2010
Majlis Bertedarus, Sembahyang Berjemaah Magrib & Isya
Majlis diatas akan diadakan pada 21 Ogos 2010, hari Sabtu jam 4 Petang bertempat di kediaman YB Dato Paduka Haji Yunos Mohd Noh. Majlis akan diselajurkan dengan Membaca Yassin dan Bertahlil serta Doa Selamat bagi Dayang Aziara Hj Mohd Esham yang akan melanjutkan pelajaran ke UK.
Jumaat, 6 Ogos 2010
Selamat Pengantin Baru Siti Sarah Aqilah Hj Salim (Cucunda Allahyarham Sharifah Hjh Edah binti Sheikh Haji Umar Al-Bana'mah)
Alhamdulillah atas berlangsungnya pernikahan pada hari Jumaat 6 Ogos 2010 jam 4 petang diantara cucunda kepada Sharifah Hajah Edah binti Sheikh Hj Umar Al-Bana'mah iaitu Siti Sarah Aqilah binti Haji Salim dengan Mohamad Bolkiah bin Haji Taufik di Masjid Jemek Asre Hassanal Bolkiah, Kiarong. Semoga kedua pengantin sentiasa hidup sehat walafiat dan berbahagia selalu.
Rabu, 4 Ogos 2010
Selamat Pengantin Baru
Credit to the "thE KruL Photography' for this beautiful Photo. Thank you.
Diucapkan tahniah kepada Shahril Haji Yahya (adik bungsu isteri Haji Abdullah (anak Allahyarham Sharifah Hjh Edah Al-Bana'mah) atas pernikahaan pada hari Ahad, 1 Ogos 2010. Majlis Berbedak dan Persidangan akan diadakan pada hari Ahad, 8 Ogos 2010 di Dewan Maktab Kejuteraan Jefri Bolkiah, Kuala Belait. Bagi mewakili keluarga besar Al-Bana'mah dari Singapura, Malaysia dan Brunei Darussalam didoakan semoga kedua mempelai sentiasa diberikan kesihatan dan kebahagian serta zuriat2 yang salih. Amin Ya Rabbalalamin.
Langgan:
Catatan (Atom)