Blog khusus mengenai keturunan Bana'mah. Sesiapa yang ingin membuat sumbangan artikel untok diterbitan didalam blog ini. Sila hantar ke anaslatif@yahoo.com
Rabu, 2 Februari 2011
Majlis Bersuruh-Suruh Bagi Edah Fateem dan Awangku Saiful
Ketibaan Rombongan Lelaki ke Perpindahan Kampong Pandan Lima
Wakil dari Keluarga Perempuan membuka majlis dan bertanyakan hajat rombongan.
Ayahanda Edah Fateem, Haji Abdullah (baju hijau), Haji Abdul Rahman (ayahanda saudara) dan Haji Salim (juga ayahanda saudara Edah Fateem)
Terlebih dahulu dipohonkan maaf kerana tidak membuat sebarang updates didalam Blog Bana’mah ini atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.
Alhamdulillah, kini kita kembali dengan berita yang mengembirakan iaitu pertunangan diantara Siti Edah Fateem binti Haji Abdullah, cucunda kepada Allahyarham Sharifah Hajah Edah binti Sheikh Haji Umar Banamah dengan tunangan nya Awangku Saifol Aqma bin Pg Haji Rajid. Majlis telah diadakan pada hari Jumaat, 28 Januari 2011 bertempat di Kuala Belait, Negara Brunei Darussalam.
Majlis Bersuruh-Suruh adalah tradisi Negara Brunei Darussalam dimana rombongan lelaki akan berkunjung ke rumah perempuan bagi memulakan proses resmi pertunangan dengan membawa sekurang-kurangnya ‘Pembuka Mulut’ lazimnya sebentuk cicin dan juga ‘Tanda Pertunangan’ juga sebentuk cincin. Majlis Bersuruh-Suruh ini juga selalunya didahulu dengan ‘Berisik-Risik’ dimana keluarga terdakat lelaki akan berkunjung menemui keluarga si perempuan untuk mengetahui samada si perempuan tadi sudah berpunya atau sebaliknya.
Selepas Majlis Bersuruh-Suruh ini, akan diadakan lagi satu majlis iaitu Menghantar Berian atau Menghantar Tanda, bagi majlis ini rombongan lelaki akan berkunjung ke rumah perempuan dengan membawa beberapa gangsa (dulang) yang berisi Mas Kawin, Belanja Hangus dan beberapa ‘Tanda Kasih’ berupa perhiasaan, pakaian, kasut dan lain-lain lagi.
Insya Allah Majlis Menghantar Berian, Majlis Pernikahan dan Majlis Persandingan akan diadakan pada Minggu Ketiga bulan Julai 2011 ini nanti. Edah Fateem masa ini menuntut di tahun akhir jurusan Perubatan di Glasgow, Scotland, sementara Awangku Saifol pula adalah seorang ahli perniagaan muda.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan