Blog khusus mengenai keturunan Bana'mah. Sesiapa yang ingin membuat sumbangan artikel untok diterbitan didalam blog ini. Sila hantar ke anaslatif@yahoo.com
Isnin, 25 April 2011
Selamat Kembali Dari Menunaikan Ibadah Umrah
Mewakili keluarga besar Banamah diucapkan selamat kembali ketanah air kepada Pak Cik Saffian, Makcik Salmah, Suzana, Sharizal dan isteri selepas menunaikan ibadah umrah. Ucapan yang sama juga diucapkan kepada Pak cik Umar dan anakanda yang juga sama-sama menunaikan ibadah umrah. Rombongan telahpun tiba di Labuan pada malam Ahad, 24 April 2011. semoga ibadah umrah yang ditunaikan diberikan setinggi tinggi ganja ran olih Allah Subahanawataala jua.
Makluman
Assalamualaikum,
Maklumat terkini:
Dyg Siti Khadijah, anak kepada Dato Paduka Hj Mohd Yunos Bin Noh (anakda Sharifah Hajah Edah Binte Sheikh Hj Omar Al-Bana'mah) dan Datin Hjh Haniah Binte Zulkifli, insya'allah akan melangsungkan pernikahan pada 11 Septeber 2011 (selepas solat Asar) dan majlis perkahwinannya akan diadakan pada hari Ahad, 12 Februari 2012 bertempat di kediaman DHY di Kg Tanjong Nangka.
HJ ABD JALIL HJ ABD LATIF,
BRUNEI.

Ucapan Syabas
Syabas diucapkan kepada keluarga besar A-Bana'mah yang bertungkus lumus dan tidak mengenal erti lelah (ngaleh dalam Bahasa Brunei) mengupdate blog ini dengan menyumbangkan maklumat-maklumat terkini mengenai keluarga besar Al-Bana'mah termasuk artikel-artkel dan gambar-gambar yang nostalgia.
Alhamdulillah, dengan inayah dan kehendak Allah s.w.t.jua, blog ini akan dapat diteruskan dan dikembangmajukan untuk tatapan bukan saja generasi masakini bahkan generasi akan datang. Syabas diucapkan sekali lagi kepada keluarga besar Al-Bana'mah Brunei, Singapura dan Malaysia dan semoga Allah s.w.t. memberikan ganjaran pahala kepada kita semua, Amin Yarabbal Alamin.
Dari saya,
HJ ABD JALIL HJ ABD LATIF,
BRUNEI.
26 April 2011.

Ahad, 24 April 2011
Bana'mah Blog Sudah Berusia.Satu Tahun
Tidak terasa kini bana'mah.bloodspot.com telahpun mencapai usia satu tahun. Terima kasih kepada semua saudara dan sahabat and yang telahpun menumbangkan maklumat dan sokongan. Semoga sokongan ini dapat diteruskan pada tahun-tahun mandatang. Terima kasih sekali lagi.
Sabtu, 16 April 2011
Pingat Indah Kerja Baik
Keluarga besar Bana'mah dari Brunei Darussalam, Malaysia dan Singapura mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Hajah Dayang Jamilah Haji Abdul Hamid, isteri kepada Haji Mohammad Anas bin Haji Abdul Latif dan anak menantu kepada Sharifah Hajah Sino binti Sheikh Haji Umar bin Sheikh Haji Abdullah Bana'mah kerana dikorniakan Pingat Indah Kerja Baik (Meritorious Service Medal) dari Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan bersenpena Hari Keputeraan baginda kali ke 64. Majlis berlangsung di Balai Pengadapan Laila Kencana, Istana Nurul Iman pada Rabu, 13 April 2011.
Selasa, 5 April 2011
Majlis Doa Selamat Sempena Menunaikan Ibadah Umrah
Gambar: Mak Cik Salmah dan Pak Cik Suffian bersama anakanda Ustaz Shahrizal (Abang).
Alhamdulillah, sukacita menyampaikan jemputan dari Mak Cik Salmah (anakanda kepada Sharifah Mariam binti Sheikh Abdullah Bana'mah) dan suami Pak Cik Suffian dari Wilayah Persekutuan, Labuan kepada sanak saudara untuk menghadiri Majlis Doa Selamat pada Ahad 10 April 2011 jam 11.30 pagi di kediaman mereka di Island Garden. Majlis ini adalah bagi keberangkatan mereka berdua bersama-sama dengan anakanda-anakanda Suzana dan Shahrizal dan isteri Marzia Mardan ke Saudia Arabia bagi menunaikan ibadah Umrah. Insya Allah mereka akan bertolak pada hari Rabu, 13 April 2011 jam 7 pagi dengan Penerbangan MAS. Majlis ini juga akan diteruskan dengan bacaan tahlil bagi kaum keluarga yang telahpun meninggalkan kita terlebih dahulu.
Bagi mewakili kaum keluarga besar Bana’mah, kita mengucapkan selamat belayar dan didoakan agar segala amal ibadah ahli-ahli rombongan diterima oleh Allah Subbahana Wata’ala, amin.

Ahad, 3 April 2011
Ambuyat
Gambar dipetik dari blog Brunei Lifestyle.
Ambuyat adalah nama bagi sejenis makanan tradisi di beberapa kawasan di Asia Tenggara khususnya di Kepulauan Borneo termasuklah Brunei, Sabah dan Sarawak. Mungkin lawatan ke Brunei tidaklah lengkap jika para pelawat tidak sempat dihidangi dengan ambuyat.
Ambuyat di buat dari tepung sagu dan tepung berkenaan akan menjadi ambuyat bila ditumpahi dengan air panas yang mendidih. Menumpah air panas ke dalam bekas yang berisi tepung sagu tersebut perlulah dibuat secara perlahan-lahan agar adunan itu nanti tidak menjadi ‘tarus’ (bahasa Brunei bagi adunan ambuyat yang terlalu lembut atau tidak menjadi. Adunan ambuyat yang dikehendaki ialah yang mempunyai tekstur yang tidak keras dan tidak pula terlalu lembut.
Ambuyat dimakan dengan mengunakan candas yang diperbuat dari buluh ataupun batang lidi kelapa. Tetapi ada juga orang yang kini mengunakan sudu atau gerpu kerana ianya lebih mudah digunakan. Dengan mengunakan candas, ambuyat akan dipintal sehinga bulat (sepertimana juga menyintal spaghetti di gerpu) menurut saiz yang disukai masing-masing. Ambuyat yang dipintal tersebut akan dimasukkan kedalam sambal (‘cacah’) yang selalunya berasa masam seperti jeruk mangga, binjai, nenas, tempoyak, budu dan sebagainya.
Bagi sebahagian mesyarakat, terdapat orang yang mempercayai jikalau seseorang ingin memakan ambuyat, adalah lebih baik hasrat tersebut ditunaikan dengan segera kerana takut ‘kepunan’. Namun begitu, ini hanyalah kepercayaan sahaja kerana kejadiaan buruk dan baik sudahlah ditentukan oleh Allah Subbahana Wataala.

Langgan:
Catatan (Atom)