Gambar dipetik dari blog Brunei Lifestyle.
Ambuyat adalah nama bagi sejenis makanan tradisi di beberapa kawasan di Asia Tenggara khususnya di Kepulauan Borneo termasuklah Brunei, Sabah dan Sarawak. Mungkin lawatan ke Brunei tidaklah lengkap jika para pelawat tidak sempat dihidangi dengan ambuyat.
Ambuyat di buat dari tepung sagu dan tepung berkenaan akan menjadi ambuyat bila ditumpahi dengan air panas yang mendidih. Menumpah air panas ke dalam bekas yang berisi tepung sagu tersebut perlulah dibuat secara perlahan-lahan agar adunan itu nanti tidak menjadi ‘tarus’ (bahasa Brunei bagi adunan ambuyat yang terlalu lembut atau tidak menjadi. Adunan ambuyat yang dikehendaki ialah yang mempunyai tekstur yang tidak keras dan tidak pula terlalu lembut.
Ambuyat dimakan dengan mengunakan candas yang diperbuat dari buluh ataupun batang lidi kelapa. Tetapi ada juga orang yang kini mengunakan sudu atau gerpu kerana ianya lebih mudah digunakan. Dengan mengunakan candas, ambuyat akan dipintal sehinga bulat (sepertimana juga menyintal spaghetti di gerpu) menurut saiz yang disukai masing-masing. Ambuyat yang dipintal tersebut akan dimasukkan kedalam sambal (‘cacah’) yang selalunya berasa masam seperti jeruk mangga, binjai, nenas, tempoyak, budu dan sebagainya.
Bagi sebahagian mesyarakat, terdapat orang yang mempercayai jikalau seseorang ingin memakan ambuyat, adalah lebih baik hasrat tersebut ditunaikan dengan segera kerana takut ‘kepunan’. Namun begitu, ini hanyalah kepercayaan sahaja kerana kejadiaan buruk dan baik sudahlah ditentukan oleh Allah Subbahana Wataala.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan