Rabu, 1 Jun 2011

Majlis Bersuruh Bagi Hajah Siti Khatijah binti Dato Paduka Haji Yunos

Alhamdulillah, Majlis Bersuruh bagi Hajah Siti Khaijah binti Dato Paduka Haji Yunos akan diadakan pada 1 Julai 2011 pada jam 4.00 Petang bertempat dikediaman Dato Paduka Haji Yunos di Kampong Tanjung Nangka, Jalan Tutong.

Cebisan dari Pelita Brunei 6 Ogos 2009:
Menyentuh mengenai adat perkahwinan masyarakat Brunei pula beliau secara ringkas menjelaskan bahawa adat perkahwinan masyarakat Brunei iaitu sarang guni, proses berjarum-jarum dan proses bersuruh.

Sarang guni menurutnya, adalah sesuatu yang dilakukan secara rahsia yang bertujuan menemukan pasangan untuk berkahwin, kerana masyarakat Brunei pada masa dahulu, pasangan adalah ditentukan oleh kedua orang tua.

Apabila bapa pihak lelaki berkenan dengan seorang gadis untuk dijadikan menantu katanya, maka bapa pihak lelaki itu akan mengutus salah seorang ahli keluarga perempuannya untuk pergi ke rumah gadis tersebut bagi menyiasat mengenai latar belakang dan perangai gadis tersebut yang kemudiannya akan dikhabarkan kepada bapa pihak lelaki itu.

Setelah proses sarang guni dijalankan dan bapa pihak lelaki bersetuju, maka akan berlangsunglah proses berjarum-jarum iaitu pertemuan lapan mata antara kedua orang tua pihak lelaki dan kedua orang tua pihak perempuan sahaja.

Sekiranya gadis tersebut belum lagi dipinang oleh orang, maka proses bersuruh pula akan dijalankan, di mana keluarga kedua belah pihak akan hadir bagi mendengar perbicaraan kedua belah pihak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan