Ahad, 21 Ogos 2011

Tahniah Atas Mendapat Cahayamata Pertama


Kami mewaklili keluarga besar Bana'mah mengucapkan tahniah kepada Sharizat Saffian dan Masni Maidin atas kelahiran anakanda pertama mereka Siti Zulikha pada Sabtu 20 Ramadan 1432 bersamaan dengan 20 Ogos 2011 pada jam 10 malam di Duchess of Kent Hospital, Sandakan, Sabah.

Selasa, 9 Ogos 2011

Sungkai di Brunei Darussalam dan Labuan


Alhamdulillah, pada setiap bulan Ramadan atau bulan puasa bagi kami di Brunei dan juga labuan, salah satu saat yang ditunggu ialah waktu bersungkai. Sungkai atau bersungkai ertinya berbuka puasa dalam bahasa melayu standard. Juadah bersungkai tidaklah banyak perbezaan dengan juadah yang dihidangkan di negara-negara jiran. Kueh mueh dan berbagai jenis minuman disediakan. Ada yang dibeli dari gerai-gerai ramadan, restoran ataupun dibuat sendiri (yang selalunya lebih menjimatkan).

Bagi orang Islam di Negara Brunei ada satu keistemewaan yang mungkin tidak ada di negara-negara lain iaitu sebelum bulan ramadan atau pada awal bulan berkenaan, buah-buah korma yang dikorniakan (diberikan) oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan akan dibahagi-bahagikan kepada rakyat dan penduduk yang beragama Islam tanpa mengira umur atau kedudukan ekonomi mereka. Borang-borang akan diedarkan melalui Ketua-Ketua Kampong dan ianya akan di isi oleh setiap kepala rumah. Setelah borang berkenaan dikembalikan, insya Allah si pembawa borang berkenaan akan pulang ke rumah dengan paket-paket berisi buah berkenaan. Buah korma ini didatangkan oleh sebuah syarikat di Medinah, Arab Saudi. Pada tahun ini, buah korma yang diedarkan nampaknya dari berbagai jenis dan saiz. Ada juga yag kecil macam korma ajwa (korma nabi) tapi entahlah memandangkan saya bukannya pakar dalam bulan korma, samada ianya ajwa atau sebaliknya.


Gambar diambil dari Bieaz Blogspot. Terima kasih

Memakan korma semasa berbuka dan semasa bersahur adalah sunat. Ianya juga baik kerana buah korma mengandungi kandungan serat yang tinggi disamping gula yang mampu memberikan dan memulihkan tenaga semasa dan setelah berpuasa.

Jumaat, 5 Ogos 2011

Malam Ambil-Ambilan

Malam Ambil-Ambilan adalah satu tradisi Perkahwinan Brunei dimana keluarga pengantin lelaki berkunjung ke rumah pengantin perempuan bagi meraikan kedua pengantin. Ianya diadakan bagi membolehkan ahli keluarga pengantin lelaki yang tidak berkesempatan untok menyertai rombongan menghantar pengantin lelaki pada siang hari berkenaan untok menyaksikan kedua pengantin bersanding sekali lagi. Ianya juga memberikan peluang kepada ahli-ahli keluarga di kedua belah pihak berkenal-kenalan dalam suasana yang penoh keriangan. Lazimnya majlis ini diringi dengan bacaan doa kesyukuran bagi mendoakan kebahagian perkahwinan kedua pengantin berkekalan hingga ke akhir hayat.
Pasangan Pengantin memasuki Majlis

Persembahan Tarian memeriahkan lagi suasana

Jelas kegembiraan semasa memotong kek perkahwinan

Ibunda Sharifah Hajah Sino Bana'mah dan Bonda Salmah (anakanda Sharifah Mariam Bana'mah)

Ayahanda-ayahanda dan bonda-bonda kedua pengantin bersama kedua pengantin di Meja Utama


Sebahagian dari ahli keluarga pengantin perempuan.