Blog khusus mengenai keturunan Bana'mah. Sesiapa yang ingin membuat sumbangan artikel untok diterbitan didalam blog ini. Sila hantar ke anaslatif@yahoo.com
Selasa, 9 Ogos 2011
Sungkai di Brunei Darussalam dan Labuan
Alhamdulillah, pada setiap bulan Ramadan atau bulan puasa bagi kami di Brunei dan juga labuan, salah satu saat yang ditunggu ialah waktu bersungkai. Sungkai atau bersungkai ertinya berbuka puasa dalam bahasa melayu standard. Juadah bersungkai tidaklah banyak perbezaan dengan juadah yang dihidangkan di negara-negara jiran. Kueh mueh dan berbagai jenis minuman disediakan. Ada yang dibeli dari gerai-gerai ramadan, restoran ataupun dibuat sendiri (yang selalunya lebih menjimatkan).
Bagi orang Islam di Negara Brunei ada satu keistemewaan yang mungkin tidak ada di negara-negara lain iaitu sebelum bulan ramadan atau pada awal bulan berkenaan, buah-buah korma yang dikorniakan (diberikan) oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan akan dibahagi-bahagikan kepada rakyat dan penduduk yang beragama Islam tanpa mengira umur atau kedudukan ekonomi mereka. Borang-borang akan diedarkan melalui Ketua-Ketua Kampong dan ianya akan di isi oleh setiap kepala rumah. Setelah borang berkenaan dikembalikan, insya Allah si pembawa borang berkenaan akan pulang ke rumah dengan paket-paket berisi buah berkenaan. Buah korma ini didatangkan oleh sebuah syarikat di Medinah, Arab Saudi. Pada tahun ini, buah korma yang diedarkan nampaknya dari berbagai jenis dan saiz. Ada juga yag kecil macam korma ajwa (korma nabi) tapi entahlah memandangkan saya bukannya pakar dalam bulan korma, samada ianya ajwa atau sebaliknya.
Gambar diambil dari Bieaz Blogspot. Terima kasih
Memakan korma semasa berbuka dan semasa bersahur adalah sunat. Ianya juga baik kerana buah korma mengandungi kandungan serat yang tinggi disamping gula yang mampu memberikan dan memulihkan tenaga semasa dan setelah berpuasa.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan