Jumaat, 30 Disember 2011

Perkumpulan Bana'mah Di Wilayah Persekutuan Labuan

Alhamdulillah, Perjumpaan Bana'mah telah dilaksanakan dengan penoh jayanya di Wilayah Persekutuan Labuan pada 24 hingga 26 Disember 2011. Tahniah kepada pihak penganjur yang telah bersusah payah membuat persediaan bagi menyambut kedatangan saudara mara dan sahabat handai dari Australia, Brunei dan Singapura. Insya Allah lapuran mengenainya akan dimuatkan ke dalam blig ini dengan seberapa segera nya.

Khamis, 29 Disember 2011

Ucapan Takziah Atas Kembalinya Kerahmatullah Allayarham Haji Mohammed bin Lipin

Dengan penoh dukacita memaklumkan bahawa Haji Mohammed bin Lipin iaitu ayahanda tersayang Cik Maznah binti Haji Mohammed telah kembali ke rahmatullah pada pagi hari Ahad 25 Disember 2011 di Singapura. Allayarham adalah bapa mentua kepada Encik Yahya bin Ahmad, anakanda saudara kepada Sharifah Mariam binti Haji Abdullah Bana'mah yang mana ibunda Encik Yahya dengan Sharifah Mariam adalah adik beradik satu ibu.

Pemergian Allahyarham adalah bertepatan dengan waktu kaum keluarga besar Bana'mah berada di Labuan bagi Majlis Perjumpaan Tahunan yang juga dihadiri oleh Encik Yahya dan isteri Maznah, serta anakanada Mohamad Hidir. Kaum keluarga telah mengadakan bertahlil di rumah Encik Saffian dan Cik Salmah (anakanda Sharifah Mariam Bana'mah).

Keluarga besar Bana'mah dari Australia, Singapura, Brunei dan Malaysia mengucapkan berbanyak takziah kepada Encik Yahya sekeluarga dan mendoakan agar roh allayarham Haji Mohammed bin Lipin di cucuri rahmat dan ditempatkan oleh Allah Subbahanawataala didalam golongan orang-orang yang bertaqwa dan beriman. Amin.
Bacaan Surah Yassin dan Bertahlil yang diketuai oleh Ustaz Shahrizal Saffian. Pak Cik Yahya bin Ahmad (berbaju hijau) iaitu menantu kepada Allahyarham.

Jumaat, 16 Disember 2011

Tahniah atas keputusan-keputusan cemerlang

Alhamdulillah, keluarga Bana'mah tumpang bergembira atas kejayaan akademik anak-anak Bana'mah didalam peperiksaan di Universiti Brunei Darussalam, terutamanya kepada Siti Balqis Abdul Rahman dan juga Siti Farah Diyana Haji Mohammad Anas. Semoga kejayaan anak-anak Bana'mah di Negara Brunei Darussalam, Singapura dan Malaysia diberbagai peringkat termasuklah UPSR (Labuan) akan menjadi dorongan kepada anak-anak Bana'mah yang lain. Insya Allah.

Selamat Menyambut Ulang Tahun Jubilee Perak Perkhawinan


Pasangan Hj Abdul Rahman dan Hajah Rashimah dengan anakanda-anakanda (dari kiri) Iqah, Fairuz dan Balqis.
Alhamdulillah, Selamat Menyambut Ulang Tahun ke 25 Perkahwinan pada 15 Disember 2011 kepada Haji Abdul Rahman Tengah dan Hjh Rashimah Ismail. Haji Abdul Rahman adalah anakanda kepada Sheikh Haji Umar Bana'mah.

Selamat Melahirkan Cahayamata Pertama


Ahmad Furqan Shahrizal
Tahniah kepada Ahmad Shahrizal dan Marzia atas kelahiran cahayamata pertama Ahmad Furqan pada hari Jumaat, 16 Disember 2011 di Kota Kinabalu, Sabah jam 9.45 malam. Ahmad Shahrizal adalah cucunda kepada Sharifah Mariam binti Sheikh Haji Abdullah Bana'mah.

Selamat Melahirkan Cahayamata Ketiga


Alhamdulillah, sukacita diucapkan tahniah kepada Nuraini dan suami Razman atas kelahiran anakanda perempuan mereka Nur Fatiha pada hari Selasa 13 Disember 2011 di Labuan, Sabah. Nuraini adalah cucunda kepada Allahyarham Sharifah Hajah Gayah Sheikh Haji Umar Bana'mah.

Tahniah to Zarifdana Haji Zinal Abadin

Diucapkan setinggi tahniah kepada Zarifdana Hj Zinal Abadin kerana berjaya memprolehi Sarjana Muda kelas PERTAMA! dalam bidang Petroleum Engineering dari University of Sydney.

Mohamad Zarifdana Hj Zinal Abadin (kiri)dengan ninda Sharifah Hajah Sino binti Sheikh Haji Umar Bana'mah dan bonda Hajah Siti Hani Haji Abdul Latif. Juga dalam gambar Harith dan Hamizah Zinal Abadin.
Slip Result