Khamis, 29 Disember 2011

Ucapan Takziah Atas Kembalinya Kerahmatullah Allayarham Haji Mohammed bin Lipin

Dengan penoh dukacita memaklumkan bahawa Haji Mohammed bin Lipin iaitu ayahanda tersayang Cik Maznah binti Haji Mohammed telah kembali ke rahmatullah pada pagi hari Ahad 25 Disember 2011 di Singapura. Allayarham adalah bapa mentua kepada Encik Yahya bin Ahmad, anakanda saudara kepada Sharifah Mariam binti Haji Abdullah Bana'mah yang mana ibunda Encik Yahya dengan Sharifah Mariam adalah adik beradik satu ibu.

Pemergian Allahyarham adalah bertepatan dengan waktu kaum keluarga besar Bana'mah berada di Labuan bagi Majlis Perjumpaan Tahunan yang juga dihadiri oleh Encik Yahya dan isteri Maznah, serta anakanada Mohamad Hidir. Kaum keluarga telah mengadakan bertahlil di rumah Encik Saffian dan Cik Salmah (anakanda Sharifah Mariam Bana'mah).

Keluarga besar Bana'mah dari Australia, Singapura, Brunei dan Malaysia mengucapkan berbanyak takziah kepada Encik Yahya sekeluarga dan mendoakan agar roh allayarham Haji Mohammed bin Lipin di cucuri rahmat dan ditempatkan oleh Allah Subbahanawataala didalam golongan orang-orang yang bertaqwa dan beriman. Amin.
Bacaan Surah Yassin dan Bertahlil yang diketuai oleh Ustaz Shahrizal Saffian. Pak Cik Yahya bin Ahmad (berbaju hijau) iaitu menantu kepada Allahyarham.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan