Isnin, 2 Januari 2012

Perjumpaan Al-Bana'mah di Pulau Labuan - Ketibaan


Kenderaan memasuki Ferry Shuttle Hope mulai jam 8.10 pagi. Ferry bertolak pada pukul 9.25 pagi dari Perlabuhan Serasa ke Labuan. Perjalanan mengambil masa kurang sedikit dari 2 jam.

Mohammad Azizan Anas menaiki tangga Ferry menunju ke Passenger Deck.

Sharifah Hajah Saifun Banamah bertudung putih bersama cucunda Marsha Anwar

Dari kiri: Qistina, Farah, Azizan. Belakang dari kiri: Aiman, Aizat, Syahirah (belakang) dan Azim

Marsha dan ibunda melihat Labuan dari Ferry.


Terlebih dahulu mewakili keluarga besar Bana'mah diucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada kesemua pengunjung ke blog ini. Sokongan dan kunjungan kesemua pengunjung adalah sangat-sangat dihargai dan dialu-alukan.

Sepertimana yang dimaklumkan sebelum ini Majlis Perjumpaan Banamah telah diadakan di Labuan dari 24 hingga 25 Disember tetapi telah dipanjangkan kepada 26 Disember bagi membolehkan sukan keluarga diadakan di Padang Paint Ball berdekatan dengan Kampong Lubuk Tamiang.

Antara keluarga dari luar Labuan yang mula sampai ke Labuan adalah Sharifah Hajah Sino dan cucunda beliau Yasmin Farhana Sofian pada 22 Disember 2011 dan diikuti oleh keluarga Sharifah Hajah Saifun dan juga keluarga Haji Mohammad Anas dan Hajah Jamilah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan