Penulis masih ingat Allahyarham Sheikh Haji Umar bin Sheikh Haji Abdullah bercerita bahawa keturunannya berasal dari Hadramaut di Yemen. Semasa melayari internet, saya cuba mencari lebih banyak maklumat mengenai Banamah dan juga Hadramaut. Alhamdulillah, saya terjumpa dengan satu artikel mengenai sebuag kedai tayar yang mana lokasinya diberikan sebagai ALDISS AREA, IN FRONT OF BANAMAH MASJID, Al-Mukalla Hadramaut, Yemen. Maklumat ini sangat menarik kerana ianya menyebutkan tentang sebuah Masjid yang dikenali sebagai Masjid Banamah.
Hanya yang mendukacitakan saya belum lagi memperolehi gambar atau maklumat lanjut mengenai masjid berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan