Isnin, 14 Mac 2011

Mendokong Kearah Alam Sekitar Yang Lebih Baik


Alhamdulillah, minggu ini kita akan membawa satu topik yang menarik iaitu Earth Hour +. Earth Hour pertama kali diadakan di Sydney Australia dan dianjurkan oleh WWF. Umat Islam diajar untuk berusaha dan seterusnya berdoa agar rezeki yang dikorniakan kepada kita oleh Allah Subbahanwataala akan terus kita nikmati agar kekal hingga ke anak cucu dan cicit kita dan anak-anak mereka selepas itu. Maka dengan itu, mari lah kita sama menyokong usaha murni kearh mengekalkan alam sekitar yang bersih dengan berjimat cermat dalam pengunaan tenaga. Pada tahun ini, logo Earth Hour ditambah dengan tanda plus yang bermaknaa, janganlah hanya bertindak bagi satu jam sahaja, cubalah teruskannya selepas itu. Earth Hour akan berlangsung pada 26 Mac 2011 mulai jam 8.30 malam waktu tempatan.


Earth Hour 2011 will take place on Saturday 26 March at 8.30PM (local time). This Earth Hour we want you to go beyond the hour, so after the lights go back on think about what else you can do to make a difference. Together our actions add up

Selasa, 1 Mac 2011

Majlis Persandingan Siti Zunainah Haji Alias dengan Gazali Osman

Jemputan kepada sanak saudara:

Alhamdulillah, Majlis Persandingan bagi Zunainah Haji Alias iaitu cucunda kepada Sharifah Hjh Gayah Sheikh Haji Umar bin Sheikh Haji Abdullah Bana'mah dengan pasangannya Gazali Osman Akan berlangsung di Jalan Takalis, Lubuk Tamiang, Wilayah Persakutuan Labuan pada Ahad, 13 Mac 2011. majlis Akan didahului dengan Majlis Akad Nikah pada hari Jumaat, 11 Mac 2011 ditempat yang sama. Pada hari Sabtu, 12 Mac akan diadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi anakanda-anakanda Ali Suboroto. Sukacita dengan ini mewakili keluarga bakal pengantin menjemput sanak saudara samada di Malaysia, Singapura dan Brunei untuk hadir ke Majlis-Majlis tersebut nanti.

Tahniah Atas Pencapaian Akademik

Di zaman serba moden dimana globalisasi merupakan sebahagian nadi pengerak ekonomi, membekal diri dan terutama sekali, anak-anak kita dengan senjata yang paling tajam adalah diperlukan. Senjata ini bukanlah lagi ilmu memanah atau menunggang kuda tetapi sesuatu yang paling tajam lagi iatu pelajaran. Pelajaran jualah harta yang paling berharga yang diturunkan oleh orang tua kita, kerana dengannya insya Allah dan alhamdulillah kita dapat hidup dengan bahagia dan keadaan perekonomian yang mencukupi,

Menyentuh mengenai pelajaran, kaum keluarga al-bana'mah sangat bergembira dan menumpang bahagia keatas kejayaan yang terus dicapai dikalangan ahli-ahli keluarga kita baik yang berada di Malaysia, Singapura dan Brunei, malah juga yang sedang menuntut diluar negara. Baru-baru inni, bagi keluarga di Brunei kita sangat berbangga dengan pencapaian anak-anak kita semua didalam peperiksaan berberapa peringkat pengajian termasuklah di peringkat Primary, O-level dan A-Level. Kejayaan yang membanggakan juga dicapai didalam peperiksaan sekolah Agama. Kita sama-sama berdoa akan kejayaan anak-anak kita ini akan berterusan dimasa hadapan, dengan izin Allah jua. Amin.
Lily Karmila binti Khusaini (dudok sebelah kiri baju biru muda) bergambar ramai dengan penuntut-penuntut yang menerima Merit Awards didalam pelajaran. Majlis ini diadakan di Bishun dan disampaikan oleh Mrs Josephine Teo, Ahli Parlimen bagi GRC Bishun-Toa Payoh.
Siti Fatimah Azzahraa' (cucunda kepada Sharifah Hajah Sino binti Sheikh Haji Umar bin Sheikh Haji Abdullah Bana'mah) menerima Merit Award bagi Peperiksaan Brunei-Cambridege GCE O-level bagi tahun 2010. Majlis diadakan Di Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan pada 1 March 2011.Siti Fatimah Azzahraa' bersama ibunda Hajah Jamilah
Afig Hakeem bin Haji Abdullah menerima Hadiah dan Sijil bagi keputusan cemerlang peperiksaan Brunei-Cambridge GCE O-Level 2010

Jumaat, 25 Februari 2011

Bana'mah Boys di Brunei

Pada 6 Februari 2011, keluarga Bana'mah di Brunei Darussalam telah meraikan Hari Ulang Tahun ke 50 Haji Mohammad Anas Haji Abdul Latif iaitu anakanda kepada Sharifah Hajah Sino binti Sheikh Haji Umar. Selain dari bacaan Doa Selamat yang dibacakan oleh Mohammad Aiman iaitu anakanda kepada Haji Mohammad Anas, beberapa acara sampingan juga diadakan termasuklah Pertandingan Azan. Antara yang ikut bertanding ialah cicit-cicit Sheikh Haji Umar bin Sheikh Haji Abdullah Bana'mah.
Mohammad Azizan AnasZaid Bana'mah SofianMuhamad SofianAzim Anas
Mohammad Aiman Anas, pemenang menerima hadiah daripada Ninda Sharifah Hajah Sino Bana'mah

Khamis, 10 Februari 2011

Majlis Persanding Zunainah Hj Alias dan Gazali Osman

Alhamdulillah, Majlis Persandingan bagi Zunainah Haji Alias iaitu cucunda kepada Sharifah Hjh Gayah Sheikh Haji Umar bin Sheikh Haji Abdullah Bana'mah dengan pasangannya Gazali Osman Akan berlangsung di Jalan Takalis, Lubuk Tamiang, Wilayah Persakutuan Labuan pada Ahad, 13 Mac 2011. majlis Akan didahului dengan Majlis Akad Nikah pada hari Jumaat, 11 Mac 2011 ditempat yang sama. Pada hari Sabtu, 12 Mac akan diadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi anakanda-anakanda Ali Suboroto. Sukacita dengan ini mewakili keluarga bakal pengantin menjemput sanak saudara samada di Malaysia, Singapura dan Brunei untuk hadir ke Majlis-Majlis tersebut nanti.

Rabu, 9 Februari 2011

Kenali Pekan Kuala Belait


Pekan Kuala Belait dalam tahun 1955




Sebahagian dari bangunan-bangunan baru di Pekan Kuala Belait



Tanak Perkuburan Batu 3 di mana terletaknya pusara Allahyarham Sheikh Haji Umar Bana'ah (Gambar oleh sahabat saya Hussini Bakar, Penasihat Undang-Undang Brunei LNG)

Didalam kandungan blog ini, kita sering terbaca mengenai dengan Kuala Belait dan mungkin ada sebilangan pembaca ingin mengetahui lebih mendalam mengenai dengan pekan berkenaan. Namun begitu, perkataan Pekan Kuala Belait mungkin tidak sesuai lagi kerana Kuala Belait telah menjadi sebuah bandar yang lengkap dengan infrastruktur dan kemudahan-kemudahan moden.

Kuala Belait terletak kira-kira 100 kilometer atau 67 batu kesebelah barat ibu negara Brunei (Bandar Seri Begawan) dan perjalanan dianatara kedua nya mengambil masa kira 1 jam 20 minit dengan mengunakan jalan raya melintasi Tutong. Dari Kuala Belait ke Miri iaitu sebuah bandar di Sarawak, Malaysia hanya mengambil masa kira-kira 20 minit perjalanan jika tiada ‘traffic jam’ di sempadan Sungai Tujuh.

Kuala Belait dan Seria terkenal dengan jolokan ‘Bandar Minyak’ kerana merupakan pusat aktiviti minyak Negara Brunei Darussalam. Banyak sanak saudara keturunan Bana’mah menetap di Kuala Belait dan bekerja atau pernah bekerja didalam industri minyak khususnya dengan Syarikat Brunei Shell Petroleum Sendirian Berhad (dalam tahun 1950an dikenali sebagai British Malayan Petroleum. Bagi kaum keluarga Bana’mah, Kuala Belait adalah sangat bersejarah kerana disana lah Sheikh Haji Umar bin Sheikh Haji Abdullah Bana’mah menetap setelah berhijrah dari Labuan. Pusara beliau dan isteri beliau terletak di Tanah Perkuburan Islam Batu 3, Jalan Maulana, Kuala Belait.

Rabu, 2 Februari 2011

Majlis Bersuruh-Suruh Bagi Edah Fateem dan Awangku Saiful


Ketibaan Rombongan Lelaki ke Perpindahan Kampong Pandan Lima

Wakil dari Keluarga Perempuan membuka majlis dan bertanyakan hajat rombongan.

Ayahanda Edah Fateem, Haji Abdullah (baju hijau), Haji Abdul Rahman (ayahanda saudara) dan Haji Salim (juga ayahanda saudara Edah Fateem)

Terlebih dahulu dipohonkan maaf kerana tidak membuat sebarang updates didalam Blog Bana’mah ini atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.

Alhamdulillah, kini kita kembali dengan berita yang mengembirakan iaitu pertunangan diantara Siti Edah Fateem binti Haji Abdullah, cucunda kepada Allahyarham Sharifah Hajah Edah binti Sheikh Haji Umar Banamah dengan tunangan nya Awangku Saifol Aqma bin Pg Haji Rajid. Majlis telah diadakan pada hari Jumaat, 28 Januari 2011 bertempat di Kuala Belait, Negara Brunei Darussalam.

Majlis Bersuruh-Suruh adalah tradisi Negara Brunei Darussalam dimana rombongan lelaki akan berkunjung ke rumah perempuan bagi memulakan proses resmi pertunangan dengan membawa sekurang-kurangnya ‘Pembuka Mulut’ lazimnya sebentuk cicin dan juga ‘Tanda Pertunangan’ juga sebentuk cincin. Majlis Bersuruh-Suruh ini juga selalunya didahulu dengan ‘Berisik-Risik’ dimana keluarga terdakat lelaki akan berkunjung menemui keluarga si perempuan untuk mengetahui samada si perempuan tadi sudah berpunya atau sebaliknya.

Selepas Majlis Bersuruh-Suruh ini, akan diadakan lagi satu majlis iaitu Menghantar Berian atau Menghantar Tanda, bagi majlis ini rombongan lelaki akan berkunjung ke rumah perempuan dengan membawa beberapa gangsa (dulang) yang berisi Mas Kawin, Belanja Hangus dan beberapa ‘Tanda Kasih’ berupa perhiasaan, pakaian, kasut dan lain-lain lagi.

Insya Allah Majlis Menghantar Berian, Majlis Pernikahan dan Majlis Persandingan akan diadakan pada Minggu Ketiga bulan Julai 2011 ini nanti. Edah Fateem masa ini menuntut di tahun akhir jurusan Perubatan di Glasgow, Scotland, sementara Awangku Saifol pula adalah seorang ahli perniagaan muda.