Ahad, 24 April 2011

Bana'mah Blog Sudah Berusia.Satu Tahun

Tidak terasa kini bana'mah.bloodspot.com telahpun mencapai usia satu tahun. Terima kasih kepada semua saudara dan sahabat and yang telahpun menumbangkan maklumat dan sokongan. Semoga sokongan ini dapat diteruskan pada tahun-tahun mandatang. Terima kasih sekali lagi.

Sabtu, 16 April 2011

Pingat Indah Kerja Baik


Keluarga besar Bana'mah dari Brunei Darussalam, Malaysia dan Singapura mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Hajah Dayang Jamilah Haji Abdul Hamid, isteri kepada Haji Mohammad Anas bin Haji Abdul Latif dan anak menantu kepada Sharifah Hajah Sino binti Sheikh Haji Umar bin Sheikh Haji Abdullah Bana'mah kerana dikorniakan Pingat Indah Kerja Baik (Meritorious Service Medal) dari Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan bersenpena Hari Keputeraan baginda kali ke 64. Majlis berlangsung di Balai Pengadapan Laila Kencana, Istana Nurul Iman pada Rabu, 13 April 2011.

Selasa, 5 April 2011

Majlis Doa Selamat Sempena Menunaikan Ibadah Umrah

Gambar: Mak Cik Salmah dan Pak Cik Suffian bersama anakanda Ustaz Shahrizal (Abang).

Alhamdulillah, sukacita menyampaikan jemputan dari Mak Cik Salmah (anakanda kepada Sharifah Mariam binti Sheikh Abdullah Bana'mah) dan suami Pak Cik Suffian dari Wilayah Persekutuan, Labuan kepada sanak saudara untuk menghadiri Majlis Doa Selamat pada Ahad 10 April 2011 jam 11.30 pagi di kediaman mereka di Island Garden. Majlis ini adalah bagi keberangkatan mereka berdua bersama-sama dengan anakanda-anakanda Suzana dan Shahrizal dan isteri Marzia Mardan ke Saudia Arabia bagi menunaikan ibadah Umrah. Insya Allah mereka akan bertolak pada hari Rabu, 13 April 2011 jam 7 pagi dengan Penerbangan MAS. Majlis ini juga akan diteruskan dengan bacaan tahlil bagi kaum keluarga yang telahpun meninggalkan kita terlebih dahulu.

Bagi mewakili kaum keluarga besar Bana’mah, kita mengucapkan selamat belayar dan didoakan agar segala amal ibadah ahli-ahli rombongan diterima oleh Allah Subbahana Wata’ala, amin.

Ahad, 3 April 2011

Ambuyat

Gambar dipetik dari blog Brunei Lifestyle.


Ambuyat adalah nama bagi sejenis makanan tradisi di beberapa kawasan di Asia Tenggara khususnya di Kepulauan Borneo termasuklah Brunei, Sabah dan Sarawak. Mungkin lawatan ke Brunei tidaklah lengkap jika para pelawat tidak sempat dihidangi dengan ambuyat.

Ambuyat di buat dari tepung sagu dan tepung berkenaan akan menjadi ambuyat bila ditumpahi dengan air panas yang mendidih. Menumpah air panas ke dalam bekas yang berisi tepung sagu tersebut perlulah dibuat secara perlahan-lahan agar adunan itu nanti tidak menjadi ‘tarus’ (bahasa Brunei bagi adunan ambuyat yang terlalu lembut atau tidak menjadi. Adunan ambuyat yang dikehendaki ialah yang mempunyai tekstur yang tidak keras dan tidak pula terlalu lembut.

Ambuyat dimakan dengan mengunakan candas yang diperbuat dari buluh ataupun batang lidi kelapa. Tetapi ada juga orang yang kini mengunakan sudu atau gerpu kerana ianya lebih mudah digunakan. Dengan mengunakan candas, ambuyat akan dipintal sehinga bulat (sepertimana juga menyintal spaghetti di gerpu) menurut saiz yang disukai masing-masing. Ambuyat yang dipintal tersebut akan dimasukkan kedalam sambal (‘cacah’) yang selalunya berasa masam seperti jeruk mangga, binjai, nenas, tempoyak, budu dan sebagainya.

Bagi sebahagian mesyarakat, terdapat orang yang mempercayai jikalau seseorang ingin memakan ambuyat, adalah lebih baik hasrat tersebut ditunaikan dengan segera kerana takut ‘kepunan’. Namun begitu, ini hanyalah kepercayaan sahaja kerana kejadiaan buruk dan baik sudahlah ditentukan oleh Allah Subbahana Wataala.

Rabu, 23 Mac 2011

Tahniah kepada Siti Edah Fateema binti Haji Abdullah


Dr. Edah Fateema Haji Abdullah bersama bonda Maisalwa binti Haji Yahya
Keluarga besar Bana'mah ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada Siti Edah Fateema binti Haji Abdullah iaitu cucunda kepada Sharifah Hajah Edah binti Sheikh Haji Umar bin Sheikh Haji Abdullah Bana'mah kerana telah lulus peperiksaan akhir Bachelor of Medicine n Bachelor of Surgery (MBChB) dari University of Glasgow. Ucapan tahniah juga diucapkan kepada kedua ayahanda dan bonda Siti Edah Fateem iaitu Haji Abdullah bin Haji Tengah dan Dayang Maisalwa binti Haji Yahya. Mudahan kejayaan ini dijadikan motivasi oleh anak-anak Bana'mah yang lain untok terus berusaha memperolehi kecemerlangan didalam pelajaran, amin ya rabbal alamin.

Jumaat, 18 Mac 2011

Kunjungan Keluarga Banamah Singapura ke Brunei Darussalam

Cousins dalam perjalanan ke Kota Kinabalu Santai bersama cousins dari Brunei dan Singapura di Jerudong Park

Alhamdulillah semasa musim persekolahan pada bulan Mac ini, keluarga Bana'mah di Brunei berkesempatan menerima kunjungan dari keluarga Encik Zainal dan Cik Nursiah dari Singapura termasuklah anakanda saudara beliau Khaliq Khusaini. Kelurga Nursiah berada di Brunei dalam masa yang terasa sangat singkat sahaja iaitu dari 11 hingga 17 Mac 2011. Semoga kunjungan ini akan terus mengukuhkan lagi silatulrahim diantara keluarga besar Bana'mah, amin ya rabbal alamin.

Selamat Pengantin Baru


Acara akad nikah sedang dilaksanakan didepan ayah pengantin perempuan iaitu Haji Alias bin Husin. Nampak jelas kebahagian kedua mempelai semasa di persandingkan.

Alhamdulillah Majlis Akad Nikah bagi kedua mempelai Siti Zunainah Haji Alias (cucunda kepada Sharifah Hajah Gayah binti Sheikh Haji Umar bin Sheikh Haji Abdullah Bana'mah) dan Gazali Osman telah berlangsung pada hari Jumaat 11 Mac 2011 di Kampung Lubuk Tamiang, Wilayah Persekutuan Labuan. Majlis Persandingan pula telah diadakan pada 13 Mac 2011 ditempat yang sama. Kedua majlis telah dihadiri oleh kaum keluarga dan sahabat handai termasuk ahli-ahli keluarga besar Bana'mah dari Malaysia dan Brunei Darussalam. Di kesempatan ini, bagi mewakili kaum keluarga Bana'mah. diucapkan Selamat Pengantin Baru dan didoakan kedua mempelai pengantin dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dikorniakan zuriat-zuriat yang berakhlak dan berilmu keagaaman dan keduniaan, amin ya rabbal alamin.