Alhamdulillah, penulis baru sahaja memperolehi gambar terbaru anakanda Muhammad Daniyal dan ayahandanya Muhammad Dzul Azlan. Muhammad Daniyal Azlan lahir pada 9 Mei 2013 dengan berat 3.02 kg.
Blog khusus mengenai keturunan Bana'mah. Sesiapa yang ingin membuat sumbangan artikel untok diterbitan didalam blog ini. Sila hantar ke anaslatif@yahoo.com
Ahad, 12 Mei 2013
Sabtu, 11 Mei 2013
Selamat Menyambut Kelahiran Anak dan Cucunda Pertama
Alhamdulillah, segala pujian dan syukur kehadarat Allah kerana dengan izinnya jua bertambah lagi bilangan keluarga Bana'mah pada 9 Mei 2013.
Kelahiran dua putera Insya Allah menambah lagi seri hidup kepada pasangan-pasangan berikut:

Seorang putera (atas) bernama Muhamad Daniyal Azlan bin Muhammad Dzul Azlan, ankanda kepada Muhamad Dzul Azlan dan isterinya Aslinah Mahmud di Kota Singapura pada jam 5 petang, 9 Mei 2013.
Seorang cucunda putera, Ak Adam Syawal Azharin bin Pengiran Saifol, anakanda Pengiran Saifol bin Pg Hj Razid dan isteri Doktor Edah Fateem bin Haji Abdullah, di Princess Royal Infirmary, Glasgow, Scotland. Tarikh lahir 9 Mei 2013 pukul 3 petang waktu tempatan (10 malam waktu Brunei).
(Atas Ak Adam Syawal Azharin dan Ninda Haji Abdullah bin Haji Tengah.)
Kelahiran dua putera Insya Allah menambah lagi seri hidup kepada pasangan-pasangan berikut:

Seorang putera (atas) bernama Muhamad Daniyal Azlan bin Muhammad Dzul Azlan, ankanda kepada Muhamad Dzul Azlan dan isterinya Aslinah Mahmud di Kota Singapura pada jam 5 petang, 9 Mei 2013.
Seorang cucunda putera, Ak Adam Syawal Azharin bin Pengiran Saifol, anakanda Pengiran Saifol bin Pg Hj Razid dan isteri Doktor Edah Fateem bin Haji Abdullah, di Princess Royal Infirmary, Glasgow, Scotland. Tarikh lahir 9 Mei 2013 pukul 3 petang waktu tempatan (10 malam waktu Brunei).(Atas Ak Adam Syawal Azharin dan Ninda Haji Abdullah bin Haji Tengah.)
Rabu, 8 Mei 2013
Sejarah Perpindahan Suku Arab Hadranmaut ke Indonesia
Artikel ini disalin dari blog 'Queen of Sheeba (Ratu Balqis). Ianya adalah bagi maklumat sahaja. Diucapkan terima kasih kepada Ratu Balqis
Suku Arab-Indonesia adalah warga negara Indonesia yang memiliki keturunan etnis Arab dan etnis pribumi Indonesia. Pada mulanya mereka umumnya tinggal di perkampungan Arab yang tersebar di berbagai kota di Indonesia — misalnya di Jakarta (Pekojan), Bogor (Empang), Surakarta (Pasar Kliwon), Surabaya (Ampel), Gresik (Gapura), Malang (Jagalan), Cirebon (Kauman), Mojokerto (Kauman), Yogyakarta (Kauman) dan Probolinggo (Diponegoro),dan Bondowoso — serta masih banyak lagi yang tersebar di kota-kota seperti Palembang, Banda Aceh, Sigli, Medan, Banjarmasin, Makasar, Gorontalo, Ambon, Mataram, Kupang, Papua dan bahkan di Timor Timur. Pada jaman penjajahan Belanda, mereka dianggap sebagai bangsa Timur Asing bersama dengan suku Tionghoa-Indonesia dan suku India-Indonesia, tapi seperti kaum etnis Tionghoa dan India, tidaklah sedikit yang berjuang membantu kemerdekaan Indonesia.
Setelah terjadinya perpecahan besar diantara umat Islam yang menyebabkan terbunuhnya khalifah keempat Ali bin Abi Thalib, mulailah terjadi perpindahan (hijrah) besar-besaran dari kaum keturunannya ke berbagai penjuru dunia. Ketika Imam Ahmad Al-Muhajir hijrah dari Irak ke daerah Hadramaut di Yaman kira-kira seribu tahun yang lalu, keturunan Ali bin Abi Thalib ini membawa serta 70 orang keluarga dan pengikutnya.
Sejak itu berkembanglah keturunannya hingga menjadi kabilah terbesar di Hadramaut, dan dari kota Hadramaut inilah asal-mula utama dari berbagai koloni Arab yang menetap dan bercampur menjadi warganegara di Indonesia dan negara-negara Asia lainnya. Selain di Indonesia, warga Hadramaut ini juga banyak terdapat di Oman, India, Pakistan, Filipina Selatan, Malaysia, dan Singapura.
Terdapat pula warga keturunan Arab yang berasal dari negara-negara Timur Tengah dan Afrika lainnya di Indonesia, misalnya dari Mesir, Arab Saudi, Sudan atau Maroko; akan tetapi jumlahnya lebih sedikit daripada mereka yang berasal dari Hadramaut.
Perkembangan di Indonesia
Kedatangan koloni Arab dari Hadramaut ke Indonesia diperkirakan terjadi sejak abad pertengahan (abad ke-13), dan hampir semuanya adalah pria. Tujuan awal kedatangan mereka adalah untuk berdagang sekaligus berdakwah, dan kemudian berangsur-angsur mulai menetap dan berkeluarga dengan masyarakat setempat. Berdasarkan taksiran pada 1366 H (atau sekitar 57 tahun lalu), jumlah mereka tidak kurang dari 70 ribu jiwa. Ini terdiri dari kurang lebih 200 marga.
Saat ini diperkirakan jumlah keturunan Arab Hadramaut di Indonesia lebih besar bila dibandingkan dengan jumlah mereka yang ada di tempat leluhurnya sendiri. Penduduk Hadramaut sendiri hanya sekitar 1,8 juta jiwa. Bahkan sejumlah marga yang di Hadramaut sendiri sudah punah – seperti Basyeiban dan Haneman – di Indonesia jumlahnya masih cukup banyak.
Keturunan Arab Hadramaut di Indonesia, seperti negara asalnya Yaman, terdiri 2 kelompok besar yaitu kelompok Alawi (Sayyidi) keturunan Rasul SAW (terutama melalui jalur Husain bin Ali) dan kelompok Qabili, yaitu kelompok diluar kaum Sayyid. Di Indonesia, terkadang ada yang membedakan antara kelompok Sayyidi yang umumnya pengikut organisasi Jamiat al-Kheir, dengan kelompok Syekh (Masyaikh) yang biasa pula disebut “Irsyadi” atau pengikut organisasi al-Irsyad
Masjid Banamah
Penulis masih ingat Allahyarham Sheikh Haji Umar bin Sheikh Haji Abdullah bercerita bahawa keturunannya berasal dari Hadramaut di Yemen. Semasa melayari internet, saya cuba mencari lebih banyak maklumat mengenai Banamah dan juga Hadramaut. Alhamdulillah, saya terjumpa dengan satu artikel mengenai sebuag kedai tayar yang mana lokasinya diberikan sebagai ALDISS AREA, IN FRONT OF BANAMAH MASJID, Al-Mukalla Hadramaut, Yemen. Maklumat ini sangat menarik kerana ianya menyebutkan tentang sebuah Masjid yang dikenali sebagai Masjid Banamah.
Hanya yang mendukacitakan saya belum lagi memperolehi gambar atau maklumat lanjut mengenai masjid berkenaan.
Hanya yang mendukacitakan saya belum lagi memperolehi gambar atau maklumat lanjut mengenai masjid berkenaan.
Jumaat, 5 April 2013
Perjumpaan Keluarga & Saudara Mara Sheikh Abdullah Banamah dan Sheikha Maimunah
Insya Allah, perjumpaan keluarga, sahabat handai dan saudara mara keturunan dari rumpun Sheikh Abdullah Banamah dan Sheikha Maimunah akan diadakan di Kota Singapura (di Hotel Royal Plaza @ Scott) pada 14 Disember 2013.
Mudahan sepertimana acara serupa yang diadakan sebelum ini, ianya akan dihadiri oleh seberapa ramai yang boleh agar talia persaudaraan akan dapat dikukuhkan. Amin. Bagi maklumat lanjut, sila hubungi Encik Khusaini, Singapore.
Royal Plaza@ Scott terletak di Scott Road di kawasan beli-belah utama di Kota Singapura.
Takziah
Bagi mewakili keluarga besar Bana'mah dari Brunei Darussalam, Malaysia dan Singapura, kami mengucapkan berbanyak takziah kepada Pak Cik Yahya dan Mak Cik Masnah atas pemergian ke rahmatullah ibu mertua dan ibunda yang tersayang iaitu pada malam Jumaat, 5 April 2013. Kami sama-sama mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan diberikan segala kasih sayang oleh Allah Subbahana Wataala sepertimana jua Allahyarham menyayangi anak-anak, cucu-cucu dan kesemua keluarga dan sahabata handai yang lain, Amin Ya Rabbalalamin.
Jumaat, 1 Februari 2013
Tahniah kepada Zarifdana dan Allina Ali kerana selamat ditunangkan pada 1 Februari 2013
Diucapkan setinggi tahniah kepada Mohammad Zarifdana Haji Zinal Abadin cucunda kepada Sharifah Hajah Sino binti Sheikh Haji Umar Banamah kerana pertunangan dengan Dayang Allina Ali pada 1 Februari 2013. Majlis telah berlangsung di rumah keluarga perempuan di Tungku, Gadong.
Langgan:
Catatan (Atom)







