Isnin, 23 Januari 2012

Perjumpaan Al-Bana'mah di Pulau Labuan-Ketibaan Tetamu dari Singapura dan Brunei ke Malam Silatulrahim

Ketibaan para tetamu dari Brunei dan Singapura pada kira-kira jam 8 Malam di Banting, Lubuk Tamiang. Majlis diadakan di halaman rumah Hajah Munah binti Hussien (anakanda kepada Allahyarham Sharifah Hajah Gayah bin Sheikh Haji Unar Bana'mah). Para tetamu sangat gembira dan merasa terharu atas sambutan yang meriah serta penuh warni warni. Alhamdulillah, maha besar kuasa Allah dan berkat niat murni menjalinkan erat lagi tali persaudaraan, hujan ribut yang berlaku di Bandar Labuan dan juga berdekatan dengan Lubuk Tamiang tidak turun di tempat Majlis, sedangkan di Ganggarak, kampung yang berdekatan terjadi hujan ribut yang menumbangkan pokok kayu.









Perjumpaan Al-Bana'mah di Pulau Labuan -Mesyuarat Bana'mah

Tuan Rumah Majis Makan Tengah Hari: Encik Rosli bin Awang Haji Tengah





Alhamdulillah, selepas berziarah ke pusara-pusara keluarga Bana'mah di Bandar Labuan dan Ganggarak, kaum keluarga Bana'mah telah berkumpul di kediaman Encik Rosli bin Awang Haji Tengah dan isteri Sayang Esah binti Mualai (cucu menantu dan cucu Sharifah Hajah Gayah) bagi makan tengah hari. Sebelum itu, keluarga Bana'mah telah mengadakan mesyuarat dan bersetuju bagi perjumpaan kali ke-empat akan dikendalikan oleh Singapura pada satu tarikh dan tempat yang akan diumumkan kemudian.

Perjumpaan Al-Bana'mah di Pulau Labuan-Melawat ke Chimney



Ahad, 15 Januari 2012

Perjumpaan Al-Bana'mah di Pulau Labuan - Ziarah ke Makam Keluarga Banamah

Alhamdulillah, program Perjumpaan Bana'mah di Wilayah Persekutuan Labuan telah diteruskan pada sebelah pagi 25 Disember 2011 dengan acara berziarah ke makam-makam ahli keluarga Bana'mah di WP Labuan. Acara dimulakan dengan bersarapan pagi di kediaman Pak Cik Saffian di Island Garden. Semasa sarapan pagi tersebut, majlis adalah sederhana sahaja kerana kegirangan dapat berjumpa sanak saudara telah berubah dengan kesedihan apabila menerima berita bapa mertua Pak Cik Yahya bin Ahmad (singapura) iaitu ayahanda kepada Cika Maznah binti Haji Mohammad iaitu Haji Mohammad bin Haji Lipin telah kembali ke rahmatuillahi pada awal pagi berkenaan. Alhamdullillah, acara pagi tersebut telah ditambah dengan majlis bbertahlil.

MMakam Sheikh Haji Abdullah (tengah, batu nisan kecil). Dekat makam terdapat sebuah pohon cempaka yang hairannya tidak berdaun. Dari ristaan Pak Cik Saffian (suami kepada Mak Cik Salmah, cucu Allayarham Sheikh Haji Abdullah) semasa hidupnya, Allahyarham Sheikh Haji Abdullah mengemari pohon-pohon yang tidak berdaun. Dengan kuasa Allah jua, pohon cempaka yang berdekatan dengan makam Allahyarham juga tidak berdaun. Ini semua kuasa Allah, semuanya yang baik itu datang daripadanya dan yang lemah itu adalah kita semua.


Semasa acara berziarah, rombongan telah dibawa mulanya ke makan adik beradik iaitu Sharifah Mariam bin Sheikh Haji Abdullah dan Sharifah Raidah binti Sheikh Haji Abdullah. Kemudiannya rombongan telah dibawa ke Tanjung Aru bagi menziarahi makam Sheikh Haji Abdullah dan seterlah itu, ke tanah perkuburan Lubuk Tamiang bagi menziarah makam Sharifah Gayah binti Sheikh Haji Umar. Kita semua berdoa agar allayarham sentiasa diperlindungi oleh Allah Subbahana Wataala. Amin.

Di Pusara Sharifah Mariam



Atas Pusara Sharifah Raidah (Nik Buang) yang berdekatan dengan pusara kakanda allahyarham Sharifah Mariam.

Di Tanah Perkuburan Ganggarak semasa menziarahi pusara Sharifah Hajah Gayah binti Sheikh Haji Umar bin Sheikh Haji Abdullah Banamah.

Isnin, 9 Januari 2012

Perjumpaan Al-Bana'mah di Pulau Labuan - Sembahyang Berjemaah

Azan Maghrib oleh Syarif Hidayat Tullah Bin Rustam
Muhamad Ali Suboroto tersenyum riang












Bersempena Perjumpaan Bana'mah di Labuan, sesi sembahyang berjemaah maghrib dan isya dan bertahil telah diadakan di Masjid Lubuk Tamiang pada Sabtu, 24 Disember 2011.

Isnin, 2 Januari 2012

Perjumpaan Al-Bana'mah di Pulau Labuan - Taklimat dan Makan Tengah Hari di kediaman keluarga Dayang Kamsah@Paya binti Hussin

Alhamdulillah pada sebelah pagi hari Sabtu, 24 Disember 2011 hampir kesemua keluarga dari luar Labuan telah selamat tiba. Kesemua keluarga telah berkumpul di rumah Dayang Kamsah bagi menikmati jamuan tengah hari dan seterusnya mendengar taklimat dari Tuan Haji Alias binti Hussin (anakanda kepada Sharifah Hajah Gayah binti Sheikh Haji Umar bin Sheikh Haji Abdullah Bana'mah. Kediaman Dayang Kamsah terletak di Jalan Tanjung Kubong.










Perjumpaan Al-Bana'mah di Pulau Labuan - Ketibaan


Kenderaan memasuki Ferry Shuttle Hope mulai jam 8.10 pagi. Ferry bertolak pada pukul 9.25 pagi dari Perlabuhan Serasa ke Labuan. Perjalanan mengambil masa kurang sedikit dari 2 jam.

Mohammad Azizan Anas menaiki tangga Ferry menunju ke Passenger Deck.

Sharifah Hajah Saifun Banamah bertudung putih bersama cucunda Marsha Anwar

Dari kiri: Qistina, Farah, Azizan. Belakang dari kiri: Aiman, Aizat, Syahirah (belakang) dan Azim

Marsha dan ibunda melihat Labuan dari Ferry.


Terlebih dahulu mewakili keluarga besar Bana'mah diucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada kesemua pengunjung ke blog ini. Sokongan dan kunjungan kesemua pengunjung adalah sangat-sangat dihargai dan dialu-alukan.

Sepertimana yang dimaklumkan sebelum ini Majlis Perjumpaan Banamah telah diadakan di Labuan dari 24 hingga 25 Disember tetapi telah dipanjangkan kepada 26 Disember bagi membolehkan sukan keluarga diadakan di Padang Paint Ball berdekatan dengan Kampong Lubuk Tamiang.

Antara keluarga dari luar Labuan yang mula sampai ke Labuan adalah Sharifah Hajah Sino dan cucunda beliau Yasmin Farhana Sofian pada 22 Disember 2011 dan diikuti oleh keluarga Sharifah Hajah Saifun dan juga keluarga Haji Mohammad Anas dan Hajah Jamilah.