Isnin, 31 Mei 2010

Isteri dan Anak2 Haji Umar Al-Bana'mah


Kiri ke Kanan: Allayarham Hjh Edah Haji Umar Al-Bana'mah, Hajah Saifun Haji Umar Al-Bana'mah (berdiri) Allahyarham Aishah binti Salim (isteri Haji Umar Al-Bana'mah); Abdullah Haji Tengah (dipangku, anak Hjh Edah), Haji Abdul Latif bin Muhammad (Anak Menantu, suami kepada Hjh Sino), Hjh Sino Haji Umar Al-Bana'mah. Tiada dalam gambar Hajah Tom binti Haji Umar Al-Bana'mah.

Gambar bersama Tok Ami Abu Bakar bin Sheikh Abdullah Al-Banamah


Kiri Ke Kanan: Mohammad Anas (Brunei), Awie (Singapura), Salim Tengah (Brunei, Berdiri di Belakang) Tok Ami Abu Bakar (Singapura), Mohamad Sofian (Brunei dipangku)Siti Hani (Brunei), Abdul Jalil (Brunei)

Ahad, 30 Mei 2010

Links yang Menarik

Sukacita menarik perhatian semua kepada link berikut yang banyak menyebutkan mengenai Al-Bana'mah.

http://aria21.multiply.com/journal/item/76

Bagaimana Nak Kasi Makan Saujar

Atuk Haji Umar Al-Bana'mah suka baibun (perkataan Brunei bagi 'berborak'). Satu hari tak lama selepas Hari Raya Aidil Fitri kami adik beradik dan sepupu-pupu datang melawat beliau di rumahnya yang berdekatan dengan Sekolah Rendah Ahmad Tajuddin. Yang menarik masa itu kami kebanyakan lelaki, saya masih ingat termasuk Abdul Jalil, Salim Tengah dan Rahman Tengah. Apa lagi habislah kueh raya kami bedal. Atuk yang tengok kami sambil senyum bercakap dengan Bungsu Hajah Saifun "Ini budak-budak ini makan macam saujar (sebutan beliau bagi 'soildiers'). "Ala Pun. Lain kali kalau kau nak buat kek untuk ini budak2, kau pakai satu kati tepung dan satu biji telur pun, mesti semua habis lesap".

Saya masih ingat lagi satu hari kami makan soup tulang di Belait. 'Tok, Tok kenapa tak ada sikit pun isi dalam soup ini" tanya saya. Dengan selamba Tok jawab "Kan itu soup tulang jadi tulang saja lah dalamnya". Selepas itu Tok pun ketawa. Memang benar cakap Atuk tu. Sebenarnya di Kuala Belait pada masa itu (kira2 40 tahun lampau), tak banyak kerbau yang disembelih setiap hari. Jadi penjual daging akan memisi (melepah) daging dari tulang sebanyak yang bolih kerana daging lebih mahal dari tulang. Jadinya kalau nak soup tulang terpaksa lah campur dengan daging isi kalau nak yang ada daging. Selepas itu, kalau Atuk melawat kami di Bandar Brunei (Bandar Seri Begawan), saya selalu berborak dengan Atuk, "Atuk, mahu makan soup tulang di Bandar yah... mesti ada isi punya, gerenti!" Atuk akan senyum saja..Atuk memang penyebar orangnya walau pun kena perli oleh cucu sendiri. Kadang2 Atuk jawab juga ala Pak Haji Bakhil dalam Labu Labi "Nanti Atuk marah, sekali Atuk lempang kau...terus bisu". Apa lagi saya, Atuk dan adek beradek saya akan ketawa girang sambil Atuk terus memeluk kami dengan penuh kasih sayang.

Khamis, 27 Mei 2010

Selamat Datang

Terima kaseh dan selamat datang kepada Hajah Siti Norhayati Haji Abdul Latif selaku Pengikut (Member) didalam Blog Al-Bana'mah. Penyertaan saudara mara/sahabat adalah dialu2kan. Begitu juga jika ada inputs mengenai ahli keluarga Al-Bana'mah, kisah, maklumat mengenai kaum keluarga. Kalau tak kenal mana kan sayang. Insya Allah dengan ini, kita akan dapat mengukuhkan lagi silatulrahim antara keluarga di Brunei, Singapura, Malaysia dan insya Allah Indonesia.

Sabtu, 22 Mei 2010

Al-Fateha.


Dukacita dimaklumkan kembalinya ke Rahmatullah pada Hari Jumaat 21 Mei 2010 pada jam 8.20 malam di Kota Jakarta, Indonesia Allayarham Pak Haji Gatot Ismadi bin Ismunjin iaitu ayahanda tersayang Nurul Hidajaningsih dan ayah mentua kepada Khusaini Warki. Al-Fatihah.

Gambar Allahyarham Pak Haji Gatot bersama isteri tersayang, anak (Nurul) dan dua cucu perempuan.

Rabu, 19 Mei 2010

RIWAYAT HIDUP SHEIKH HAJI UMAR BIN SHEIKH HAJI ABDULLAH AL-BANA'MAH

Sumbangan dari Haji Abdul Jalil Haji Abdul Latif, Brunei)

Sheikh Haji Umar berketurunan Arab Yemen tetapi setahu saya beliau tidak pernah membahasakan dirinya sebagai seorang Sheikh. Namun beliau ada menyatakan bahawa keturunan Al-Bana’mah berasal dari Hadranmaut. Beliau seorang yang warak dan mempunyai budi bahasa yang santun. Selain dari itu, beliau juga terkenal sebagai guru al-quran bagi anak-anak jiran yang tinggal di berdekatan dengan rumah beliau yang mulanya dulu kawasan Los Tanjung dan kemudiannya setelah itu di rumah anak kemanakan beliau (Mak Embam) di Quarter BSP di Jalan Nakhoda Ragam di Pekan Belait. Kelaziman beliau adalah menyediakan hidangan bubur kacang hijau untuk meraikan anak2 murid nya yang telah khatam al-quran dan sambil berdoa kesyukuran meminta anak-anak kecil mengaminkannya. Pernah beliau berkata, ucapan amin anak-anak kecil itu muzarab kerana mereka masih bersih tanpa sebarang dosa.


Di Kuala Belait, saya sering tidor di bilik datuk. Pada satu hari, pada tengah malam, saya pernah terjaga dan saya dengar datuk bermunajat meminta ampun kepada Allah sambil menangis. Kemudiannya baru saya mengetahui yang datuk setiap malam bangun sembahyang tahajjud. Beliau sering kali ke rumah kami di Sungai Lampai. Pada waktu Subuh beliau membanguni saya. Jalil bangun sembahyang. Apa lagi dalam hati mengapa dato membanguni orang sedang tidor nyenyak. Katanya sudahlah syaitan menyelimuti dengan kulit bayi (Bayi adalah perkataan orang Brunei bagi babi atau khinzir). Kadang-kadang saya terus bangun dan kadang-kadang tidor balik dilamun mimpi indah. Saya kemudiannya telah bertanya ustaz betulkah semasa kitani tidor,syaitan menyelimuti dengan kulit bayi. Betultlah tu kata Ustaz mengia-iakannya..


Saya masih ingat semasa hayatnya dia menyuruh Bongsu Saifun (Sharifah Hajah Saifun binti Sheikh Haji Umar Al-Bana’mah) untuk membeli ayam dan kegemarannya ialah masak kari. Bongsu berkata ‘Abah sayang saja ayam kan dibeli belum tentu Jalil datang”. Tapi beliau yakin yang saya dan ibu saya akan datang. Setelah kami tiba di Kuala Beliat, Bongsu Saifun mengatakan benar juga cakap datok mu tadi yang kamu akan datang. Bukan setakat itu sahaja, Allahyarhamah Sharifah Hjh Gayah (Tua gayah) melawat beliau semasa ia sakit. Semasa itu, saya pun ada. Jadi Tua menyuruh saya masuk berjumpa beliau. Dengan spontan beliau berkata Tua mu juga datang kan.Saya dan Tua Gayah amat terkejut macamana beliau mengetahui kehadiran Tua gayah pada masa tersebut.

Semasa tahun-tahun terakhir hidupnya, beliau tinggal dengan Bongsu Saifun di Kuala Belait, pada mula di Flat Biru, berdekatan dengan Sekolah Menengah Perdana Wazir dan kemudiannya di rumah guru berdekatan dengan Masjid Pekan Belait dan Sekolah Rendah Ahmad Tajuddin. Bongsu menyarankan beliau kalau dapat membeli sebidang tanah bagi membuat rumah sedangkan masa itu bongsu tinggal di rumah Kerajaan. Beliau mengatakan tidak perlu kerana di Batu 3 banyak lagi tanah kosong. Sebenarnya di Batu Tiga terdapat Tanah Perkuburan Orang Islam. Semasa kami melawat kubur isterinya (Aishah binti Salim, iaitu ibu kepada emak saya), beliau ada berpesan kepada yang hadir yang tapak disebelah kubur nenek kamu ini beliau telah booking. Ada sebatang batu nisan disana tetapi beliau membisikan bahawa batu nisan tersebut diletakkan disana oleh beliau sendiri. Selain dari itu, beliau juga pernah berpesan kepada adik saya, Haji Anas bahawa jika beliau sudah meninggal beliau mahu cucu-cucu beliau menolong galikan kubur dan seterusnya mengkebumikan beliau. Ditakdirkan setelah beliau meninggal, Haji Anas pergilah ke kubur lalu menyampaikan pesan tersebut kepada si penggali kubur. Malangnya, si penggali kubur mengetawakannya dan menyatakan kamu balik saja dan insya Allah nanti ketika jenazah sampai liang lahat akan sudah tersedia. Dipendekkan cerita, ketika jenazah sampai, liang lahat belum sedia. Haji Anas terus bertanya apa yang telah terjadi, si pengali berkata, beliau terpaksa melakukan pengalian secara perlahan kerana terdapat hujung papan keranda lama ditapak tersebut. Alhamdulillah, setelah itu sampailah terlaksana wasiat datuk, walaupun kerjanya tinggal sedikit saja sempatlah juga kami saudara dan berpupu, membantu mengali dan seterusnya menyempurnakan pengebumian.

Semasa akhir hayatnya, beliau telah ditahan di Hospital dan pada malam Sabtu tersebut, kalau saya tidak silap, beliau telah mencabut drip dan mengatakan bahawa beliau mahu balik ke rumah kerana ajal sudah menghampiri. Semasa sudah nazak, ada emak saya bercerita yang pada sekitar waktu Subuh yang hening, datuk sempat bercakap dengan menyatakan. “Itu dia, yang satu sudah tiba mana lagi yang satu ni lambat jua kan datang”. Subhanallah selepas itu beliau pun menghembuskan nafasnya yang terakhir. Saya telah membaca buku 'Jambatan Ke Syurga' dan telah dapati satu maklumat yang mengatakan seseorang yang akan menemui ajalnya, 2 malaikat yang ditugaskan mencabut nyawanya.

Pernah sepupu saya bercerita bahawa semasa datuk menunaikan fardu haji di Kota Mekah, datang seorang pemuda yang elok wajahnya dan terus memberikan salam sambil berkata "Aulia". Bila sepupu saya bertanya kepada datuk, apa itu 'Aulia", datuk menyatakan "Aulia" itu bererti orang yang sentiasa beramal kepada Allah tetapi hanya seorang "Aulia" yang lebih tinggi darjatnya yang akan dapat mengenal "Aulia' yang lain. Sungguh indah bahasa datuk itu, kerana mengakui bahawa pemuda tadi yang sememangnya lebih muda adalah lebih kuat dan tinggi darjah imannya dari datuk sendiri. MaysaAllah, datuk mengajar kita bahawa seorang orang beriman tidak akan pernah merasa diri lebih mulia dari orang lain.

Saya berterima kasih yang tidak terhingga kepada Allahyarham Dato kerana sentiasa memberi nasihat dan tunjuk ajar supaya dapat hidup bahagia di dunia dan akhirat. Akhir sekali,semoga Allah mencucuri rahmatnya kepada Allahyarham dan menempatkan beliau bersama orang-orang yang beriman.


P.S. Ketika kami adik beradik masih kecil, datuk suka bercerita mengenai Si-Kodok dengan Monyet. Ianya mengisahkan cerita monyet yang tamak dan si kodok yang banyak bersabar. Itu lah saja cerita beliau setiap kali kami meminta beliau untuk bercerita. Kini giliran kami bercerita kepada anak-anak kami cerita yang sama. Mudah2an mereka nanti akan menceritakan kepada anak-anak mereka sendiri.

Isnin, 17 Mei 2010

Arab dari Yaman. (Sumbangan Ustaz Shahrizal (Labuan)

Secara umum penggolongan Marga Arab Hadramaut itu dikategorikan dalam 4 golongan:
Alawiyin (golongan yang mengaku keturunan Rasulullah via keturunan Ahmad bin Isa (AlMuhajir))
Qabili / Qabail / Qabayl (golongan yang memegang senjata)
Masaikh / Dhaif (gologang pedagang / petani / rakyat kebanyakan)
Abid (golongan pembantu / hamba sahaya)
Latar Belakang
Alkisah, golongan Alawiyin karena desakan politik di persia (iran) terpaksa hijrah mencari penghidupan yang lebih baik ke daerah Hadramaut. Disana mereka menyampaikan kepada beberapa muqaddam (kepada suku) mengenai maksud untuk tinggal di Hadramaut dan juga menerangkan jati diri mereka (sebagai turunan Rasulullah). Sebelum secara resmi mereka diterima, muqaddam disaat itu mengirim utusan ke Hejaz untuk mengecek mengenai keberadaan mereka (terutama status turunan Rasul). Namun, setelah beberapa waktu, ada satu keluarga di Hadramout tersebut yang langsung menerima golongan Alawiyin ini untuk tinggal tanpa menunggu kepulangan utusan yang dikirim dan penerimaan secara resmi. Selanjutnya keluarga ini dikenal dengan nama keluarga Bafadhal, yaitu “golongan yang menerima”
Di bawah ini adalah daftar nama marga orang Arab keturunan Yaman (suku Arab Hadramaut):
A
Abbad, Abdul Aziz, Abudan, Aglag, Al Abd Baqi, Al Aidid, Al Ali Al Hajj, Al Amri, Al Amudi, Al As, Al As-Safi, Al Ba Abud, Al Ba Faraj, Al Ba Harun, Al Ba Raqbah, Al Baar, Al Bagdadi, Al Baiti, Al Bakri, Al Bal Faqih, Al Barak, Al Bargi, Al Barhim, Al Batati, Al Bawahab, Al Bin Jindan, Al Bin Sahal, Al Bin Semit, Al Bin Yahya, Al Bukkar, Al Fad’aq, Al Falugah, Al Gadri, Al Hadi, Al Hadi, Al Halagi, Al Hasani, Al Hasyim, Al Hilabi, Al Hinduan, Al Huraibi, Al Aydrus, Al Jabri, Al Jaidi, Al Jailani, Al Junaid, Al Kalali, Al Kalilah, Al Katiri, Al Khamis, Al Khatib, Al Kherid, Al Madhir, Al Mahdali, Al Mahfuzh, Al Matrif, Al Maula Dawilah, Al Maula Khailah, Al Munawwar, Al Musawa, Al Mutahhar, Al Qadri, Al Qaiti, Al Qannas, Al Rubaki, Al Waini, Al Yafi’ie, Al Yamani, AlMathori, AlMukarom, Ambadar, Arfan, Argubi, Askar, Assa’di, Assaili, Asy Syarfi, Attamimi, Attuwi, Azzagladi,al Dames
B
Ba Abdullah, Ba Attiiyah, Ba Atwa, Ba Awath, Ba Dekuk, Ba’ Dib, Ba Faqih, Ba Sendit, Ba Siul, Ba Sya’ib Bin Ma’tuf Bin Suit, Ba Syaiban, Ba Tebah, Ba Zouw, Ba’asyir, Babadan, Babten, Badegel, Badeges, Ba’dokh, Bafana, Bafadual, Bagaramah, Bagarib, Bagges, Bagoats, Bahafdullah, Bahaj, Bahalwan, Bahanan, Baharmus, Baharthah, Bahfen, Bahmid, Bahroh, Bachrak, Bahsen, Bahwal, Bahweres, Baisa, Bajabir, Bajened, Bajerei, Bajrei, Bajruk, Bakarman, Baksir, Baktal, Baktir, Bal Afif, Baladraf, Balahjam, Balasga, Balaswad, Balfas, Baljun, Balweel, Bamakundu, Bamasri, Bamasak , Bamatraf, Bamatrus, Bamazro, Bamu’min, Banaemun, Banafe, Bana’mah, Banser, Baraba, Baraja, Barakwan, Barasy, Barawas, Bareyek, Baridwan, Barjib, Baruk, Basalamah, Basalim, Basalmah, Basgefan, Bashay, Ba’sin, Baslum, Basmeleh, Basofi, Basumbul, Baswel, Baswer, Basyarahil, Batarfi, Bathef, Bathog, Ba’Tuk, Bawazier, Baweel, Bayahayya, Bayasut, Bazandokh, Bazargan, Bazeid, Billahwal, Bin Abd Aziz, Bin Abd Samad, Bin Abdat, Bin Abri, Bin Addar, Bin Afif, Bin Ajaz, Bin Amri, Bin Amrun, Bin Anuz, Bin Bisir, Bin Bugri, Bin Coger, Bin Dawil, Bin Diab, Bin Duwais, Bin Faris, Bin Gannas, Bin Gasir, Bin Ghanim, Bin Ghozi, Bin Gozan, Bin Guddeh, Bin Guriyyib, Bin Hadzir, Bin Hafidz, Bin Halabi, Bin Hamid, Bin Hana, Bin Hatrash, Bin Hilabi,Bin Hizam, Bin Hud, Bin Humam, Bin Huwel, Bin Ibadi, Bin Isa, Bin Jaidi, Bin Jobah, Bin Juber, Bin Kartam, Bin Kartim, Bin Keleb, Bin Khalifa, Bin Khamis, Bin Khubran, Bin Mahri, Bin Mahfuzh, Bin Makki, Bin Maretan, Bin Marta, Bin Mattasy, Bin Mazham, Bin Muhammad, Bin Munif, Bin Mutahar, Bin Mutliq, Bin Nahdi, Bin Nahed, Bin Nub, Bin On, Bin Qarmus, Bin Sadi, Bin Said, Bin Sanad, Bin Seger, Bin Seif, Bin Syahbal, Bin Syaiban, Bin Syamil, Bin Syamlan, Bin Syirman, Bin Syuaib, Bin Tahar, Bin Ta’lab, Bin Sungkar, Bin Tebe, Bin Thahir, Bin Tsabit, Bin Ulus, Bin Usman, Bin Wizer, Bin Zagr, Bin Zaidan, Bin Zaidi, Bin Zimah, Bin Zoo, Bukkar,Badziher.
T
Thalib
G
Ghana’
H
Haidrah, Hamde, Hamadah, Harhara, Hatrash, Hubeisy,Hayaze, Hasni, Humaid
J
Jawas, Jibran, Jabli
K
Karamah, Kurbi
M
Magadh, Makarim, Marfadi, Martak, Mashabi, Mugezeh, Munabari, Mahdami,Machdan
N
Nabhan
S
Sallum, Shahabi, Shogun, Sungkar, Syaiban, Syammach, Syawik,Syagran.
U
Ugbah, Ummayyer
Z
Za’bal, Zaidan, jurhum, Zeban, Zubaidi

Riwayat Sheikh Abdullah Al-Bana'mah - Sumbangan Ustaz Shahrizal (Labuan)

Setiap hari apabila balik dari masjid..lebih kurang jam 9 mlm...'abg naik kejap' inilah kata-kata nenek apabila tahu saya balik dari masjid..'nek,ok nek' sapa saya pada nenek...'potong kuku nenek bang'...ya allah kata-kata ni lah yang sering terdengar di apabila sampai ke rumah.

Lepas tu saya akan duduk dengar cerita-cerita nenek..masyallah dia sering ceritakan tentang ayahnya allahyarham Sheikh Abdullah Al Bana'mah..nenek mula bercerita.

"Pernah satu ketika hari hujan lebat,abah nak pergi mana?. Ni lah panggilan nenek pada ayahnya..abah adalah panggilan Arab..juga boleh dipanggil 'Abi'(bapaku) atau 'Abuya'(bapa kesayanganku)...abah nak kemasjid dulu..abah terus jalan tanpa menoleh.."Maryam cepat hantar payung tu pada abah,cepat nanti basah abah kau tu"..kata-kata emaknya..nenek pun cepat hantar payung pada abahnya..menghampiri abahnya. Subhnallah..'baju abah tak basah' ini lah cerita tentang karamah Sheikh Abdullah Al-Bana'mah. Orang soleh sentiasa dibantu tuhan nek, kata saya pada nenek...nenek senyum..nenek cerita abahnya sering wirid lepas solat..kadang-kadang lama sangat wiridnya. Abahnya libatkan diri dengan dakwah kata nenek..'orang Yaman memang pentingkan dakwah,bahkan kedatangan islam dinusantara kita,berkat usaha orang-orang Yaman'..kata saya pada nenek...kata nenek lagi, abahnya sering pakai jubah putih,dan ada jubah berwarna gelap dilapiskan lagi...abah sering cakap yang sopan-sopan,dan sering tersenyum. Wah betapa bangganya nenek punyai abah yang soleh orangnya...insyallah kisah ini kita akan sambung lagi..mari kita mengenal wahai saudara ku watak orang soleh ini..Sheikh Abdullah Al-bana'mah...mari juga kita tiru dan contohi sifat orang soleh ini ..bukan hanya berbangga,tapi cuba untuk contohinya.

Sabtu, 15 Mei 2010

Lawatan Keluarga Singapura 2005


Jumpa gambar ni semasa surfing Facebook. Gambar ini diambil di rumah kediaman Hjh Salmah Stewart di Kampong Serusop.

Mesyuarat Jawatankuasa Sambutan Hari Keluarga Al-Bana'mah

Sukacita diingatkan bahawa Mesyuarat diatas akan diadakan pada Ahad, 23 Mei 2010 di rumah Haji Abdul Jalil bin Haji Abdul Latif mulai jam 4.00 petang. Kepada sesiapa yang kan memancing, main golf, berlari di Bukit Shahbandar, suka tidor sebelah petang dan lain-lain diharapkan akan mentiadakan aktivti sedemekian pada petang itu nanti. Sekian pesanan ringkas dari Setiausaha Jawatankuasa Mesyuarat Puan Hajah Sslmah Stewart. Harap maklum.

Ayam Sigun Liau Hussin

Al-kisah semasa kecil menginap di rumah Tua Gayah and Tua Liau Hussin. Maka untuk makan malam disembelih lah seekor ayam kampong jantan bekas hero sabung (ayam sigun)milik Tua Liau Hussin.. Selepas di sembelih lama juga baru ayam itu tamat riwayatnya. Lebih setengah jam menunggu. Yang lucunya bila dimasak kari terpaksa tunggu dari pagi sampai malam baru bolih dimakan sebab isinya dan kulit yang sangat keras. Tapi tak apa lah gigi pun masih tegap. Maka makan saja lah. Itu kisah lebih 40tahun yang lalu. Kenangan mengusik jiwa.

Tua Liau hussin suka berborak dengan saya. Paling dia suka tengok tapak tangan konon nak tengok nasib. Tapi tiap kali jawapannya sama saja "baik ni". Lama2 boring juga asik tiliknya baik saja tapi baik macamana. Akhirnya beliau beri jawapannya tangan engkau tu memang baik kalau tak paksa potong saja. Memang buat suspense Dan tensen saja.

Lagi Mengenai Tua Gayah (Allahyarham Hjh Gayah Al-Bana'mah

Tua Gayah mempunyai tubuh yang agak kurus dan berkulit kurang cerah. Apa yang menarik ialah Tua Gayah mempunyai rambut yang ikal mayang dan lebat. Tua Gayah berkahwin dengan Liau Husin (Pak Husin) dan di akhir hayat beliau bermastuatin dengan anak lelaki yang sulong Haji Alias di Lubuk Tamiang.

Tua Gayah merupakan seorang yang rajin menangkat ikan baik secara pukat (pukat labuh/pukat ambit (dimana pukat dilabuh dan kemudiannya di tarik ketepian) dan juga mengunakan joran. Bagi diri saya sendiri, highlights jika melawat Tua Gayah ialah mengikuti beliau menangkap ikan di pantai berdekatan dengan Banting, Labuan yang tidak jauh dari rumah beliau. Berbagai ikan kecil diperolehi termasuk ikan bilis, ikan kikik, Usus, kembura, belanak dan lain-lain lagi. Kadangkala beliau akan mencari kima (sejenis lukan yang bewarna hitam).

Tua Gayah gemar merokok, dan memandangkan saya merupakan salah satu anak buahnya yang paling benci dengan rokok, selalu beliau akan tersenyum bila saya menasihati beliau untuk berhenti dari kegemaran beliau tersebut. Beliau akan menyatakan bahawa beliau sudah berhenti merokok. Pernah satu hari saya pergi melawat beliau di Labuan. Sesampai saya saya diberiktahu bahawa beliau di pantai memancing. Memandangkan saya memandu sebuah kerita pinjam saya pun menuju ketempat dimana saya tahu beliau suka berehat. Apabila mendekati beliau, jelas beliau sedang merokok (bersigup dalam bahasa Brunei) dan memandangkan beliau masih belum cam siapa yang memandu, saya telah dapat memandu sehingga hanya beberapa meter saja dari kedudukan beliau. Yang lucu nya, apabila beliau mula perasaan bahawa pemandu kerita adalah saya sendiri, dengan tiba2 rokok beliau hilang sama sekali. Selepas bersalam, saya cuba mencari 'hard evidence' namun tak juga jumpa. Tua Gayah terus tersenyum melihat gelagat saya. Namun begitu Tua Gayah tidaklah pernah berusik hati dengan kerenah saya.

Saya masih ingat pada zaman kecil saya, mandi di perigi bersama Tua Gayah di Labuan. Beliau akan merokok sigupan (dibuat dari daun dan tobacco). Tua Gayah akan mencecahkan bara sigupan kepada lintah yang menghisap dimana-mana tempat yang disukainya kaki, peha, badan dan lain-lain lagi. Ini akan mengugurkan lintah tersebut sambil itu saya akan terlolong-lolong minta tolong akhibat takut dan geli.

Sepertimana yang dinyatakan sebelum ini oleh abang saya Haji Abdul Jalil, sememangnya apa jua suka duka kami di Brunei tidak akan lengkap tanpa adanya Tua Gayah. Sememang beliau sangat mengambil berat perihat adik-adik beliau yang semua menetap di Brunei.

Tua Gayah juga menjadi Pengangun (Mak Andam) bagi upacara perkahwinan. Tua Gayah meninggal setelah mengidap sakit di bahagian perut Saya masih ingat beberapa hari sebelum beliau meninggal saya sempat menziarahi beliau sambil membawa biah anggur kesukaan beliau, saya sempat menyuapkan kepada beliau beberapa biji sebelum beliau tidak mahu lagi menerimanya. Saya sempat mencuri pandang melihat air mata beliau menitis tetapi sayangnya agak sukar untuk beliau berkata-kata kerana sudah terlalu lemah melainkan kalimah 'Allah' yang keluar dari mulut beliau. Alhamdulilah selepas itu saya dapat menemui beliau beberapa kali sebelum beliau menghembuskan nafas yang terakhir. Tua Gayah disemadikan di Tanah Perkuburan di Lubuk Tamiang tidak jauh dari Pusara suaminya Liau Hussin. Al Fateha, semoga Tua Gayah diberikan rahmat yang sebaiknya dari Allah, ditentaramkan rohnya sehingga ke hari Qiamat. Amin

Rujukan Ganti Nama Melayu Brunei

Rabu, 12 Mei 2010

Mengenai Allahyarham Tua Sh Hjh Gayah Bte Sh Hj Omar

Beliau dilahirkan di Singapura dan merupakan anak yang tertua dari 5 orang adik beradik. Beliau berastautin di Labuan dan mempunyai 5 orang anak. Tua ialah seorang yang sangat prihatin dan menyayangi semua keluarganya sama ada di Labuan mahupun di Brunei. Apabila ada majlis suka duka, beliau akan menghadirinya tidak kira masa. Saya sangat terasa kehilangannya memandangkan beliau bukan sahaja sebagai Tua tetapi jua semacam ibu kepada saya. Mudah2an rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di syurga. Amin Ya Rabbalalamin. Likaran pena Haji Abdul Jalil bin Haji Abdul Latif (Brunei)

Gabungan Keluarga Brunei, Singapura dan Malaysia. Nik Yam (Labuan)




Nenek Sharifah Mariam binti Sheikh Abdullah Al-Bana'mah. Adinda perempuan Sh Hj Umar dan Sh. Hj Abu Bakar Al-Bana'mah. Nek Yam bertudung biru berdiri ditengah sebelah kanan pengantin perempuan.

Gambar Bercerita Sejuta Perkataan - Sharifah Hjh Gayah (Labuan)



Sharifah Hjh Gayah bte Sh Hj Umar Al-Bana'mah (Kanan Baju Kurung Biru Muda) bersama cucu-cucu dan cucu-cucu menantu.

Kenangan Lalu



Ayahanda Haji Abdul Latif bin Muhammad dan bonda Sharifah Hjh Sino bte Hj Umar Al-Bana'mah semasa persandingan Hjh Norhayati dan suami, Zunidi di Kampong Kota Batu, Brunei.

Tips Memikat Mentua. Sumbangan Ustaz Sharizal Saffian (Labuan)

Tips Memikat Mentua

1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya, mulakan berkenal kenalan dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan
waktu berkunjung ke rumahnya.
2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama. Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati. Misalnya dengan memberikan sepasang kain sebagai
tanda kenangan.
3. Kenali sikap sebenar mertua anda. Tanya kepada pasangan anda, apa yang disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika sudah menjadi ahli
keluarganya kelak.
4. Setelah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya dihadapan mereka. Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua.
5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya dengan bercerita tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri.
6. Berkongsi minat dengannya. Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan apa
yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius.
7. Apabila tiba hari-hari penting seperti ketibaan Hari Ibu, Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah. Atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.
8. Paling penting, jaga pertuturan anda. Jika sebelum ini anda seorang yang ‘mulut lepas’, anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda. Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mertua.
9. Setelah selesai majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut. Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti periuk,kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun anda keletihan, tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Tetapi jika majlis dilakukan secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah.
10. Akhir sekali, cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda menyayangi keluarga sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.Walaupun jika ditakdirkan anda tiada jodoh dengan anak mereka, pastikan anda sentiasa menghubungi sekadar bertanya khabar

Keluarga Bahagia. Lirikan Pena Ustaz Sharizal Saffian (Labuan)

Keluarga Bahagia

Keluarga bahagia menjadi cita-cita semua
Bapa bertanggungjawab ibu pengasih mengurus rumahtangga
Anak-anak taat setia mendengar kata
Bekerjasama bertolong bantu bersama ibu bapanya
Tuhan sama-sama disembah syariat peraturan keluarga
Ada masalah sama-sama menyelesaikannya
Al Quran As Sunnah tempat rujukan mereka
Setelah dijumpa sama-sama mengikutnya
Selesailah masalah keluarga tanpa berpanjangan
Kerana sama-sama taat dengan Tuhannya
Ada masalah lagi diselesaikan pula
Al Quran dan As Sunnah jugalah tempat rujukan
Berkasih sayang rukun rumahtangga
Kerana Tuhan sama-sama ditakuti dan dicintai bersama
Takutkan dan cintakan Tuhan rahsia bahagia
Iman dan taqwa berkasih sayang kekuatan bersama
Tidak ada iman, taqwa, kasih sayang tidak akan ada
Wang dan harta punca porak-peranda
Carilah kekayaan bukan untuk dicintai
Tapi untuk khidmat sesama manusia
Biasanya pepecahan rumahtangga Tuhan tidak diambil kira
Masing-masing ikut akal dan nafsunya
Syariat Tuhan diabaikan keluarga
Aman damai punah hidup celaka


Keluarga Role-Model
Ya Allah
Engkau jadikanlah rumahtanggaku syurga sebelum Syurga
Anak-anak cahaya mata, isteri mengikut kata
Tuhan!
Jadikanlah rumahku masjid mengingati-Mu
Sumber ilham dan ilmu
Tempat hiburan dan ketenanganku dan keluargaku
Tetamu yang datang membawa rahmat
Perginya, penghapusan dosa
Wahai Tuhan
Jadikanlah rumahku kerehatanku, tempat aku mendapat kekuatan jiwa
Tempat aku mengecas bateri jiwaku
Apabila aku keluar rumah
Kereta perjuanganku bertambah laju
Ya Allah!
Engkau jadikanlah keluargaku tapak perjuanganku
Role model untuk ditiru
Berilah aku kekuatan memimpin diri dan keluargaku
Memimpin masyarakat diharapkan juga
Berilah aku kekuatan iman dan ilmu
Kesihatan dan buah fikiran
Kelapangan masa untuk berjuang
Boleh menilai diri baik buruknya
Ya Allah
Jadikanlah Engkau cinta agungku
Agar seluruh apa yang ada aku korbankan untuk-Mu
Bahkan jiwa ragaku
Dan berikanlah aku kawan-kawan yang setia
Yang boleh berjuang bersamaku susah dan senang
Akhir sekali ya Allah
Ampunkanlah seluruh dosa-dosaku
Dan dosa-dosa keluargaku serta pengikut-pengikutku
Amin ya Rabbal Alamin
Istajib do’ai

Selasa, 11 Mei 2010

The Al-Bana'mah Ladies. 2008






Sharifah Mariam binti Sh Abdullah Al-Bana'mah (Nenek Yam, Labuan)

Sharifah Mariam atau lebih saya kenali dengan Nek Yam adalah adik perempuan kepada Haji Umar dan Haji Abu Bakar bin Abdullah. Setahu saya beliau dilahirkan di Singapura dan ikut berpindah bersama kedua abangnya ke Labuan semasa Haji Abu Bakar (Tok Ami Bakar) bekerja di pulau berkenaan sebelum Perang Jepun (wallahu akhlam, itulah setahu saya). Sebut saja nama Nek Yam, pasti kita akan terbayang seorang wanita yang agak tinggi dengan ukuran badan yang sederhana. Nek Yam berkulit putih dan pandangan matanya sangat tajam ditambah dengan alis mata yang seolah-olah diberikan ‘make-up’ hitam.

Nek Yam sangat gemar memakai baju jenis kebaya dari jenis warna yang tidak begitu terang. Dari pemerhatian saya beliau gemar warna kebiru-biruan Yang menarik pula beliau selalu berbisikal ke tempat kerja beliau sehinggalah beliau mencecah umur tuanya. Kalau ada kesempatan ke Labuan, sudah pasti saya akan berziarah ke rumah beliau di Kampung Gerisik (beliau berpindah kemudiannya di rumah anak perempuannya Salmah di Island Garden. Mungkin tiada siapa yang boleh melawan aroma masakan sambal tumis ikan bilis Nek Yam dan juga nasi lemak masakan beliau. Walauun sudah berumur, Nik Yam begutu cergas bila dalam ‘mood’ memasak. Alhamdulillah, puas kita makan jika berkunjung ke rumahnya,

Di zaman usia beliau memasuki maghrib kehidupan, saya mendapati Nik Yam selalu sedih semasa saya dan emak saya (Hajah Sino) ingin pulang ke Brunei. Jelas titisan air mata nya ketika itu. Bagi menghilangkan kesedihan beliau, saya saling menyatakan bahawa beliau serupa benar dengan Laila Majnun atau Neng Yatimah, asik menangis saja. Nik Yam akan senyum kembali tetapi jelas masih terlalu sedih. Begitulah halnya semasa kali terakhir nya menetap wajah Nek Yam. Nek Yam kembali ke rahmatullah kira-kira tiga tahun yang lalu di hari-hari terakhir bulan Ramadan. Kalau tidak silap beliau meninggal tidak lama selepas waktu bersungkai (berbuka puasa). Sedih rasanya mendengar berita pemergian beliau dan bila terkenang tiada lagi Nenek Yam yang saya sangat gemar bergurau dengannya. Sembahyang Jenazah Nenek Yam di imamkan oleh cucu beliau sendiri Sharizal Saffian. Alhamdulillah, saya percaya Allahyarham pasti akan bahagia jika mengetahui perkara ini. Saya juga difahami bahawa semasa itu, Ami Mohamad ada turun ke Labuan melalui Brunei tetapi memandangkan keperluan masa Ami tidak sempat ikut rombongan menghantar jenazah Allahyarham ke Tanah Perkuburan di Kampong Gerisik, Nenek Yam disemadikan beberapa ela daripada pusara adik beliau Raidah (Nek Buang). Salah satu peristiwa yang menampilkan keperibadian beliau adalah setelah selesai pengkebumian beliau, para pembantu kubur yang telah mengali pusara Nenek Yam duceritakan tidak mahu menerima apa jua upah sambil menyatakan “Semasa kami kecil dulu, Nenek Yam lah yang selalu memberikan kami makanan semasa kami lapar”.

Nek Yam, kini saya lah yang sentiasa menangis bila terkenang kepada Nenek dan gurauan-guruan semasa Nenek masih hidup. Al-Faeha.. semoga Nenek Yam ditempatkan disisi orang-orang yang saleh dan dikalangan mereka yang ikhlas memberikan pertolongan dan bersedekah demi memperolehi keredaan Allah SWT.

Keturunan Dari Salmah (di Labuan) binti Mariam Al-Bana'mah binti Abdullah Al-Bana'mah


Isnin, 10 Mei 2010

Allahyarham Raidah binti Abdullah (Nenek Buang), Labuan

Mungkin sebilangan besar dari keluarga Al-Bana’mah tidak mempunyai kesempatan untuk mengenali beberapa ahli dari keluarga ini yang sudahpun kembali ke rahmatullah. Ini mungkin disebabkan oleh perbezaan umur atau kejauhan fisikal. Raidah bte Abdullah atau lebih dikenali dengan Nik Buang adalah adek kepada Haji Umar dan Haji Abu Bakar bin Abdullah. Semenjak muda lagi beliau menetap di Labuan. Semasa hayat beliau, beliau sangat dikenali di sekitar Bandar Labuan. Selain dari bersifat peramah, beliau mepunyai wajah yang agak cantik serta berkulit cerah tetapi dengan bentuk badan beliau yang agak ‘berisi’ dengan bentuk muka yang bulat membuat beliau mudah dikenali. Pernah satu hari, saya berbisik dengan sepupu saya Hajah Mariam bahawa ‘Giant’ nak masuk pintu. Aduh…rupanya bisikan tersebut terdengar olehnya. Beliau pun memekik ‘Apa???? Nanti kau aku bilang sama bapak engkau. Kau panggil aku giant!!!’ Itulah dia Nik Buang, tetapi sebenarnya dia adalah seorang yang penyayang, Oh yah… satu lagi yang best, beliau sangat pandai memasak!!! Pernah satu hari, beliau menjemput saya makan dirumah nya dan beliau menghidangkan masakan ikan asam pedas. Apa lagi habislah beberapa pinggan nasi.. setelah itu, dia pun tanyalah. “Jadi siapa lagi best masak, nenek sini kah atau nenek kat sana (maksudnya kakaknya Nek Yam (Mariam). Kerana sudah faham perangai Nik Buang, terpaksalah mempergunakan segala ilmu diplomasi yang ada “Yang sini sedap masak, yang sana pun sedap jugak’. Selepas itu beliau pun ketawa sepuas hati. [Oh yah, selepas dari rumah Nik Buang, saya kembali ke rumah Nek Yam …dan disambut dengan soalan yang sama, ‘Mana lagi sedap, masakan Nenek kah atau masakan Nek Buang?” Dah agak dah… dan jawapan saya pun sama lah juga.

Nik Buang meninggal dunia semasa saya masih menuntut di UK dan beliau dimakamkan di Perkububuran Kampung Gerisik yang tidak jauh dari Masjid Besar di Bandar Labuan. Beliau mempunyai beberapa orang anak yang kesemuanya menetap di Labuan, kecuali anak perempuannya yang berada di Kota Kinabalu, Sabah. Al-Fateha, kita doakan semoga roh nya dicucuri rahmat dan beliau ditempatkan bersama-sama orang-orang yang diredhai oleh Allah SWT.

Selamat Hari Jadi

Selamat Hari Jadi kepada Milla Jalal of Singapore. Semoga sentiasa dikurniakan Allah SWT dengan rezeki yang banyak dan umur yang panjang dan penoh kesihatan di samping keluarga yang tersayang. Dari kami semua di Brunei Darussalam.

Hari Ibu 2010 - Kenangan di No 8 Jalan Khamis, Upper Thomson Road

Hari Ibu telah disambut kelamarin (yesterday). Yang menghairankan kenangan ini dibawa balik puluhan tahun lampau kira-kira tahun 1968 atau lebih awal ke No 8 Jalan Khamis semasa umur masih lagi terlalu muda. Saya masih ingat seorang wanita yang sudah tua (mungkin masa itu sudah berusia lebih 80 tahun) yang selalunya nampak tenang saja walaupun saya adik beradik selalunya buat bising. Kami selalu bermain disekelilingnya dan ianya sentiasa senyum dengan tasbih ditangannya. Saya masih ingat duduk disampingnya dengan abang dan adik saya sambil bermain dengannya. Sambil mencubit kecil tangan antara satu sama lain, wanita tua tersebut akan menyanyikan lagu Injit-Injit Semut..Siapa sakit naik atas. Begitulah setiap hari beliau melayan kerenah kami adik beradik (oh yah, Awie juga ada pada masa itu).

Nama wanita tersebut... kalau saya tidak silap Maimunah, isteri kepada Sh Abdullah Al-Bana'mah dan ibu kepada datuk Haji Umar. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh beliau. Al-Fateha....amin, ya rabbal alamin.

Sabtu, 8 Mei 2010

Peringatan Dari Setiausaha

Kepada semua ketua-ketua jawatan kuasa kerja supaya agar dapat menyediakan laporan terkini bagi bahagian masing-masing. Untuk di sampaikan semasa mesyuarat yang akan diadakan pada 23 Mei 2010. Pesanan ini adalah daripada Puan Hajah Salmah. Selaku Setiausaha Majlis Perjumpaan Al-bana'mah. Sekian terima kasih.

Khamis, 6 Mei 2010

Hari Ibu

Kita mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua kaum Ibu dengan memanjatkan doa kepada Allah Subahanawataala agar semoga sentiasa sihat walafiat dan berbahagia disamping keluarga. Amin Ya Rabbalaalamin.

Isnin, 3 Mei 2010

Bacaan Menarik Mengenai Hadharamaut

Arab Singaporean

From Wikipedia, the free encyclopedia

Jump to: navigation, search
Arab Singaporean
Total population
7,000 to 10,000 (estimates)
Languages

English, Malay, some Arabic speakers.

Religion

Predominantly Sunni Islam of the Shafi'i sect. A small minority practicing Christianity and Judaism.

Related ethnic groups

Arab diaspora, Malay Singaporeans.

The majority of the Arabs in Singapore trace their ancestry from the southern part of the Arabian Peninsula called Hadhramaut, which is now part of the Republic of Yemen. The People's Democratic Republic of Yemen PDRY was formed on 30 November 1967 when it achieved independence after 129 years of British rule. Some of the people living there are known as “Hadhramis”. The land there is mostly desert region. The fertile areas, suitable for cultivation, are small and concentrated in the wadi region. This harsh natural environment drove the Hadhramis to travel out of the area to trade and acquire the necessary items they needed. They had travelled to and engaged in trade in several areas: Hyderabad, India (before 1947), Dar-es-Salaam and East Africa as well as Malaya and the Netherlands East Indies.

Ingram (1936) gave a description of the type of social classes of the Hadhramis. Among them were migrants from Iraq, the Seyyids (Syeds), who were descendants of the grandsons of Prophet Muhammad, Hasan ibn Ali and Husayn ibn Ali. The Syeds were well known for their education and influence over religious matters. Another social class, Sheikhs, was also influential in matters concerning religion. Both the Syeds and the Sheikhs formed the top of the social class in Hadhramaut. The Arabs in Singapore are descended from the Syeds and Sheikhs. As such, they carry the title of “Syed” and “Sharifah” (for men and women respectively) and “Sheikh” and "Shaykhah" (for men and women respectively).

Ahad, 2 Mei 2010

Sembahyang Berjemaah Maghrib dan Isya dan Bertahlil

Assalamualaikum, Majlis di atas akan diadakan pada 23 Mei 2010 bertempat di kediaman Haji Abdul Jalil bin Abdul Latif. Sila hadir lebih awal iaitu jam 4.00 petang bagi Mesyuarat Jawatankuasa Perjumpaan Ahli Keluarga Al-Bana'mah. Diingatkan agar semua Ketua-Ketua Jawatankuasa Kerja agar dapat memberikan updates semasa mesyuarat itu nanti. Terima kasih.

Keturunan Al-Bana'mah dari Haji Alias bin Sh Hjh Gayah binti Sh Hj Umar bin Sh Haji Abdullah Al-Bana'mah (Labuan)


Keturunan Al-Bana'mah melalui Kamsah binti Sharifah Hjh Gayah binti Sh Hj Umar bin Hj Abdullah Al-Bana'mah (Labuan)