Hari Ibu telah disambut kelamarin (yesterday). Yang menghairankan kenangan ini dibawa balik puluhan tahun lampau kira-kira tahun 1968 atau lebih awal ke No 8 Jalan Khamis semasa umur masih lagi terlalu muda. Saya masih ingat seorang wanita yang sudah tua (mungkin masa itu sudah berusia lebih 80 tahun) yang selalunya nampak tenang saja walaupun saya adik beradik selalunya buat bising. Kami selalu bermain disekelilingnya dan ianya sentiasa senyum dengan tasbih ditangannya. Saya masih ingat duduk disampingnya dengan abang dan adik saya sambil bermain dengannya. Sambil mencubit kecil tangan antara satu sama lain, wanita tua tersebut akan menyanyikan lagu Injit-Injit Semut..Siapa sakit naik atas. Begitulah setiap hari beliau melayan kerenah kami adik beradik (oh yah, Awie juga ada pada masa itu).
Nama wanita tersebut... kalau saya tidak silap Maimunah, isteri kepada Sh Abdullah Al-Bana'mah dan ibu kepada datuk Haji Umar. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh beliau. Al-Fateha....amin, ya rabbal alamin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan