Atuk Haji Umar Al-Bana'mah suka baibun (perkataan Brunei bagi 'berborak'). Satu hari tak lama selepas Hari Raya Aidil Fitri kami adik beradik dan sepupu-pupu datang melawat beliau di rumahnya yang berdekatan dengan Sekolah Rendah Ahmad Tajuddin. Yang menarik masa itu kami kebanyakan lelaki, saya masih ingat termasuk Abdul Jalil, Salim Tengah dan Rahman Tengah. Apa lagi habislah kueh raya kami bedal. Atuk yang tengok kami sambil senyum bercakap dengan Bungsu Hajah Saifun "Ini budak-budak ini makan macam saujar (sebutan beliau bagi 'soildiers'). "Ala Pun. Lain kali kalau kau nak buat kek untuk ini budak2, kau pakai satu kati tepung dan satu biji telur pun, mesti semua habis lesap".
Saya masih ingat lagi satu hari kami makan soup tulang di Belait. 'Tok, Tok kenapa tak ada sikit pun isi dalam soup ini" tanya saya. Dengan selamba Tok jawab "Kan itu soup tulang jadi tulang saja lah dalamnya". Selepas itu Tok pun ketawa. Memang benar cakap Atuk tu. Sebenarnya di Kuala Belait pada masa itu (kira2 40 tahun lampau), tak banyak kerbau yang disembelih setiap hari. Jadi penjual daging akan memisi (melepah) daging dari tulang sebanyak yang bolih kerana daging lebih mahal dari tulang. Jadinya kalau nak soup tulang terpaksa lah campur dengan daging isi kalau nak yang ada daging. Selepas itu, kalau Atuk melawat kami di Bandar Brunei (Bandar Seri Begawan), saya selalu berborak dengan Atuk, "Atuk, mahu makan soup tulang di Bandar yah... mesti ada isi punya, gerenti!" Atuk akan senyum saja..Atuk memang penyebar orangnya walau pun kena perli oleh cucu sendiri. Kadang2 Atuk jawab juga ala Pak Haji Bakhil dalam Labu Labi "Nanti Atuk marah, sekali Atuk lempang kau...terus bisu". Apa lagi saya, Atuk dan adek beradek saya akan ketawa girang sambil Atuk terus memeluk kami dengan penuh kasih sayang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan