Jumaat, 29 Oktober 2010

Menuju ke Tanah Suci Tahun 1961. Cebisan Catatan dari Diari Atuk Sheikh Haji Umar bin Sheikh Haji Abdullah

Dalam kita pada masa ini masih melalui masa pemergian sahabat handai dan saudara mara ke tanah suci bagi menunaikan fardu haji iaitu rukun Islam yang ke lima, saya amat tertarik kepada catatan Atuk Sheikh Haji Umar bin Sheikh Haji Abdullah Bana’mah semasa beliau dalam perjalanan menuju Jeddah dengan menggunakan kapal laut (Kapal Kuala Lumpur). Catatan ini diambil dari diari Atuk yang ditulis pada 23 Mac 1961:-

Pemandangan dari Port Sweetenham (sekarang Port Klang) menuju kepada Kapal Haji "Malaysia Raya". Gambar ini diambil di awal tahun 1960an.


Pada 23.3.61 jam pukul 7.50 pagi tiba ke Port Swettenham. Chalon2 Haji yang datang dari Singapore tidak di-benarkan naik ke Port Sweetenham kerana sebab2 yang tertentu. Pada pukul 9 pagi di-benarkan orang2 chalon Haji dan Pengantar serta pelawat2 naik ke kapal Haji. Tidak juga kurang keramaian nya tetapi tidak pulak sebagai Singapore pasal keramaiannya. Banyak orang2 besar iaitu Sultan Selangor, Tun Abdul Razak serta Puan Reha dan Inche Saadon Haji Zubir dan lain2 menteri yang datang memberi selamat belayar kepada sekalian chalon2 Haji dan juga Sultan Selangor memberi sedikit pedatu antara lain sabda-nya hendak-nya kamu tabah hati kepada azab sengsara dan penderitaan yang akan kamu rasa-ie dan patoh kepada hukuman dan larang2ngan dan menunjukkan sopan santun iaitu adapt Melayu yang semula jadi dan hendak-lah kamu jangan buat seperti orang makan angina, bersungguh2 membuat amalan Haji itu supaya di-terima Tuhan, dan kemudian Tuan Razak pulak memberi pidato. Kemudian sekali Chief Kadhi Selangor doa’ chara Melayu. Pada pukul 2 ½ petang kapal pun bertolak dari Port Sweetenham menuju ke Pinang. Waktu sembahyang maghrib pukul 6.56 mengadap haluan kapal 20 degree kiri. (Lebih kurang ada 5,000 orang yang ada di Port Sweetenham Harbour).

Pemandangan di Port Sweetenham dalam tahun 1960

Pada 26.3.61 Hari Ahad. Daripada Penang kepada Aden Latitude 05-37 longtitute 90-00 E perjalanan 365 mile dalam 24 jam dari pukol 12 malam sampai pukol 12 malam 26.3.61 average speed 14-6 knots. Distance to Port Aden 2732 miles jam di-gustan 30 minutes. Sampai tengah malam, malam pukol 9 ada wayang sampai pukol 10 malam. Ayer di laut tenang. Hujan Renyai2. Abdullah anak angkat Sharif Kedah dapat sakit dari 14.3.61 dalam wad Hospital Kapal dan juga ibu nya Malai Fatimah ada dapat sakit juga. Waktu Sembahyang Zuhor pada pukol 12.50 tengah hari dan waktu sembahyang magrib pukul 6.07 minit.

Pada 27.3.61 Hari Isnin. M.S. Kuala Lumpur daripada Penang menuju Aden. Latitute 05.40 N. Longtitute 84.59 E. Jarak jauh menuju Port 2420 miles. Dalam 24 jam 306 miles. Hitung panjang perjalanan kapal sejauh 306 miles speed 12.49 knots. Kita nanti jumpa hujung Tanah Ceylon. Pada pukul 9 pagi seorang bakal Haji namanya Raja Ngah dari Terengganu telah kembali ke rahmatullah ta’ala. Pada pukol 8 malam sekalian rancangan dibatalkan olih sebab kematian itu.

Sekian dahulu buat kali ini. sedaya upaya ejaan yang digunakan oleh Atuk (sistem tulisan Melayu lama) terus dikekalkan. Insya Allah kisah perjalanan melalui jalan laut akan disambung lagi kemudian.
Port Klang ( Pelabuhan Klang ) is a town and the main gateway by sea into Malaysia. Formerly known as Port Swettenham, it is also the location of the largest and busiest port in the country. As such, its economic progress has been greatly influenced by the port activities in its area. It is located about 6|km|mi southwest of the town of Klang, and 38|km|mi southwest of Kuala Lumpur
Nota:

Ahad, 24 Oktober 2010

Kenangan Silam Di Musim Haji

Melihat ramai jemaah meninggalKAN negara untuk menunaikan fardhu haji terkenang jua masa saya masih kecil. Jikalau musim berlepas untuk meninggalkan tanah air sudah dekat, ramai majlis-majlis doa selamat atau 'makan orang haji' diadakan. Yang seronoknya, adalah diunjuk oleh yang akan menunaikan fardhu haji sedikit wang kepada para tetemu. Kalau tidak silap, wang berkenaan diniatkan sebagai zakat untok membersihkan wang bekalan ke tanah suci. Lucu juga masa itu, mungkin sebab ilmu ugama belum cukup. Masa tidak semua yang hadir diunjuki wang tidak kira yang kaya, berada atau miskin. Walhal ikut hukum, zakat hanya berhak diterima bagi sebilangan hamba Allah sahaja.

Semakin hampir masa bertolak, semakin ramailah sanak saudara dan sahabat handai berkunjung dan lazimnya adalah yang memberikan 'sedekah' kepada bakal haji berkenaan. Pada hari bertolak tiba ramailah saudara mara dan jiran2 berkunjung. Ada jua jemaah haji yang menyediakan kepingan kertas yang bertulis "Allah" dan "Muhammad" dalam tulisan jawi. Kertas itu nanti digunting dua, yang "Allah" dibawa oleh jemaah berkenaan dan yang "Muhammad" diberikan kepada yang hadir untuk disimpan. Tak tahulah apa rasional dibalik tradisi berkenaan tapi sekarang praktis ini tidak lagi diadakan.

Saya masih ingat semasa saya kecil, para jemaah Brunei akan bertolak ke Labuan dengan kapal laut samada Kapal Sultan atau Kapal Bolkiah. Ramailah perahu-perahu kecil mengiringi kapal yang membawa jemaah haji berkenaan sehinggalah sampai ke kuala Sungai Brunei. Tapi kini zaman sudah berubah, jemaah haji berangkat menggunakan kapal terbang. Kalau dulu Allayarham Atuk Haji Umar mengambil masa berbulan-bulan untuk sampai ke Tanah Suci, kini ianya hanya mengambil masa kira-kira 11 jam sahaja dan ada yang terus mendarat di Madinah. Masa besar kuasa Allah yang menyediakan kenderaan-kenderaan bagi hamba-hamba nya menunaikan fardhu haji.

Ada juga tradisi lama yang masih diikuti sekarang ini, iaitu sembahyang berjemaah yang diadakan oleh kaum keluarga yang ditinggalkan ditanah air. Majlis ini selalunya diadakan pada hari Khamis, malam jumaat dan pada tiap-tiap malam semasa hari-hari tasrik. Pada setiap hari jumaat, selalunya keluarga jemaah haji akan bersedekah kueh mueh selalunya 'kerambai' yang dibuat dengan antara lain santan dan tepung.

Selain dari itu, saya pernah mendengar sebilangan ahli keluarga jemaah haji adanya bersedekah payung dan selipar yang ditinggalkan diluar pintu rumah orang-oramg yang dikategorikan sebagai 'orang susah'. Tujuan mereka ialah dengan cara itu maka para jemaah tidak akan terkena panas matahari atau jalan raya semasa berada di Tanah Suci. Saya tidaklah menyoalkan samada cara ini bersesuaian dengan ajaran agama, kerana tujuan saya ialah meristakan apa yang ada semasa saya masih kecil kira2 40 lebih tahun yang lalu. Pasal meninggalkan payung dan kasut ini tidaklah saya mendengar lagi ianya dilakukan pada masa ini.

Jumaat, 22 Oktober 2010

Selamat Menunaikan Fardhu Haji


Haji Mohammad Esham memeluk ninda Haji Abdul Latif bin Muhammad

Berziarah dengan sanak saudara yang tidak mahu ketinggalan mengucapkan selamat berangkat ke Tanah Suci

Mengucapkan selamat tinggal kepada anakanda tersayang.

Alhamdulillah, dipanjatkan shukor dan didoakan semoga mendapat Haji yang mabrur kepada Haji Mohammad Esham bin Dato Paduka Haji Yunos dan isteri yang telah berangkat untuk menenunaikan rukun Islam yang ke 5 pada petang tadi, Jumaat 22Oktober 2010.

Rabu, 20 Oktober 2010

Mesyuarat Ogos Jawatankuasa Perjumpaan Keluarga Disember 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Bagi Membincangkan Persediaan Perjumpaan Keluarga dan Saudara Mara Bana'mah akan diadakan pada hari Sabtu, 24 Oktober 2010 bertempat di rumah Haji Abdul Latof bin Muhammad di Kampong Kota Batu. Mesyuarat akan diadakan selepas sembahyang Isya berjemaah. Insya Allah.

Selasa, 12 Oktober 2010

Majlis Bertahlil dan Sembahyang Magrib dan Isya Berjemaah

Alhamdulillah Majlis Bertahlil bulanan dan Sembahyang Fardu Magrib dan Isya berjemaah akan diadakan pada sebelah petang/malam 16 Oktober 2010 bertempat di kediaman Sharifah Hajah Saifun binti Sheikh Haji Umar Bana'mah di Kuala Belait, Negara Brunei Darussalam. Insya Allah upacara akan diteruskan dengan Sambutan Ulang Tahun Kelahiran bagi Marsha Anuar. Sekian jua disampaikan kepada semua kaum keluarga dimana saja berada.

Tambahan Gambar Persandingan Ahad Shahrizat dan Masni Maidin


Alhamdulillah, di perlihatkan gambar persanding Ahmad Shahrizat Saffian iaitu cucu kepada Allahyarham Sharifah Mariam binti Sheikh Abdullah Bana'mah yang diadakan di Sandakan, Sabah pada 18 September 2010. Bagi membolihkan kaum keluarga dan sahabat handai yang tidak berpeluang menghadiri Majlis di Sandakan, satu Majlis persandingan di Labuan insya Allah akan diadakan pada 6 November 2010 ini nanti. Sanak saudara adalah di jemput hadir ke Majlis berkenaan yang akan diadakan di Island Garden.

Isnin, 11 Oktober 2010

Persediaan Bagi Perkumpulan Di Bulan Disember

Alhamdulillah, sekadar memberikan maklumat terkini mengenai persediaan bagi perkumpulan sanak saudara dari kedua belah pihak keturunan pasangan Sheikh Haji Abdullah dan Hajah Maimunah. Pihak Jawatankuasa Penganjur bagi tahun 2010 ini sedang giat dengan membuat persediaan-persediaan yang diperlukan dan objektif menjadikan perjumpaan ini nanti berjaya. Dalam itu, pihak Jawatankuasa didalam mesyuarat yang terbaru merasa gembira mendengar berita bahawa sambutan dari kaum keluarga dan saudara mara dari Labuan dan Singapura adalah sangat mengalakkan.

Insya Allah, pihak Jawatankuasa dengan sokongan padu kaum keluarga dan sanak saudara di Brunei akan terus berusaha agar perjumpaan bulan Disember ini akan berjaya. Brunei tidak sabar-sabar menunggu kehadirian abis kita semua ke Darussalam 'the Abode of Peace'.

Jumaat, 8 Oktober 2010

Catatan Diari Atuk (Sheikh Haji Umar bin Sheikh Haji Abdullah Bana'mah). Bertolak ke Mekah

Pada 19.3.61 pergi rumah Che’ Nah di Mandai Road. Pada 20.3.61 pergi jalan2 di Seranggon Road dan juga Paya Lebar Road lihat tapak rumah Che’ Kah dan pada 21.3.61 pergi antar barang2 Kapal Kuala Lumpur tumpangkan di bilik Salleh. Kemudian pergi jalan2 di Arab Street di rumah Sheikh Haji dan Tanya bila belayar di Jeddah Pilgrim. Inche’ Nah datang sama lakinya Amat. Awang Chik datang dengan isterinya Inon dan anak2 nya. Dan pada 22.3.61 pagi2 pukul 4 ½ sembahyang Isha dan pukul 5 1/2 sembahyang Subuh. Che’ Kah, mak, Janis, Inche Nah dan sekalian anak2 ada didalam kandungan sehat walafiat. Ini hari saya akan bertolak ke Mekah dengan Kapal Kuala Lumpur pada pukul 8 pagi, ke Gate number 4 di mana tempat Kapal Kuala Lumpur berlabuh.

Yang turut menhantar ke kapal Che’ Kah, Janis, Che’ Nah dan anakanda Khatijah. Kemudian saya dan Abu Bakar pergi cari Osman bin Mohamed ia adalah seorang kawan saya dari Kuala Belait, Seria. Sampai ke kapal pada pulul 9 pagi terus saya dapat Cabin No. 443. Dalam sebuah kabin ada tiga tempat tidur iaitu saya, Osman dan Sulaiman. Sampai pukul 10 pagi pereksa paspot dan ticket. Di sini ada susah sedikiit kerana orang2 haji penuh mahu berdahuluan2 sampai pukul satu baru saya dapat masuk periksa tiket dan paspot. Kemudian saya pergi ke Bilik 443. Osman sudah menunggu sama Sulaiman. Pada pukul 2 petang Imam Telok Belangah dengan murah hati telah bang (perkataan Brunei bagi 'Azan'), Kapal pun angkat sauh belayar dan maknusia yang macam ulat itu (lebih kurang ada 10,000 orang) pun melambai2 memberi selamat belayar kepada chalun2 haji dan pada pukul 4 kapal memberi minum kopi dan kueh dan pada pukul 6 ½ petag kapal kasi makan nasi, lauk ikan, daging ayam, sayur kubis, sambal balacan serta timun.


Gambar ini di ambil di Pelabuhan Singapura (Tidak di ketahui tahunnya) dimana ramai sanak saudara sedang menghantar calon-calon haji yang akan berangkat ke Jeddah.

Calon-calon Haji melambai sambil mengucapkan selamat tinggal kepada sanak saudara dan sahabat handai.


Kapal Haji Kuala Lumpur (Nama asal Dilwara Troopship)
Specifications

Built by Barclay, Curle and Co. Ltd, Glasgow
517' length, 65' beam, 44' draught, 12555 GRT
Twin-screw, Doxford opposed piston, 5600 BHP each, service speed 14 knots.

History

The "Kuala Lumpur" was launched on 17th October 1935, and delivered on 16th January 1936, as the troopship "Dilwara" under British India management. She is the first purpose built troopship of the Twentieth Century, all previous ships having been converted after charter by the Government. In 1937 she took part in the King George V Coronation Review. When not trooping she becomes one of the first ships to do educational cruises to Scandinavia.

She served throughout the Second World War in the role she was built for, trooping. In the early years of the war, up to 1941, she was trooping between South Africa and the Middle East. In 1941 she was at Kalmat for the evacuation of Greece and in 1942 as a LSI equipped with landing craft she takes part in the landings on Madagascar against the French forces. 1943 found her in the Burma landings, where she was damaged by mines. After repair she continues her trooping duties until in 1949 she undergoes a re-fit back at her builders, during which the well deck is built in. 1956 sees her in action again at Suez, and in November 1960 she is sold to the China Navigation Co. for use on the Malaysia - Jeddah pilgrim run. She undergoes a comprehensive re-fit at Taikoo Dockyard in Hong Kong, which also sees the installation of a mosque, and emerges under the name "Kuala Lumpur" with a capacity for over 2,000 pilgrims.

Out of season, "Kuala Lumpur" is employed cruising between Australia / New Zealand - the south Pacific - Japan.

The China Navigation Co. withdrew from the pilgrim service in 1970, and the "Kuala Lumpur" was scrapped at Kaohsiung in 1971.

Khamis, 7 Oktober 2010

Wasiat Dari Atuk (Sheikh Haji Umar bin Sheikh Haji Abdullah Bana'mah

Dua ekor lembu sama besar sama gemoknya kalau dipotong sama banyak daging nya kalau dijual sama harga nya. Kalau manusia sama gemok, sama besarnya belum tentu sama budi pekertinya. Kalau dibanggakan dengan keluarganya Adam dan Hawa. Kalau dari asalnya sama dari tanah dan ayer. (Dicatat 28 Januari 1961).

Selasa, 5 Oktober 2010

Jemputan Ke Majlis Persandingan


Dengan penuh kesyukuran ke hadrat Ilahi, dengan berbesar hati dan sukacitanya menjemput Tuan/Puan/Encik/Cik suami/isteri/& seisi keluarga/semua keluarga di Brunei Darussalam dan Singapore/ hadir ke majlis undangan perkahwinan pada 06.11.2010(pagi - petang) bertempat di Lot 9 Island Garden, WP labuan.Undangan setulus hati, dengan izin Allah SWT sudilah meraikan majlis ini. Sekian terima kasih. Wassalam.

Sabtu, 2 Oktober 2010

Tahniah kepada Omar Hakeem bin Haji Abdullah

Tahniah kepada Omar Hakeem Haji Abdullah iaitu cicit kepada Sheikh Haji Umar bin Sheikh Haji Abdullah Al-Bana'mah kerana lulus dan seterusnya mengikuti konvokysen di University Brunei Darussalam pada hari Khamis, 30 September 2010. Semoga terus berjaya dalam segenap bidang yang dilalui. Amin.

Omar Hakeem bersama ninda, ayahanda dan bonda tercinta.

Jumaat, 1 Oktober 2010

Sambutan Raya Sekeluarga Bertema

Alhamdulillah, kita telah menikmati sambutan Hari Raya Aidil Fitri hampir sebulan lamanya. Dikesempatan ini sukacita diimbas kembali beberapa kenangan sepanjang Syawal tahun 2010 semasa rumah terbuka keluarga Bana'mah. Sepertimana tahun-tahun sebelumnya, bagi memeriahkan suasana tema-tema tertentu telah disediakan oleh Tuan Rumah.

Rumah Terbuka di kediaman Mohamad Barkry Stewart dan Hajah Salmah. Tema: Glamer Raya. Tarikh: Sabtu, 25 September 2010

Rumah Terbuka di kediaman Dato Paduka Haji Yunus dan Datin Hajah Haniah. Tema: Malam Yemen. Tarikh: Sabtu, 18 September 2010

Rumah Terbuka di kediaman Haji Mohammad Anas dan Hajah Jamilah. Tema: Tahun Enam Pulahan. Tanpa Hitam dan Maroon. Tarikh: Ahad, 12 September 2010