Jumaat, 29 Oktober 2010

Menuju ke Tanah Suci Tahun 1961. Cebisan Catatan dari Diari Atuk Sheikh Haji Umar bin Sheikh Haji Abdullah

Dalam kita pada masa ini masih melalui masa pemergian sahabat handai dan saudara mara ke tanah suci bagi menunaikan fardu haji iaitu rukun Islam yang ke lima, saya amat tertarik kepada catatan Atuk Sheikh Haji Umar bin Sheikh Haji Abdullah Bana’mah semasa beliau dalam perjalanan menuju Jeddah dengan menggunakan kapal laut (Kapal Kuala Lumpur). Catatan ini diambil dari diari Atuk yang ditulis pada 23 Mac 1961:-

Pemandangan dari Port Sweetenham (sekarang Port Klang) menuju kepada Kapal Haji "Malaysia Raya". Gambar ini diambil di awal tahun 1960an.


Pada 23.3.61 jam pukul 7.50 pagi tiba ke Port Swettenham. Chalon2 Haji yang datang dari Singapore tidak di-benarkan naik ke Port Sweetenham kerana sebab2 yang tertentu. Pada pukul 9 pagi di-benarkan orang2 chalon Haji dan Pengantar serta pelawat2 naik ke kapal Haji. Tidak juga kurang keramaian nya tetapi tidak pulak sebagai Singapore pasal keramaiannya. Banyak orang2 besar iaitu Sultan Selangor, Tun Abdul Razak serta Puan Reha dan Inche Saadon Haji Zubir dan lain2 menteri yang datang memberi selamat belayar kepada sekalian chalon2 Haji dan juga Sultan Selangor memberi sedikit pedatu antara lain sabda-nya hendak-nya kamu tabah hati kepada azab sengsara dan penderitaan yang akan kamu rasa-ie dan patoh kepada hukuman dan larang2ngan dan menunjukkan sopan santun iaitu adapt Melayu yang semula jadi dan hendak-lah kamu jangan buat seperti orang makan angina, bersungguh2 membuat amalan Haji itu supaya di-terima Tuhan, dan kemudian Tuan Razak pulak memberi pidato. Kemudian sekali Chief Kadhi Selangor doa’ chara Melayu. Pada pukul 2 ½ petang kapal pun bertolak dari Port Sweetenham menuju ke Pinang. Waktu sembahyang maghrib pukul 6.56 mengadap haluan kapal 20 degree kiri. (Lebih kurang ada 5,000 orang yang ada di Port Sweetenham Harbour).

Pemandangan di Port Sweetenham dalam tahun 1960

Pada 26.3.61 Hari Ahad. Daripada Penang kepada Aden Latitude 05-37 longtitute 90-00 E perjalanan 365 mile dalam 24 jam dari pukol 12 malam sampai pukol 12 malam 26.3.61 average speed 14-6 knots. Distance to Port Aden 2732 miles jam di-gustan 30 minutes. Sampai tengah malam, malam pukol 9 ada wayang sampai pukol 10 malam. Ayer di laut tenang. Hujan Renyai2. Abdullah anak angkat Sharif Kedah dapat sakit dari 14.3.61 dalam wad Hospital Kapal dan juga ibu nya Malai Fatimah ada dapat sakit juga. Waktu Sembahyang Zuhor pada pukol 12.50 tengah hari dan waktu sembahyang magrib pukul 6.07 minit.

Pada 27.3.61 Hari Isnin. M.S. Kuala Lumpur daripada Penang menuju Aden. Latitute 05.40 N. Longtitute 84.59 E. Jarak jauh menuju Port 2420 miles. Dalam 24 jam 306 miles. Hitung panjang perjalanan kapal sejauh 306 miles speed 12.49 knots. Kita nanti jumpa hujung Tanah Ceylon. Pada pukul 9 pagi seorang bakal Haji namanya Raja Ngah dari Terengganu telah kembali ke rahmatullah ta’ala. Pada pukol 8 malam sekalian rancangan dibatalkan olih sebab kematian itu.

Sekian dahulu buat kali ini. sedaya upaya ejaan yang digunakan oleh Atuk (sistem tulisan Melayu lama) terus dikekalkan. Insya Allah kisah perjalanan melalui jalan laut akan disambung lagi kemudian.
Port Klang ( Pelabuhan Klang ) is a town and the main gateway by sea into Malaysia. Formerly known as Port Swettenham, it is also the location of the largest and busiest port in the country. As such, its economic progress has been greatly influenced by the port activities in its area. It is located about 6|km|mi southwest of the town of Klang, and 38|km|mi southwest of Kuala Lumpur
Nota:

1 ulasan: