Diucapkan Selamat Berlayar pada Sabtu 21 September 2013 (Pesawat bertolak pada pukul 2 pagi 22 September - delayed hampir 7 jam) kepada Siti Fatimah Azzahraa' Haji Mohammad Anas, cucunda Sharifah Hajah Sino binti Sheikh Haji Umar. Siti Fatimah Azzahraan' akan mengikuti jurusan Bio-Chemistry selama tiga tahun atas Biasiswa Dana. Sebelum ini Siti Fatimah Azzahraa' menuntut di Leighton Park School di Reading, UK selama dua tahun pada peringkat A-Level dengan memperolehi keputusan 3 As.
Blog khusus mengenai keturunan Bana'mah. Sesiapa yang ingin membuat sumbangan artikel untok diterbitan didalam blog ini. Sila hantar ke anaslatif@yahoo.com
Isnin, 23 September 2013
Semoga Terus Maju Jaya - Mohammad Afiq Al-Hakeem bin Haji Abdullah
Setinggi Tahniah kepada Mohammad Afiq Al-Hakeem bin Haji Abdullah, cucunda kepada Sharifah Hajah Edah binti Sheikh Haji Umar Banamah yang kini menuntut di University of Southampton dalam jurusan Mathematics atas biasiswa Dana. Mohammad Afiq bertolak pada hari Jumaat 20 September 2013.
Ahad, 15 September 2013
Selamat Melanjutkan Pelajaran Di Bradford University, United Kingdom
Diucapkan selamat melanjutkan pelajaran kepada Siti Nur Qistina Haji Mohammad Anas. Nur Qistina telah bertolak ke United Kingdom pada hari Khamis, 12 September 2013 dan akan mengikuti kursus Occupational Theraphy selama tiga tahun di Bradford University. Kaum keluarga mendoakan semoga terus maju jaya dalam segenap bidang.
Sabtu, 14 September 2013
Teks Ucapan Dr. Ian Geoffrey, semasa Majlis Persandingan Hajah Honeyta Emilly Stewart dan Mohamad Shukry Mohammad Ariffin
Selawat
Serta Salam Kepada Junjungan Kita Nabi Muhammad Salullah Hualaihi Wassalam,
Keluarga, Para Sahabat dan Pengikut-Pengikut Baginda yang jujur lagi taat dari
awal hingga ke akhir hayat.
Yang
Berhormat-Yang Berhormat
Yang Mulia
Pengiran-Pengiran
Yang
Dimuliakan Pehin-Pehin
Yang Mulia
Dato-Dato dan Datin
Yang Mulia
Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian.
Kelupis Asal Pulut Segantang
Sedap Dimakan Bercacah Kari
Kami Mengucap Selamatlah Datang
Hadir Abiskita Menambah Seri
Terlebih dahulu
peramba/kaola/saya memohon diizinkan untuk membahasakan diri peramba/kaola/saya
dengan ganti diri Peramba/Saya pada memudahkan dan meringkaskan lagi ucapan
Peramba/Saya pada malam ini.
Peramba/saya bagi mewakili
Ayahanda dan Bonda Pengantin Perempuan iaitu Haji Mohammad Barkley Stewart dan
Hajah Dayang Salmah binti Haji Tengah, serta kaum keluarga sekaliannya
menjunjung dan mengucapkan ribuan terima kasih keatas kesudian abiskita semua meluangkan
masa bagi menghadiri Majlis Persandingan Anakanda Dayang Hajah Honeyta Emilly
binti Mohammad Barkley Stewart dengan Mohammad Shukry bin Mohammad Ariffin yang mana
diakui tidaklah seberapanya ini.
Izinkan jua abis peramba/kami
sekeluarga untuk mengucapkan berbanyak terima kasih atas kehadirian saudara
mara dan sahabat handai dari jauh termasuklah Singapura, Indonesia, Sabah dan
Sarawak, dan juga Wilayah Persekutuan Labuan. Alhamdulillah, kehadiran saudara
mara dan sahabat handai sekalian telahpun menambah lagi seri dan kegembiraan
kami di hari yang berbahagia ini.
Peramba/Saya bagi mewakili
kedua ibu bapa Pengantin juga ingin menyampaikan setinggi penghargaan kepada
kaum keluarga dan sahabat handai serta abiskita sekaliannya atas sumbangan
nasihat, tenaga dan cenderhati didalam abis peramba/kami mengukayahkan Majlis
Perkahwinan ini.
Hanya Allah Subbahanahu
Wataala sahajalah yang dapat membalas jasa baik dan keikhlasan abiskita
tersebut.
Jari Disusun
Rapi Bersatu
Salam Diucap Sejahteralah
Umat
Merafak Doa Memohonkan
Restu
Agar Majlis Berkat dan Selamat
Menjala Ikan
di Tasek Merimbun
Perahu Dikayuh
Tanpa Kemudi
Salah dan
Silap Mohon Diampun
Jangan Biskita simpan Di Hati
Para
hadirian dan hadirat sekalian, segala yang baik datangnya dari Allah
Subbahanahu Taala jua dan apa jua kecacatan didalam Majlis ini adalah dari kami
sekeluarga. JIkalah ada sebarang kekurangan atau kesilapan didalam majlis dan
pda tatacea kami melayan kehadiran abiskita –
kami memohon berbanyak maaf kepada abiskita sekalian.
Menutup
kata, tidak dilupa, sekali lagi abis peramba/kaola/kami sekeluarga mengucapkan
syukur Alhamdulillah dan berbanyak terima kasih atas kehadirian abiskita semua
pada Malam yang berbahagia ini.
Sekian
Wabillahi Taufik Walhidayah. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Majlis Persandingan Hajah Honeyta Emilly binti Mohammad Barkrey Stewart dan Shukry Mohammad Ariffin
Alhamdulillah Majlis telah selamat berlangsung pada Jumaat 13 September 2013 di Risqun International Hotel, Gadong, Negara Brunei Darussalam. Berikut adalah sebahagian dari gambar-gambar yang dapat dirakamkan semasa Majlis Persandingan berkenaan,
Mempelai dengan keluarga pengantin perempuan: Mohamad Barkley Stewart (sebeah kanan pengantin perempuan); ibunda Hajah Salamah (kiri pengantin perempuan -baju merah); adinda-adinda Dr. Ian (hujung kiri); Danial (duduk depan), adinda ipar Etty (baju unggu). Juga dalam gambar Khusaini dan Salim (dari Singapura)-berdiri di kanan dan kiri pengantin lelaki.
Pengantin dengan bapa saudara Haji Abdullah bin Haji Tengan
Zarifdana Haji Zinal Abadin
Keluarga Haji Abdul Rahman bin Haji Tengah, bapa saudara pengantin perempuan dengan kedua memperlai
Sepupu-sepupu Pengantin Perempuan: Dari kiri: Iqah, Fairuz dan Balqis
Pengantin bersama Ninda Sharifah Hajah Sino berserta anak-anak, anak-anak menantu dan cucu-cucu.
Mempelai dengan Emak Saudara Hajah Siti Norhayati Haji Abdul Latif dan suami Zunidi Telih
Ninda Salmah dari Labuan
Khusaini (Singapura) dengan Haji Mohammad Sofian (Brunei)
Farah Anas, Sepupu Pengantin Perempuan
Haji Abdullah (Ayah Saudara) bersama keluarga
Hamizah Zinal Abadin, sepupu
Hajah Siti Hani (sepupu emak pengantin perempuan)
Ayahanda Pengantin Perempuan, Haji Mohamad Barkrey Stewart dan Bapa Saudara, Dato Paduka Haji Yunos Mohamad Noh berziarah dengan para tetamu
Haji Alias Husin, isteri dan Dayang Kamsan, sepupu bonda pengantin perempuan
Dayang Kamsan Husin
Langgan:
Catatan (Atom)