Alhamdulillah, Majis Berbedak bagi kedua mempelai Hajah Honeyta Emilly dan Mohammad Shukry telahpun selamat diadakan pada hari Sabtu 7 September 2013 bertempat di kediaman Haji Abdul Rahim bin Haji Tengah di Kampong Pelambayan, Jalan Kota Batu, Brunei. Majlis telah dihadiri oleh kaum keluarga kedua-dua mempelai dan diserikan dengan persembahan Dzikir.
Saat kegembiraan apabila pengantin diusik oleh salah seorang bapa saudara semasa Majlis Berbedak
Bapa saudara Pengantin Perempuan Haji Abdullah bin Haji Tengah bergambar dengan pasangan pengantin.
Asam Kandis Mari Dihiris
Manis Sekali Rasa Isinya
Dilihat Manis Dipandang Manis
Lebih Manis Hati Budinya
Kedua Pengantin Memakai Hiasan Tradisional Brunei yang dibuat dari emas termasuklah gelang, tali pingang dan sebagainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan