Sabtu, 14 September 2013

Teks Ucapan Dr. Ian Geoffrey, semasa Majlis Persandingan Hajah Honeyta Emilly Stewart dan Mohamad Shukry Mohammad Ariffin


Bismillah Hirrahman Nirrahim, Assalamualaikum Warahatullahi Wabarakatuh.

Selawat Serta Salam Kepada Junjungan Kita Nabi Muhammad Salullah Hualaihi Wassalam, Keluarga, Para Sahabat dan Pengikut-Pengikut Baginda yang jujur lagi taat dari awal hingga ke akhir hayat.

Yang Berhormat-Yang Berhormat
Yang Mulia Pengiran-Pengiran
Yang Dimuliakan Pehin-Pehin
Yang Mulia Dato-Dato dan Datin
Yang Mulia Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian.      
                                                                                           
Kelupis Asal Pulut Segantang
Sedap Dimakan Bercacah Kari
Kami Mengucap Selamatlah Datang
Hadir Abiskita Menambah Seri

Terlebih dahulu peramba/kaola/saya memohon diizinkan untuk membahasakan diri peramba/kaola/saya dengan ganti diri Peramba/Saya pada memudahkan dan meringkaskan lagi ucapan Peramba/Saya pada malam ini.

Peramba/saya bagi mewakili Ayahanda dan Bonda Pengantin Perempuan iaitu Haji Mohammad Barkley Stewart dan Hajah Dayang Salmah binti Haji Tengah, serta kaum keluarga sekaliannya menjunjung dan mengucapkan ribuan terima kasih keatas kesudian abiskita semua meluangkan masa bagi menghadiri Majlis Persandingan Anakanda Dayang Hajah Honeyta Emilly binti Mohammad Barkley Stewart dengan Mohammad Shukry bin Mohammad Ariffin yang mana diakui tidaklah seberapanya ini.

Izinkan jua abis peramba/kami sekeluarga untuk mengucapkan berbanyak terima kasih atas kehadirian saudara mara dan sahabat handai dari jauh termasuklah Singapura, Indonesia, Sabah dan Sarawak, dan juga Wilayah Persekutuan Labuan. Alhamdulillah, kehadiran saudara mara dan sahabat handai sekalian telahpun menambah lagi seri dan kegembiraan kami di hari yang berbahagia ini.

Peramba/Saya bagi mewakili kedua ibu bapa Pengantin juga ingin menyampaikan setinggi penghargaan kepada kaum keluarga dan sahabat handai serta abiskita sekaliannya atas sumbangan nasihat, tenaga dan cenderhati didalam abis peramba/kami mengukayahkan Majlis Perkahwinan ini.

Hanya Allah Subbahanahu Wataala sahajalah yang dapat membalas jasa baik dan keikhlasan abiskita tersebut.

Jari Disusun Rapi Bersatu
Salam Diucap Sejahteralah Umat
Merafak Doa Memohonkan Restu
Agar Majlis Berkat dan Selamat


Menjala Ikan di Tasek Merimbun
Perahu Dikayuh Tanpa Kemudi
Salah dan Silap Mohon Diampun
Jangan Biskita simpan Di Hati


Para hadirian dan hadirat sekalian, segala yang baik datangnya dari Allah Subbahanahu Taala jua dan apa jua kecacatan didalam Majlis ini adalah dari kami sekeluarga. JIkalah ada sebarang kekurangan atau kesilapan didalam majlis dan pda tatacea kami melayan kehadiran abiskita –  kami memohon berbanyak maaf kepada abiskita sekalian.

Menutup kata, tidak dilupa, sekali lagi abis peramba/kaola/kami sekeluarga mengucapkan syukur Alhamdulillah dan berbanyak terima kasih atas kehadirian abiskita semua pada Malam yang berbahagia ini.

Sekian Wabillahi Taufik Walhidayah. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

2 ulasan: