Sabtu, 3 Julai 2010

Majlis Khatam Al-Quran

Alhamdulillah. Tahniah kepada Abdul Azim Hj Mohammad Anas, cucunda kepada Sharifah Hjh Sino binti Sheikh Hj Umar Al-Bana'mah kerana ikut serta didalam Majlis Khatamal Al-Quran Bagi Penuntut2 Darjah Enam Sekolah Agama Kampong Pelambayan pada hari ini Sabtu 2, Julai 2010.



Abdul Azim semasa Majlis Khatam Al-Quran.



Abdul Azim menerima sijil dari Tetamu Kehormat



Adinda Abdul Azim iaitu Mohammad Aizat turut serta meraikan murid-murid khatam dalam pasukan dzikir.



Abdul Azim bersama bonda Hajah Jamilah Haji Abdul Hamid, Ninda Sharifah Hjh Sino dan Mohammad Aizat.

Khamis, 1 Julai 2010

Daun Sirih - Ubat Tradisional Bagi Perut Kembung

Antara seawal-awal kenangan semasa saya masih kecil ialah bagaimana Maedah (Sharifah Hajah Edah) mengubati perut kembung. Saya berumur kira2 3 tahun lebih masa tersebut. Maedah akan mengunyah sirih bercampur pinang dan gambir sehingga lumat (hancur) dan berwarna-warna kemerahan dan setelah itu menyimburkan (memauskan) campuran tersebut ke perut dan seterusnya membelut kawasan perut dan badung (perkataan Brunei bagi barut, yang diperbuat dari kain. Barut itu kemudiannya diikat dengan tali yang juga diperbuat dari kain) dan dibiarkan sedemikian selama beberapa jam. Sungguh geli rasanya disembur dengan campuran sirih tersebut.

Cebisan dari Asian Culinary Encyclopedic

* Secara tradisional, tanaman yang berasal dari India, Sri Lanka, dan Malaysia ini dipakai untuk mengatasi bau badan dan mulut, sariawan, mimisan, gatal-gatal dan koreng.

Ini karena tanaman obat yang sudah dikenal sejak tahun 600 SM ini mengandung zat antiseptik yang mampu membunuh kuman. Kandungan fenol dalam sifat antiseptiknya lima kali lebih efektif dibandingkan dengan fenol biasa.

Dalam farmakologi Cina, sirih dikenal sebagai tanaman yang memiliki sifat hangat dan pedas. Secara tradisional mereka menggunakan daun sirih untuk meluruhkan kentut, menghentikan batuk, mengurangi peradangan, dan menghilangkan gatal. Pada pengobatan tradisional India, daun sirih dikenal sebagai zat aromatik yang menghangatkan, bersifat antiseptik.

Selasa, 29 Jun 2010

Allahyarham Sharifah Hjh Edah binti Sheikh Haji Umar Abdullah

Terkedohong (Cakap Brunei bagi 'terlanjur') bercerita tentang cara merawat sakit dan kecederaan kecil di awal tahun 1960an, saya teringat dengan cara Maedah mengubati benjol dikepala ku. Yah, diakui dalam setahun sudah pasti tiga ke empat kali kepala saya terhentok kepada pintu, dinding dan tanah semasa bermain maklumlah masa itu masa kecil, kurus dan sangat aktif. Mula-mula Maedah akan menyapukan kapur (jenis yang dimakan dengan sirih dan pinang), kemudian beliau akan mengumpul bulat hujung rambut beliau sehingga sebesar bola golf. Beliau akan meniup bebola rambut tersebut sehingga panas sebelum menekankannya perlahan-lahan diatas benjol.





Entah, samada ahli perubatan mengakui proses ini mempunyai kesan. Tapi bagi saya, saat beliau menyapukan kapur dan menekankan benjol dengan rambut itu adalah menjadi kenangan bagaimana beliau mengambil berat dan memberikan kasih sayang kepada diri saya.

Minyak Geliga Atuk

Allahyarham Sheikh Haji Umar bin Abdullah Al-Bana'mah sentiasa membawa ubat gosok yang dikenali sebagai Minyak Geliga. Memang Atuk panggilan saya kepada beliau gemar mengunakan minyak tersebut jika merasa pening. Dan beliau juga menyapukan kepada cucu-cucunya jikalau ada diantara kami sakit perut, pening dan terkena sangatan penyengat (Sebutan Brunei bagi lebah). Bagi saya ini termasuklah bagi mengurangkan kesakitan benjol2 di kepala yang diakibatkan oleh mata yang agak kabur.



Kadang2 Atuk juga menggunakan minyak harimau yang jenis merah. Aduh betapa panas rasanya jika minyak berkenaan dikenakan ke dahi jika pening kepala dan sangat pedih bila disapukan pada hidung yang selesma. Begitulah Atuk, tak lenggang dengan minyak-minyak sapu tersebut. Terdapat petua Atuk jika mengubati benjol dengan minyak harimau, mula2 disapukan minyak kepada benjol dan selepas itu bontot botol minyak akan ditekankan perlahan-lahan pada benjol berkenaan. Insya Allah benjol akan cepat pulih.





Cerita ini bukanlah untuk mempromosikan kedua2 produk dari herba berkenaan, ianya hanyalah bagi menceritakan kepada generasi muda yang berkemungkinan lahir selepas Allayarham Sheikh Haji Umar Al-Bana'mah meninggal dunia. Itulah cara hidup dizaman lampau, apa jua jenis sakit termasuk demam maka minyak geliga, minyak harimau dan minyak kapak lah yang paling dahulu digunakan sebelum berjumpa doktor.

Isnin, 28 Jun 2010

Kenangan Disember 2009. Kunjungan Keluarga Brunei ke Singapura


Hajah Salmah (Brunei) bersama dengan Mak Cik Hjh Zaharah (tengah)


Rombongan Keluarga dari Brunei gembira bertemu sanak saudara di Singapura.



Mengambil kesempatan menghadiri Majlis Perkahwinan Alaudin Mahmod.


Sabtu, 26 Jun 2010

Majlis Meraikan Pengantin Baru

Alhamdulillah, Majlis Meraikan kedua mempelai Shahrizal dan Marzia telah diadakan pada pagi tadi 26 Jun 2010 (jam 9.00 Pagi hingga 2 Petang)di Island Garden, Labuan. Syukur perjalanan laut dari Brunei ke Labuan agak selesa kerana keadaan laut hanya lah beralun sederhana (begitu jua dalam perjalanan balik).

Setiba di Labuan, saya terus mengambil teksi ke Island Garden (rupanya sudah ada tiga buah kerita menanti di dermaga pada masa itu). Sungguh ramai saudara mara dan sahabat handai yang datang dengan pakaian berwarna warni. Setelah mengucapkan selamat kepada kedua mempelai dan ayah bonda mempelai lelaki, saya terus bersalaman dengan sanak saudara yang lain yang datang dari Labuan, Kota Kinabalu dan Brunei (termasuk bonda yang telah tiba sehari sebelumnya, begitu jua Haji Abdul Jalil dan isteri serta cucu). Selepas itu saya turut menikmati jamuan yang dihidangkan. Alhamdulillah. Berikut adalah foto2 yang sempat diambil ketika majlis diadakan.



Hjh Salmah dan suami, Mustapa Kamarudin dan Hj Mohd Anas bersama kedua mempelai.



Rabu, 23 Jun 2010

Dalam Kenangan Pak Cik Anif (Pak Cik Kurus (Singapore)



Pak Cik Anif (duduk membaca majalah) ketika berziarah kepada bapa saudara beliau Sheikh Haji Umar bin Sheikh Haji Abdullah Al-Bana'mah (belakang tersembbunyi oleh cucunda Haji Salim - anak kepada Sharifah Edah binti Sheikh Haji Umar Al-Bana'mah) di kawasan sekolah Sultan Ahmad Tajuddin, Kuala Belait. Juga dalam gambar Anuar (anak kepada Sharifah Saifon binti Sheikh Haji Umar Al-Bana'mah)




Pak Cik Anif (paling kiri) bergambar ramai dengan sepupu beliau (Sharifah Hajah Edah binti Sheikh Haji Umar Al-Bana'mah), isteri beliau Mak Cik Zaharah (Baju Hijau) dan juga Haji Abdul Latif Muhammad (suami kepada Sharifah Hjh Sino binti Haji Umar Al-Bana'mah). Duduk dari kiri (Hajjah Salmah (anak kepada Sharifah Hjh Edah), Ian Jeffery (sekarang Doktor, anak kepada Hjh Salmah), Sharifah Hjh Sino dan Abdul Rahman Haji Tengah (Anak Sharifah Hjh Edah).

Gambar2 ini dimabik sekitar tahun 1981)