Selasa, 29 Jun 2010

Minyak Geliga Atuk

Allahyarham Sheikh Haji Umar bin Abdullah Al-Bana'mah sentiasa membawa ubat gosok yang dikenali sebagai Minyak Geliga. Memang Atuk panggilan saya kepada beliau gemar mengunakan minyak tersebut jika merasa pening. Dan beliau juga menyapukan kepada cucu-cucunya jikalau ada diantara kami sakit perut, pening dan terkena sangatan penyengat (Sebutan Brunei bagi lebah). Bagi saya ini termasuklah bagi mengurangkan kesakitan benjol2 di kepala yang diakibatkan oleh mata yang agak kabur.



Kadang2 Atuk juga menggunakan minyak harimau yang jenis merah. Aduh betapa panas rasanya jika minyak berkenaan dikenakan ke dahi jika pening kepala dan sangat pedih bila disapukan pada hidung yang selesma. Begitulah Atuk, tak lenggang dengan minyak-minyak sapu tersebut. Terdapat petua Atuk jika mengubati benjol dengan minyak harimau, mula2 disapukan minyak kepada benjol dan selepas itu bontot botol minyak akan ditekankan perlahan-lahan pada benjol berkenaan. Insya Allah benjol akan cepat pulih.





Cerita ini bukanlah untuk mempromosikan kedua2 produk dari herba berkenaan, ianya hanyalah bagi menceritakan kepada generasi muda yang berkemungkinan lahir selepas Allayarham Sheikh Haji Umar Al-Bana'mah meninggal dunia. Itulah cara hidup dizaman lampau, apa jua jenis sakit termasuk demam maka minyak geliga, minyak harimau dan minyak kapak lah yang paling dahulu digunakan sebelum berjumpa doktor.

3 ulasan:

  1. I remember when aku sakit perut, Datuk(Allahyarham Sheikh Haji Umar bin Abdullah Al-Bana'mah) will take like half a bottle of the red minyak 'gimau' (harimau lerrr...) and urapkan arah my tummy sambil baca2... hehehehe..

    BalasPadam
  2. guess what??? I have minyak gimau in my bag everyday.. I have one now.. but Im using the white one... a bit milder...

    BalasPadam
  3. Di bilik tidor, one Minyak Harimau (white) on the left and one on the right. Muzarab untuk melegakan hidung yang selesma. Alhamdulillah. Maha besar Allah yang mencipta alam semesta.

    BalasPadam