Tinggal di Jalan Khamis selalu meninggalkan kenangan manis bagi kami keluarga dari Brunei. Semasa itu, Tok Ami Abu Bakar, Nenek Janis dan Moyang Maimunah masih hidup dan dapatlah kita bermesra dengan mereka. Yang tinggal di No 8 Jalan Khamis masa itu (dalam tahun 60an) termasuklah Auntie Fatimah, Auntie Achee, Dayang dan Mak kepada Dayang dan Awie. No. 8 Jalan Khamis adalah jenis Semi-Detached.
Yang menarik nya semasa itu saya masih kecil (dalam umur 8 ke 9 tahun) dan kegemaran saya ialah pergi membeli barang2 dapur dan makanan di gerai-gerai yang banyak di tepi jalan besar. Banyak perkara lucu yang berlaku kerana saya selalu tersesat jalan. Mana tidak pertama kali masuk Jalan Isnin, lepas itu cari Jalan Selasa, Jalan Rabu sebelum Jalan Khamis.
Yang paling seronok ialah semasa waktu malam dimana banyak gerai-gerai mainan dan makanan disediakan di kawasan yang sama. Sudah pasti bagi saya sudah menjadi kemestian membeli pedang (dalam satu sarung pedang ada dua pedang). Emak belikan saya satu dan abang saya satu - lepas itu kami akan bermain pedang ala wayang China. Bagi Haji Sofian selalunya dia akan dibelikan senapang dan pistol mainan. Memandangkan cuma Hajah Siti Hani sahaja anak perempuan pada masa itu, kadang2 emak pasangkan baju perempuan untuk Haji Sofian (dulu ada gambarnya tetapi tak tahu dimana gambar tersebut entah sudah hilang... cukup dengan botol susu sekali).
Lagi yang paling lucu ialah Hajah Salmah (Brunei), tiap-tiap malam tak lain asyik beli kerang rebus saja. Besoknya pasti sakit perut. Yang hairannya malam hari beli lagi. Hajah Salmah selalunya pergi beli kerang dengan Hajah Siti Hani dan Awie. Dayang pada masa itu asyik berkurung saja dalam bilik. Dayang masa itu pemalu sikit taklah sepertimana masa ini.
Kalau masa Auntie Achee masak, saya pasti akan berada di dapur. Bukan apa asyik nak volunteer pasangkan api gas dengan mengunakan pemetik api yang mempunyai trigger. Bila di triggered ianya akan memusing batu kelikir kasar dengan besi yang kasar dimana gisilan kedua-dua bahan ini akan mengeluarkan percikan api.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan