Isnin, 21 Jun 2010

Perjalanan Dari Brunei ke Singapura dalam tahun 60an

Saya masih ingat perjalanan dari Brunei ke Singapura dalam tahun 1960an iaitu melalui kapal laut. Perjalanan akan bermula dari Dermaga Kastam di Pekan Brunei menuju ke Labuan samada menggunakan kapal Bolkiah, kapal Sultan ataupun kapal Pretty. Kapal Sultan akan mengambil masa kira-kira 4 jam untuk sampai ke Labuan. Sultan dan Pretty adalah lebih laju tetapi memandangkan ianya lebih kecil selalunya perjalanan kurang selesa jikalau laut berombak.

Kapal Bolikaih milik Kerajaan Brunei

Dari Labuan kita akan menggunakan Kapal Rajah Brooke atau Kimanis ke Singapura dan persingahan di Miri dan Kuching (cuma dalam kapal kerana kapal hanya memungah masuk dan keluar kargo). Saya paling suka melihat pemunggahan kargo di Kuching kerana selalu ada kuda yang dinaikkan keatas kapal. Perjalanan ke Singapura mengambil masa kira2 4 ke 5 hari. Mabuk laut memang sudah jadi kebiasaan. Muntah, makan, muntah makan lagi. Setiba di Singapura kita akan diturunkan melalui bakul besar dengan mengunakan kren kapal ke tongkang2 kecil yang membawa kita ke dermaga di daratan.
Selalu kita akan berada di Singapura hampir satu bulan. Memang patutlah, saya selalunya mengambil masa satu minggu untuk pulih dari mabuk laut. Semasa di Singapura, saya bersama ayah, ibu dan adik beradik yang lain serta sepupu-sepupu akan tinggal di Jalan Khamis di rumah Tok Ami Bakar.



Kapal Rajah Brooke (Saya memang tidak tahan mencium bau diesel di bilik injin kapal tersebut.



Kapal Kimanis

1 ulasan:

  1. Hj rahman: yang aku ingat kalau kan ke labuan dulu dulu punya cerita naik kapal bolkiah , sultan .lila mencanai mama selalu bawa aku

    BalasPadam