Blog khusus mengenai keturunan Bana'mah. Sesiapa yang ingin membuat sumbangan artikel untok diterbitan didalam blog ini. Sila hantar ke anaslatif@yahoo.com
Isnin, 1 November 2010
Catatan Diari Atuk 4 dan 5 April 1961- Singgah di Perairan Aden (Yemen )Perjalanan Ke Tanah Suci
4.4.61 Waktu Subuh pukul 5 pagi. Tengah malam tadi telah tiba di Port Aden Laut Merah (Red Sea) atau Laut Medistranian. Pada pukul 7 pagi dapat melihat Bandar Aden dari Kapal Haji. Bendera kapal2 semua-nya pakai Bendera Red Ensign dan banyak rumah batu yang tinggi dan yang modern2 dan kebanyakan rumah2 di chelah2 gunung dan Bandar-nya di-kelilingi oleh gunong2 batu yang gondola. Orang-nya berbahasa Arab dan pekerja-nya terdiri daripada orang Arab berserban merah dan banyak perahu2 Arab yang pakai dayong berjual barang-barang seperti cigarettes, tikar sembahyang, permaidani, Bycreem, sabun, sapu tangan berwarna warni dan lain2 lagi. Banyak perempuan2 Haji beli sapu tangan berwarba warni itu, dia bilang harga satu rial, bila kasi wang satu ringgit dia tiada kasi balek. Kapal Haji singgah berlaboh di-Aden dari pukol 12 malam sampai pukol 9 ½ pagi sebab mahu ambil ayer dan minyak.
Gambar lama Perlabuhan Aden, Yemen (Tahun tidak diketahui)
5.4.61 Waktu subuh pagi pukol 5.05 minit kiblat mengadap di-haluan kapal sebelah kanan 21 degree lebeh kurang. Waktu zuhur pukol 12.35 tengah hari. Dapat berita Kapal Haji Kuala Lumpur akan tiba ka-Pengkalan Jeddah pada subuh 7.4.61 hari Jumaat kerana wharf tiada kosong buat Kapal Haji Kuala Lumpur ini. Waktu maghrib pada pukol 6.32 minit.
Socotra adalah sebuah pulau besar milik Yemen yang mempunyai flora yang unik.
Singapore To Port Sweetenham 206 miles
Port Sweetenham To Penang 178 miles
Penang To Ceylon 1165 miles
Ceylon To Socotra 1585 miles
Socotra To Aden 555 miles
Aden To Jeddah 710 miles
Miles: 4,399
Selama 17 hari 17 malam perjalanan daripada Singapore ka-Jeddah.
(Tandatangan Umar Abdullah) 6.4.61
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan