Blog khusus mengenai keturunan Bana'mah. Sesiapa yang ingin membuat sumbangan artikel untok diterbitan didalam blog ini. Sila hantar ke anaslatif@yahoo.com
Ahad, 26 September 2010
Moyang Hajah Maimunah isteri Sheikh Haji Abdullah Bana'mah
Mungkin banyak sanak saudara yang tidak berkesempatan untuk bertemu dengan moyang mereka. Alhamdullillah penulis diberikan kesempatan tersebut pada usia yang masih kanak-kanak walaupun dari Brunei dan Singapura pada masa tersebut memerlukan pejalanan yang lama untuk sampai melalui kapal laut dan sering mengharungi ombak-ombak besar yang memabukkan. Saya masih ingat masa itu, moyang Maimunah iaitu isteri allahyarham Sheikh Abdullah yang saya kunjungi bersama keluarga di No 8 Jalan Khamis. Setelah berpuluh-puluh tahun beliau meninggal, ingatan saya kepada wajah beliau adalah samar-samar sahaja maklumlah masa itu saya masih kecil. Tapi saya masih ingat perwatakan beliau yang selalu senyum dan melayan mesra cicit2 beliau dan namanya cicit2 sudah tentu selalu bermain dengan bising. Saya masih ingat Moyang selalu berpakaian warna lembut keputihan, sambil duduk di kursi dan dikeliling oleh cicit2nya dari Brunei, beliau akan bermain dan bernyanyi 'Gigit Semut, siapa sakit naik atas'. Kadang2 beliau yang memulakannya, kadang kala salah seorang cicit. Tapi beliau tetap sabar dengan kerenah kami adik beradik dan berpupu.
Bagi yang tidak pernah bertemu dan menetap wajah wanita yang sangat penting dalam keluarga dan keturunan Sheikh Abdullah Bana'mah ini, ditampilkan dengan ini gambar Moyang Maimunah. Adik Moyang Maimunah adalah Abdul Latif yang juga dikenali sebagai Tok Busu. Antara cucu-cucu Tok Busu ialah Mak cik Salmah yang menetap di Yishun. Sayangnya ibu Mak Cik Salmah iaitu Rahimah, anak kepada Tok Busu telah kembali ke rahmatullah pada tahun 2009. Semoga roh-roh mereka dicucuri rahmat oleh Allah Subbahanwataala. Amin. Diucapkan berbanyak terima kasih kepada Hajah Norhayati Haji Abdul Latif kerana menghantarkan gambar ini yang mana ianya diperolehi dari Mak Cik Salmah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam... just wanted to share that gambar moyang Hajah Maimunah ini diperolehi daripada Khusaini (Sani) semasa kami (me, Ad, Aunty Salmah and Uncle Jalal) berhari raya ke rumah beliau di Toa Payoh... thanks...
BalasPadamThank you. For getting the photo.
BalasPadam