Cuma hiasan sahaja.
Bercerita mengenai dengan zaman lampau, satu tradisi yang sudah pupus adalah penyediaan Kepala Meja semasa sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Kepala Meja adalah kek yang diseluputi dengan icing yang tebal dan bunga-bunga yang juga dibuat dari bahan yang sama. Berbeza dengan icing masa ini, icing dulu adalah sangat keras dan dengan itu kek nya pun tahan lama.
Kek Kepala Meja ini mempunyai makna yang tersendiri kerana ianya merupakan satu pemberitahuan yang didalam rumah tersebut adalah anak gadis yang sudah mencapai umur perkahwinan. Jadi tak hiranlah kalau ada dua atau tiga Kek Kepala Meja dalam satu meja. Selalunya di Kek Kepala Meja ada tertulis nya si 'Pemunya' kek. Kek Kepala Meja ini diletakkan diatas meja dan ditutup dengan kain kasa yang di tongkat dengan botol-botol minuman ringan.
Jika sekiranya ada pemuda yang berkenan kepada si 'Pemunya' tersebut, si pemuda berkenaan bolehlah memotong kek berkenaan dan meninggalkan sedikit wang sebagai tanda hati. Ini akan memberitahu kepada keluarga si anak gadis berkenaan bahawa pemuda tersebut berhasrat untok masuk meminang. Alangkah indah tradisi masa lalu.
Semasa kecil, saya masih ingat amaran yang diberikan oleh kawan-kawan untok jangan memotong kek yang ada diatas meja takut-takut ianya adalah Kepala Meja. Masa itu saya masih berusia dalam 7 ke 8 tahun, jadi tak patutlah amaran yang dibrikan tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan