Rabu, 22 September 2010

Sharifah Saudah binti Sheikh Abdullah Al-Bana'mah

Nota: Terdapat dua nama yang disebutkan bagi anak sulong Sheikh Abdullah Bana'mah. Ada yang menyatakan ianya adalah Aluyah dan ada pula Saudah. Penulis meohon maaf kerana masih perlu mencari nama berkenaan. Tetapi didalam Diari Sheikh Haji Umar bin Sheikh Abdullah Bana'mah ada menyebutkan yang beliau telah menziarahi pusara ayahanda beliau Sheikh Abdullah, Wak dan Kak Yah di Labuan. Mungkin ada saudara mara yang dapat memberikan bantuan dalam perkara ini. Insya Allah.

Alhamdulillah, hasil dari penyelidikan termasuk mendapatkan informasi dari beberapa orang tua adalah ketahui bahawa Sharifah Saudah adalah anakanda sulong kepada pasangan Sheikh Haji Abdullah Bana'mah dan Maimunah. Beliau dilahirkan di Singapura dan ikut berhijrah ke Labuan apabila sebahagian dari keluarga beliau berpindah ke pulau tersebut sebelum perang dunia kedua. Sharifah Saudah dikenali oleh anak-anak buah sebagai Mak Long. Salah seorang dari anak beliau adalah Mak cik Halimah yang dulu menetap di Labuan sebelum pindah dan tinggal bersama anak beliau di Kampong Ayer di Brunei.

Sharifah Saudah telah meninggal dan disemadikan di Perkuburan Keramat, Tanjung Keramat, Labuan.

Dengan itu, adalah diketahui Sheikh Abdullah mempunyai 7 orang anak iaitu Sharifah Saudah, Sheikh Umar, Sheikh Abu Bakar, Sharifah Aminah, Sharifah Fatom, Sharifah Mariam dan Sharifah Raidah. Selain dari itu Sheikh Abdullah juga mempunyai seorang anak angkat yang bernama Pit atau Mak Cik Pit yang juga telah meninggal dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan