Blog khusus mengenai keturunan Bana'mah. Sesiapa yang ingin membuat sumbangan artikel untok diterbitan didalam blog ini. Sila hantar ke anaslatif@yahoo.com
Khamis, 30 Disember 2010
Persembahan dari Cucu Cicit Sheikh Hj Abdullah Bana'mah
Tarian Joget persembahan dari Brunei
Japin "Laksamana Raja Di Laut" dari Brunei Darussalam
Thriller dari Brunei DarussalamLily dan Sofie dari Singapura dan "Jaicho". Syahirah Anas tumpang sama
Persembahan nyanyia solo oleh Seri dari Labuan, Malaysia
Persembahan Tarian Medley yang menarik dari Labuan, Malaysia.
Seri dari Labuan Malaysia.
Rabu, 29 Disember 2010
Bon Voyage kepada Keluarga Dari Labuan
Alhamdulillah, sebahagian dari keluarga Labuan bertolak lebih awal kerana panggilan tugas. Kumpulan yang diketuai oleh Haji Alias bin Husin dan Ali Subroto Haji Muali (Awang) ini bertolak disebelah pagi hari Ahad 26 Disember 2010 dengan mengunakan Feri Kenderaan dari Pantai Serasa. Kita mengucapkan berbanyak terima kasih atas kehadiran dan sokongan dari Labuan. Tarian yang dipersembahkan pada Majlis Pertemuaan di Kiulap Plaza Hotel pada 25 Disember adalah antara yang terbaik dan jelas memerlukan latihan yang panjang.
Rombongan Labuan sejenak sebelum bertolak ke Pelabuhan Feri Serasa.
Haji Alias (berbaju putih) mengucapkan selamat tinggal kepada sanak saudara dari Brunei dan Singapura. Juga dalam gambar Husin Kamarudin Shah.
Gambar ramai sebagai kenangan ahli keluarga Bana'mah dari Brunei dan Malaysia.
Rombongan Labuan sejenak sebelum bertolak ke Pelabuhan Feri Serasa.
Haji Alias (berbaju putih) mengucapkan selamat tinggal kepada sanak saudara dari Brunei dan Singapura. Juga dalam gambar Husin Kamarudin Shah.
Gambar ramai sebagai kenangan ahli keluarga Bana'mah dari Brunei dan Malaysia.
Memukun Sempena Perjumpaan Bana'mah
Bacaan doa selamat disampaikan oleh Encik Aizat.
Manadah tangan mengucapkan syukur kepada ilahi.
Persembahan kebudayaan Brunei Darussalam (Memukun)
Para tetamu tidak mahu ketinggalan untok berjoget
Alhamdulillah, satu Majlis bagi meraikan dan seterusnya mengucapkan selamat belayar kepada sanak saudara dai Malaysia dan Singapura telahpun diadakan pada malam Ahad, 26 Disember 2010. Majlis dimulakan dengan bacaan doa kesyukuran oleh Encik Aizat dari Malaysia dan dikuti dengan Majlis Makan Malam. Setelah itu para hadirin telah dihiburkan dengan persembahan memukun (gendang dan berpantun ala Brunei) dan juga Bunga Api.
Sukan Ria Bana'mah di Pantai Muara
Haji Mohammad Sofian (anakanda kepada Sharifah Hajah Sino Bana'mah) selaku Ketua AJK Acara Sukan Ria memperkenalkan Ketua-Ketua Pasukan dari Malaysia (Encik Aizat, baju biru), Singapura (Encik Salim, baju merah)dan Haji Abdul Rahim (Baju kuning).
Tenaga Kerja dari kiri Qistina, Farah, Hamizah dan Yasmin.
Sebahagian dari kontingen Brunei Darussalam.
Kontingen Singapore
Kontingen Labuan
Acra ini telah diadakan pada hari Ahad 26 Disember 2010. Hampir 150 orang ahli keluarga Bana'mah telah menyertai acara-acara yang berunsurkan 'Fun Times' ini. Hampir kesemua acara dimenangi oleh peserta-peserta yang mewakili Malaysia dan Singapura. Walaupun Tuan Rumah, selaku Penganjur merasakan kemenangan adalah berpihak kepada pengeratan silatulrahim dan ianya adalah hak semua orang yang hadir. Alhamdulillah.
Majlis Perjumpaan Persaudaraan Bana'mah 2010
Perjumpaan Keluarga yang tidak dapat dilupakan. Mak Cik Salmah (anakanda kepada Sharifah Mariam binti Sheikh Abdullah Bana'mah, berpakaian serba hitam)) dengans sepupu beliau Pak Cik Yahya bin Ahmad dari Singapura (berjaket hitam).
Saudara mara dari Singapura membuat persembahan.
Sanak saudara dari Malaysia, Singapura dan Brunei bertemu dan mengeratkan silatul rahim.
Sebahagian dari Ahli Jawatankuasa Kerja dari Negara Brunei Darussalam dengan koordinator dari Singapura, Khusaini (Cucunda kepada Tok Busu Abdul Latif. Tok Busu adalah adinda kepada Sheikha Maimunah, isteri Sheikh Haji Abdullah Bana'mah).
Lebih banyak foto akan dimasukkan kemudian termasuklah persembahan2 dari Tuan Rumah dan Labuan, yang pastinya sememang amat menarik).
Jumaat, 24 Disember 2010
Perjumpaan Besar Bana'mah: Sembahyang Berjemaah dan Tahlil
Alhamdulillah Perjumpaan Besar Bana'mah telahpun bermuloa semalam 24 Disember 2010 bertempat di kediaman Yang Berhormat Dato Paduka Haji Yunos, anakanda sulong Allayarham Sharifah Hajah Edah binti Sheikh Haji Umar bin Sheikh Haji Abdullah Bana'mah. Sembahyang berjemaah magrib dan isya telah diimamkan oleh Ustaz Ahmad Sharizal bin Mohamad Saffian (cucu Sharifah Hajah Mariam binti Sheikh Haji Abdullah Bana'mah) dari Labuan. Ustaz Sharizal juga mengepalai bacaan tahlil dan seterusnya ceramah khas mengenai hubungan kekeluargaan, dan hidup seorang muslim yang berkonsepkan adanya Allah subbahanawataala.
Sembahyang Berjemaah Fardhu Magrib diimamkan oleh Ahmad Sharizal Mohd Saffian.
Sharifah Hajah Sino binti Sheikh Haji Umar Bana'mah (tengah) dan adinda bungsu beliau Sharifah Hajah Saifun (Kanan).
Sembahyang Berjemaah Fardhu Magrib diimamkan oleh Ahmad Sharizal Mohd Saffian.
Sharifah Hajah Sino binti Sheikh Haji Umar Bana'mah (tengah) dan adinda bungsu beliau Sharifah Hajah Saifun (Kanan).
Rabu, 22 Disember 2010
Ketibaan Tetamu dari Luar Negara
Alhamdulillah, tetamu-tetamu dari Singapura dan Malaysia yang akan menghadiri Majlis Perjumpaan keturunan dan persaudaraan Sheikh Haji Abdullah Bana'mahdan Sheikha Maimunah telahpun mula tiba ke Negara Brunei Darusslam kemarin (22 Disember 2010). Tetamu yang pertama tiba ialah keluarga Nursiah dan suaminya Zainal dan ketiga-tiga anak pasangan tersebut iaitu pada jam 5 petang di Lapangan Antarabangsa Brunei. Pada hari yang sama rombongan pertama dari Labuan yang diketuai oleh Mak Cik Salmah dan suami Mohamad Saffian dengan lebih kurang 10 ahli keluarga telah tiba pada sebelah malam. Saudara mara di Negara Brunei Darussalam mengucapkan Selamat Datang ke Darussalam.
Cik Nursiah, suami dan anak2 (tengah di belakang sepanduk).
Sementara itu, latihan-latihan bagi persembahan terus dijalankan agar Majlis Perjumpaan nanti akan bertambah mariah lagi.
Cik Nursiah, suami dan anak2 (tengah di belakang sepanduk).
Sementara itu, latihan-latihan bagi persembahan terus dijalankan agar Majlis Perjumpaan nanti akan bertambah mariah lagi.
Isnin, 20 Disember 2010
Majlis Bersanding Norashikin dan Mohd Adani
"Selamat Pengantin Baru
Selamat Berbahagia
Selamat Ke anak cucu
Selamat Sejahtera
Hidup Mestilah jujur
Tabah Paling Perlu
Cinta Setiap Hari
Senyum mesti selalu" Saloma.
Ayahanda dan bonda Pengantin bahagia menyambut tetamu yang datang berduyung.
Dari kanan: Husin Kamarudin, Nurjanis Kamarudin (keduanya sepupu pengantin, Cicy (kakak pengantin perempuan) dan Razman (suami kepada salah seorang sepupu pengantin)
Pengantin Bersanding penoh beradat dan terbayang kebahagian
Kedua Pengantin dengan saudara mara dari Labuan
Saudara mara dari Brunei tidak mahu ketinggalan bergambar sebagai kenangan
Selamat Berbahagia
Selamat Ke anak cucu
Selamat Sejahtera
Hidup Mestilah jujur
Tabah Paling Perlu
Cinta Setiap Hari
Senyum mesti selalu" Saloma.
Ayahanda dan bonda Pengantin bahagia menyambut tetamu yang datang berduyung.
Dari kanan: Husin Kamarudin, Nurjanis Kamarudin (keduanya sepupu pengantin, Cicy (kakak pengantin perempuan) dan Razman (suami kepada salah seorang sepupu pengantin)
Pengantin Bersanding penoh beradat dan terbayang kebahagian
Kedua Pengantin dengan saudara mara dari Labuan
Saudara mara dari Brunei tidak mahu ketinggalan bergambar sebagai kenangan
Sekitar Majlis Persandingan Norashikin dan Mohd Adani
Haji Alias bin Husin, ayahanda pengantin mendahului majlis berinai.
Bonda pengantin Fatima Oun binti Mual mengenakan inai.
Ninda Saudara pengantin Sharifah Hjh Sino binti Sharifah Haji Umar Bana'mah
Ibu saudara pengantin Kamsah@Paya binti Husin
Ninda saudara pengantin Puan Salamah iatu anakanda sulong Allahyarham Sharifah Mariam Bana'mah.
Bonda pengantin Fatima Oun binti Mual mengenakan inai.
Ninda Saudara pengantin Sharifah Hjh Sino binti Sharifah Haji Umar Bana'mah
Ibu saudara pengantin Kamsah@Paya binti Husin
Ninda saudara pengantin Puan Salamah iatu anakanda sulong Allahyarham Sharifah Mariam Bana'mah.
Ahad, 19 Disember 2010
Upacara Pernikahan Norashikin Haji Alias dengan Mohd Adani
Alhamdulillah, Norashikin Haji Alias (nama manja Shikin) telah selamat di ijab kabulkan dengan Mohd Adani di rumah ayahanda beliau Haji Alias bin Haji Husin di Jalan Takalis KK Alias Husin di Kampong Lubuk Tamiang, Labuan. Ninda Norashikin ialah Allahyarham Sharifah Hajah Gayah binti Sheikh Haji Umar bin Sheikh Haji Abdullah Bana'mah. Akad nikah dilaksanakan sendiri oleh ayahanda beliau Haji Alias. Pengantin lelaki adalah dari Kampong yang sama. Kita sama-sama mendoakan agar kedua pengantin akan dikorniakan kebahagian, rezeki yang banyak serta kesihatan yang berpanjangan, amin.
Majlis Pertemuan Keluarga Bana'mah
Assalamualaikum dan alhamdulillah kita kian menghampiri tanggal 24-26 Disember 2010, bilamana sanak saudara dan sahabat terdekat Bana'mah akan berkumpul dan matalamat mengeratkan lagi silatulrahim sambil kenal-mengenalkan terutama diantara generasi muda dari Malaysia, Singapore dan Brunei Darussalam. Dalam hal ini, bagi perjumpaan utama pada 25 Disember 2010, Tuan Rumah Brunei Darussalam telah mengadakan latihan-latihan persembahan seperti tarian tradisi dan nyanyian berkumpulan semata-mata untuk menghibur para tetamu yang akan datang nanti. Kita juga gembira mendengar berita bahawa bakal-bakal tetamu dari Singapura dan Malaysia (Labuan) kini giat mengadakan latihan bagi persembahan masing-masing.
Gambar-gambar ini menunjukan sesi latihan di Brunei Darussalam.
Gambar-gambar ini menunjukan sesi latihan di Brunei Darussalam.
Langgan:
Catatan (Atom)