Alhamdulillah, sebahagian dari keluarga Labuan bertolak lebih awal kerana panggilan tugas. Kumpulan yang diketuai oleh Haji Alias bin Husin dan Ali Subroto Haji Muali (Awang) ini bertolak disebelah pagi hari Ahad 26 Disember 2010 dengan mengunakan Feri Kenderaan dari Pantai Serasa. Kita mengucapkan berbanyak terima kasih atas kehadiran dan sokongan dari Labuan. Tarian yang dipersembahkan pada Majlis Pertemuaan di Kiulap Plaza Hotel pada 25 Disember adalah antara yang terbaik dan jelas memerlukan latihan yang panjang.
Rombongan Labuan sejenak sebelum bertolak ke Pelabuhan Feri Serasa.
Haji Alias (berbaju putih) mengucapkan selamat tinggal kepada sanak saudara dari Brunei dan Singapura. Juga dalam gambar Husin Kamarudin Shah.
Gambar ramai sebagai kenangan ahli keluarga Bana'mah dari Brunei dan Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan