Alhamdulillah, tetamu-tetamu dari Singapura dan Malaysia yang akan menghadiri Majlis Perjumpaan keturunan dan persaudaraan Sheikh Haji Abdullah Bana'mahdan Sheikha Maimunah telahpun mula tiba ke Negara Brunei Darusslam kemarin (22 Disember 2010). Tetamu yang pertama tiba ialah keluarga Nursiah dan suaminya Zainal dan ketiga-tiga anak pasangan tersebut iaitu pada jam 5 petang di Lapangan Antarabangsa Brunei. Pada hari yang sama rombongan pertama dari Labuan yang diketuai oleh Mak Cik Salmah dan suami Mohamad Saffian dengan lebih kurang 10 ahli keluarga telah tiba pada sebelah malam. Saudara mara di Negara Brunei Darussalam mengucapkan Selamat Datang ke Darussalam.
Cik Nursiah, suami dan anak2 (tengah di belakang sepanduk).
Sementara itu, latihan-latihan bagi persembahan terus dijalankan agar Majlis Perjumpaan nanti akan bertambah mariah lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan