Selasa, 14 Disember 2010

Berziarah ke Singapura


Bersama Adik Ipar Zunidi di Gerai Makan di Haig Road, Geylang. Makan Nasi Ayam dengan sambal tumis, dah lama tak makan masakan kegemaran saya dari kecil ini. Sungguh nostalgia.

Kemesraan bersama saudara Singapura dan Brunei Darussalam sambil menikmati makan malam di President, Luck Plaza.

Khusaini dan isteri Nurul, Salim, Cik Salmah dan Hajah Norhayati mengucapkan selamat belayar kepada pasangan suami isteri dari Brunei. Terima kasih semua.

Alhamdulillah, mengambil kesempatan cuti kerja yang singkat saya dan isteri telahpun berkunjung ke Singapura dari 3 hingga 8 Disember untuk melancong dan seterusnya berjumpa sanak saudara di Kota Singa tersebut. Kita sempat berkunjung ke kawasan Yishun dimana antara lain telah dapat berjumpa dengan keluarga Cik Salamah, aturan emak saudara dari sebelah moyang Sheikha Hajah Maimunah dan juga ayahanda saudara Ami Man. Layanan yang diterima adalah sangat mengkagumkan. Selain dari itu, saya dan isteri berkesempatan bersua dengan keluarga Khusaini, Salim dan Rodzlee (berserta isteri Hamidah) dan makan bersama-sama di President (Ayam Penyet) Restaurant di Luck Plaza. Ikut serta pada masa itu ialah adinda Hajah Siti Norhayati dan suami Zunidi. Sepanjang berada di Singapura, kami menumpang di kediaman Hajah Siti Norhayati di River Valley Park.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan