Alhamdulillah, sebagai mengenali keturunan Sheikh Haji Abdullah Bana'mah, sukacita mengajak kita semua untuk mengenali lebih dekat Bungsu (bahasa Brunei bagi Mak Usu) saya Sharifah Hajah Saifun binti Sheikh Haji Umar bin Sheikh Haji Abdullah Bana'mah. Beliau menetap di Kuala Belait dan telahpun bersara dari profesi guru sekolah rendah.
Apa yang menarik tentang Bungsu Saifun ialah kesukaan beliau kepada kucing. Saya masih ingat bagaimana beliau mencari kucing beliau yang hilang sampai berminggu-minggu bukan sahaja dikawasan berdekatan malah dikampung-kampung dikawasan Kuala Belait. Dalam tempuh itu beliau tak henti mengeluarkan air mata kerana khuatir akan keselamatan kucing yang hilang tersebut.
Pada pengamatan saya, kesukaan memelihara kucing ini nampaknya bukan sahaja terhad kepada Bungsu Saifun malah kebanyakan anak buah beliau baik di Brunei, Singapura dan Labuan.
Sekadar gambar hiasan: Coco, kucing kesayangan Edina (anakanda Ami Man, Singapura).
Gucci, anak kucing kesayangan Hajah Norhayati Haji Abdul Latif (Brunei)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan