Blog khusus mengenai keturunan Bana'mah. Sesiapa yang ingin membuat sumbangan artikel untok diterbitan didalam blog ini. Sila hantar ke anaslatif@yahoo.com
Jumaat, 26 November 2010
Perkumpulan Keluarga Disember 2010
Alhamudlillah, hanya 4 minggu atau 28 hari sahaja lagi sebelum Majlis Perjumpaan Kaum Keluarga dari Singapura, Malaysia dan Brunei akan diadakan. Dan jika diambil dari tarikh Majlis Sembahyang Berjemaah pada 24 Disember 2010, maka bilangan hari semakin berkurangan. Sudah tiba masa nya, latihan-latihan yang direncanakan dipertingkatkan agar majlis akan berjalan lancar. Amin Ya Rabbalalamin.
Rabu, 24 November 2010
Sharifah Khatijah binti Sheikh Haji Abu Bakar Binti Sheikh Haji Abdullah Ban'mah
Makcik Sharifah Khatijah dan suami Encik Abdul Rahim
Mohaimin Abdul Rahim, (anakanda lelaki Sharifah Khatijah) dan isteri
Assalamualaikum, kita merasa bertuah kerana dapat menampilkan lagi salah seorang ibunda keluarga besar bana'mah iaitu Sharifah Khatijah binti Sheikh Haji Abu Bakar bin Sheikh Haji Abdullah Bana'mah. Makcik Khatijah lahir di Singapura tetapi berhijrah ke Ipoh, Perak mengikut suami beliau Encik Rahim. Makcik sudah bersara dari pekerjaan sebagai seorang jururawat dan begitu juga suaminya Encik Abdul Rahim yang dulunya berkhidamat sebagai guru disalah sebuah maktab di Ipoh. Hasil dari perkongsian hidup, kedua mereka telah dikorniakan beberapa orang putera dan puteri.
Ramai sanak saudara di Negara Brunei Darussalam dan Labuan belum pernah menetap wajah Makcik Khatijah. Insya Allah jika ada maklumat baru, ianya akan disiarkan didalam blog ini. Terima kasih kepada Hajah Norhayati dan Edina Sheikh Abdul Rahman kerana dapat membantu didalam memperolehi gambar diatas.

Sabtu, 20 November 2010
Korban Secara Tradisonal
Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata dan KAMI tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar serta KAMI kekalkan baginya (nama yang harum) di kalangan orang-orang yang datang terkemudian." – Surah
al-Soffaat: 108
Hari Raya Aidil Adha baru sahaja meninggalkan kita dan insya Allah jika dipanjangkan umur kita akan meraikannya lagi pada tahun hadapan. Bercakap pasal Hari Raya Adha sudah pasti ibadah korban akan timbul difikiran kita.
Saya masih ingat suasana korban di perkampongan isteri saya di Kampong Kiarong kira2 25 tahun dahulu. Pada awal pagi lagi ramai penduduk kampong berduyun menuju ke tempat yang telah dipilih untok melaksanakan ibadat korban. Selalunya tempat yang dipilih adalah milik Ketua Kampong atau rumah orang yang akan menunaikan ibadah korban. Apa yang menarik ialah kerbau-kerbau (dulu jarang ada sapi yang dijadikan korban) akan dimandikan terlebih dahulu kemudian bulunya disikat dengan rapi agar bintang korban tersebut kelihatan lebih elok. Kemudian satu lobang kecil akan digeli sebelum kerbau berkenaan diikat ke-empat-empat kaki dan direbahkan dengan leher berada diatas lubang tadi. Kemudiannya, upacara penyembelihan pun dilakukan. Setelah disembelih, leher binatang korban berkenaan akan ditutup dengan daun-daun besar. Mungkin ini bagi mengelakkan dari ianya dihurungi lalat atau sebagainya.
Setelah itu, kesemua yang hadir akan berkerjasama melepah kulit dan kemudian membahagi-bahagikan isi dan tulang binatang korban tersebut.
Kini kebanyakan penyembelihan dibuat di Pusat-Pusat Penyembelihan dan yang diterima oleh orang yang berkorban bersih dan 'ready-packed' mengikut berat yang dikehendaki hanya lagi berapa upah yang mahu dibayar.
Sekarang Kampong Kiarong bukan lagi seperti dulu, ianya telah menjadi sebahagian dari Bandar Seri Begawan dengan pembangunan yang pesat. Kalau dulu, Kampong Kiarong hampir 100 peratus terdiri dari penduduk berbangsa Melayu dan beragama Islam, kini ianya dihuni oleh berbagai bangsa dalam rukun dan damai. Semoga ianya berterusan selama-lamanya.

Selasa, 16 November 2010
Majlis Korban Di Kediaman YB Dato Paduka Haji Yunos
Hjh Mariam dan Hjh Jamilah memerhatikan proses pemotongan daging korban
Menimbang dan membahagikan daging korban
Tuan Rumah bersama ustaz yang sedang membaca doa kesyukuran
Haji Abdul Latif bin Muhammad salah seorang tetamu di Majlis Korban tersebut.
Alhamdulillah dimasukkan beberapa keping gambar yang diambil semasa Majlis KOrban yang diadakan di kediaman YB Dato Paduka Haji Yunos pada pagi 10 Dzulhijjah 1431 bersamaam 17 November 2010. Dua ekor lembu setiap satu beratnya 600 kilo telahpun dikorbankan untok majlis ini.
Catatan Diari Atuk Sheikh Haji Umar-Hari Raya Aidil Adha di Minah hampir 50 tahun lalu
Pada 24.5.61 hari Rabu iaitu Hari Raya Aidil Adha 10 Zulhijjah 1380.Kami berada di-Mina dengansehat walafiat dan Haji Osman hilang tidak tahu ke-mana dia pergi sembahyang Subuh di-Minah. Saya berjalan2 di-jalan2 di-Minah menchari Haji Osman. Tiada juga berjumpa dan Haji Jeoffrey juga menchari tiada juga berjumpa. Haji Yusop ada mendapat sakit dari Arpah sampai Minah. Pukul 10 ½ makan Ramsum. Pukul 1 sembahyang zuhor. Pukul 4 sembahyang Asar. Osman sampai ini jam pun belum dapat tahu halnya hidup atau mati. Saya sudah repot sama Pak Sheikh Hamzah Aid darihal Osman tiada pulang dari tengah malam Rabu selepas pulang dari Musdalifah. Pada pukul 8 malam Osman baru pulang shukor Alhamdullillah. Ini hari makan nasik sama labu dan udang kering. Pada hari ini duduk sahaja dalam rumah tiada apa dibuat melainkan sembahyang waktu sahaja dan wirit.
{Haji Osman telah kembali kerahmatullah dirumah Chegu Saleha bte, Salim, Batu Satu, Jalan Seria Kuala Belait.]
Pada 25.5.61. Hari Khamis iaitu 11 Zulhijjah 1380 hari Tashrik melontar jumrah waktunya mulai zuhur sehingga tengah malam. Sembahyang subuh di-tempat tinggal di-Minah. Ramsum Bubur Kacang dan the. Kalu Ina Lillahi Wa ini ilahi Rajion iaitu Haji Yusop Muar telah pulang ke rahmatullah Taala pada jam 3 petang sakit demam panas semenjak dari Arpah sampai ka-Minah dan telah di-kebumikan di-perkuburan di-Mina iaitu kawan saya se-bilik di-Mekah.. Ini hari jam 2 ½ petang melepar shaitan dengan 21 batu 3 tempat. Satu zamratul aula 2. Jamratulusta. 3. Jamaratulakabah
Melontar Pada tahun 2010

Isnin, 15 November 2010
Catatan Diari Atuk Haji Umar Wukuf di Arafah Hampir 50 tahun yang lalu
Gambar-gambar diatas bertarikh tahun 1952, kira2 sembilan tahun sebelum Sheikh Haji Umar menunaikan ibadah Haji.
Catatan ini ditulis oleh Sheikh Haji Umar bin Sheikh Haji Abdullah hampir 50 tahun yang lalu. Ianya disiarkan disini buat tatapan anak, cucu dan cicit Allahyarham mengenai dengan susah-payah mengerjakan Ibadah Haji pada masa itu. Semoga ianya dapat menjadi pengajaran kepada kita semua. Mari lah kita sama-sama menyedekahkan bacaan surah Al-Fatihah kepada Allahyarham dan kepada semua saudara mara kita seagama yang telah pergi mendahului kita semua:-
Pada 22.5.61 hari isnin besamaan dengan 8 Zulhijjah 1380. Sembahyang subuh di Padang Arafah. Selepas itu kasi Ransum Bubur Kacang. Kami ditempatkan di sebuah Camp ada 15 orang semua. 7 perempuan dan 8 laki-laki. Keadaan di Padang Arafah penoh sesak dengan Camp2 kain kira2 2 miles jauhnya di sini Jabal Rahmah. Ada juga runput2 tumbuh disini iaitu makanan kambing2, unta2. Disekelilng-nya gunong2 berbanjar2 nampak-nya. Pada tengah malam sejok sehingga pagi. Orang2 kebanyak-kan gembira dan ada juga yang batok2. Tiap2 Camp ada disediakan tempat buang ayer. Drum di-isi dengan ayer untuk ayaer sembahyang dan istinja. Zuhur sembahyang di Camp sendiri, Asar sama juga. Pagi2 Ransum Bubur Kacang, (sahi?). Pukol 10 pagi makan nasik dengan daging kibas. Maghrib sembahyang di-Padang dan Isa juga. Imam-nya Ustaz Haji Tahir. Salepas Isa sharahan berkena'an dengan Haji, ukup di-musdalifah dan di-Minah, Tawaf, Sa'ai, melontar sampai pukul 10 malam Jumaat. saya dapat sedikit demam.
Pada 23.5.61 hari Selasa bersamaan dengan 9 Dulhijjah 1380. Sembahyang Subuh berjema'ah Imam-nya Ustaz Tahir. Pukul 5 pagi Bubur Kachang satu teh. Saya beli ayer satu tin minyak tanah 1 Rial untuk mandi. Orang kapal yang ke-ampat duduk-nya di-belakang kami hilang wang British $400 dan 100.00 Rial waktunya pukul 12 Tengah hari semua orang tidur kerana kepanasan. Ini hari-lah hari Arpah daripada malam-nya sampai siang-nya. Tiada berputus-putus orang2 datang dari Mekah kerana ukup di Arpah. Pada pukul 8 Petang selepas Sembahyang Isa kami sekalian naik bus menuju ka-Musdilipah kira2 pukol 10 malam. Selepas memungut batu di Musdilipah kira2 pukul 12 1/2 malam kami pun berangkat ka-Minah sampai ka-Minah salepas mengangkat barang2 dan pergi melontar Jamaratulakabah salepas itu kami Tahlol chukur rambut gondol. Pulamg katempat berehat. Ini hari melontar Jamaratulakabah dengan 7 biji batu dan Tahlol baru bolih buka Ahram. Pakai Biasa.
Khamis, 11 November 2010
Fadilat Berzikir - Sumbangan Ustaz Shahrizat Saffian, cucunda Sharifah Mariam dan cicit kepada Sheikh Haji Abdullah dan Sheikha Maimunah
Sheikha Maimunah, isteri Sheikh Haji Abdullah Bana'mah. Cuba tengok apa ditangannya..subhanallah ..berzikir rupannya ...mari Kita contohinya
Zikir merupakan satu amalan yang sangat dituntut di dalam kehidupan, mahu atau tidak mahu untuk menjadikan perjalanan kehidupan seseorang sakinah, selamat, maka ia tidak boleh pisahkan kehidupan dengan berzikir kepada Allah SWT. Allah menerangkan di dalam Al-Quran, surah al- Jumu’ah ayat 10 yang bermaksud, “ Dan ingatlah Allah sebanyak-banyaknya supaya kamu beruntung.”
Alangkah gembiranya sekiranya seorang kuli atau hamba selalu diingati dan senantiasa mendapat belas kasihan daripada majikannya !!! Begitulah kita sebagai hamba di atas Bumi ini akan sentiasa mendapat rahmatNya, pertolanganNya dan ihsanNya sekiranya didalam kehidupan kita senantiasa mengingati tuan yang menciptakan kita….Di dalam surah Al-Baqarah ayat 152 yang bermaksud, “ Kerana itu, ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku.”
Wahai pejuang sunnah nabi SAW, sudah menjadi kewajipan bagi kita (pendakwah) mendidik hati akan segar dan jernih, menghilangkan karat di hati, menjadikan hati yang peka….maka Salah satunya jalan untuk mendapat hati sedemikian dengan zikrullah. Dalam hadis nabi SAW yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi, yang bermaksud:
“Tiap satu itu ada penggilapnya. Penggilap hati ialah zikrullah. Tidak ada (perbuatan) yang lebih menyelamatkan seseorang dari azab Allah lain dari zikrullah.” Sahabat bertanya: “Jihad fisabilillah pun tidak boleh (menandinginya).” Jawab Rasulallah SAW : “Walau pun ia terus mencantas musuh dengan pedang sampai jatuh.”
Sahabat!!! Rasa kehadiran Allah di dalam hidup yang penuh dengan onak duri, pukulan ombak yang besar, ia akan wujud dengan hati yang selalu ingat kepadaNya……Rasa Allah sentiasa memerhati garak dan diam kita ialah dengan zikrullah..Satu kisah yang alfaqir bawa disini:
‘Abdullah bin Dinar menceritakan; bahawa pada suatu hari saya keluar bersama ‘Umar Ibnu Khattab R.A. menuju Mekah. Di tengah jalan kami rehat. Kemudian tutun kearah pengembala kambing dengan kambing gembalaannya. Beliau berkata: “Hai pengembala, jualkanlah kepadaku seekor dari kambing-kambing ini.” Pengembala itu lantas menjawab; katanya: “Saya ini hanyalah seorang hamba (khadam).” ‘Umar R.A. berkata: “Katakanlah kepada tuanmu bahawa dia telah dibaham serigala.” Pengembala itu lantas meningkah dan berkata: “Di manakah Allah??” (mendengar jawapan itu) ‘Umar R.A. pun menangis. Kemudian beliau membeli pengembala tersebut dari tuannya dan memerdekakannya: ‘Umar berkata kepadanya: “Ucapanmu itu telah membebaskan engkau (dari perhambaan). Aku berharap ia dapat pula membebaskan engkau di akhirat kelak.”
Pada suatu ketika seorang lelaki datang meminta nasihat daripada Rasulallah SAW. Maka Rasulallah SAW pun berkata: “Apabila engkau hendak melakukan sesuatu, maka kajilah akibatnya. Kalau sekiranya elok maka teruskan. Kalau sekiranya buruk maka hentikanlah,”
Mudah-mudahan kita diberikan kekutan untuk berzikir kapadaNya !!!
Saidina Ali r.a telah memberikan empat sifat orang bertakwa:
1) Ia takut Allah kerana keagunganNya
2) Ia melaksanakan ajaran yang diturunkan Allah
3) Ia redha dengan rezeki yang sedikit
4) Ia membuat persediaan untuk menghadapi hari kematian.
Maklumat Terkini Mengenai Perjumpaan Silatulrahim Pada Disember 2010
Sukacita disampaikan bahawa Jawatankuasa Majlis Perjumpaan Sanak Saudara Bana'mah telahpun mengadakan mesyuarat pada Ahad, 7 November 2010 betempat di Honeyta Cafe, Serusop. Alhamduillah, sambuatan dan sokongan dari Ahli-Ahli Jawatankuasa adalah sangat membanggakan. Mesyuarat telah berjaya membuat beberapa keputusan penting kearah mempastikan majlis-majlis yang telah dirancangkan nanti akan berjalan dengan lancar. Berikutan dengan mesyuarat berkenaan, tempat mengadakan Majlis Silatul Rahim di Kiulap Plaza Hotel telahpun sempurna ditempah dan bayaran dibuat. Tahniah kepada Hajah Salmah selaku Setiausaha dan pembantu-pembantu beliau termasuklah Haji Zinal Abadin dan isteri. Selain dari itu, Jawatankuasa juga merasa terharu dan sangat gembira mengenai dengan sambutan hangat dari sanak saudara dari Singapura dan Labuan. Kami berdoa kepada Allah semogalah kami dapat memberikan layanan sebaik-baiknya kepada kesemua saudara mara yang akan berkunjung ke Negara Brunei Darussalam, Amin. Mesyuarat Jawatankuasa selanjutnya akan diadakan pada Ahad, 21 Nobember 2010 mulai jam 4.00 Petang yang akan diikuti dengan Sembahyang Berjemaah Magrib dan Isyha serta bertahlil di kediaman Haji Zinal Abadin dan Hajah Siti Hani Haji Abdul Latif di Kampong Kiarong.
Rabu, 3 November 2010
Majlis Persanding Ahmad Sharizat Saffian dengan Masni
Sukacita mengucapkan Selamat Bersanding kepada pasangan Ahmad Sharizat Saffian dan isterinya Masni yang telah berlangsung di Island Garden, Labuan pada pagi hari Sabtu, 6 November 2010. Kami mewakili sanak saudara di Brunei Darussalam, Labuan dan Singapura mendoakan agar pasangan akan sentiasa berbahagia, dimurahkan rezeki dan sentiasa sihat walafiat dan seterusnya memperolehi zuriat yang taat kepada ajaran dan perintah Allah.
Gambar kedua mempelai diatas pelaminan di apit oleh Haji Abdullah bin Haji Tengah dan isteri Maisalwa Haji Yahya dari Brunei.
Gambar kedua mempelai diatas pelaminan di apit oleh Haji Abdullah bin Haji Tengah dan isteri Maisalwa Haji Yahya dari Brunei.
Maklumat lanjut.
Berikut adalah kandungan blog ini yang dikeluarkan pada 8 Oktober 2010 mengenai kisah Atuk Sheikh Haji Umar bin Sheikh Abdullah semasa singgah di Singapura dalam tahun 1961 iaitu dalam perjalanan ke Tanah Suci bagi menunaikan fardu Haji:-
Pada 19.3.61 pergi rumah Che’ Nah di Mandai Road. Pada 20.3.61 pergi jalan2 di Seranggon Road dan juga Paya Lebar Road lihat tapak rumah Che’ Kah dan pada 21.3.61 pergi antar barang2 Kapal Kuala Lumpur tumpangkan di bilik Salleh. Kemudian pergi jalan2 di Arab Street di rumah Sheikh Haji dan Tanya bila belayar di Jeddah Pilgrim. Inche’ Nah datang sama lakinya Amat. Awang Chik datang dengan isterinya Inon dan anak2 nya. Dan pada 22.3.61 pagi2 pukul 4 ½ sembahyang Isha dan pukul 5 1/2 sembahyang Subuh. Che’ Kah, mak, Janis, Inche Nah dan sekalian anak2 ada didalam kandungan sehat walafiat. Ini hari saya akan bertolak ke Mekah dengan Kapal Kuala Lumpur pada pukul 8 pagi, ke Gate number 4 di mana tempat Kapal Kuala Lumpur berlabuh.
Alhamdulillah, kita telah menerima maklumat lanjut ikhsan dari Sheikh Abdul Rahman bin Sheikh Haji Abu Bakar Bana'mah bahawa 'Inon' yang dimaksudkan didalam catatan berkenaan ialah Mak Inon iaitu anak kepada Abdul Latif (adik kepada Maimunah, isteri Sheikh Haji Abdullah Bana'mah) maka dengan itu, Mak Inon dan anak-anak Sheikh Haji Abdullah Bana'mah adalah sepupu. Berbanyak terima kasih diucapkan kepada Ami Man.
Buat sanak saudara tersayang, lain-lain nama yang disebutkan didalam catatan berkenaan ialah:-
i. Inche Nah, nama penoh Sheikha Aminah bte Sheikh Haji Abdullah Bana'mah
ii. Che' Kah ialah Sheikh Haji Abu Bakar bin Sheikh Haji Abdullah Bana'mah
Kedua-dua Inche Nah dan Che'Kah adalah anakda-anakda Sheikh Haji Abdullah Bana'mah dengan perkongsian hidup bersama dengan Maimunah. Kedua-dua Inche Nah dan Che' Kah adalah adinda kepada Sheikh Haji Umar bin Sheikh Haji Abdullah, yang terus menetap di Singapura. Sementara itu Sheikh Haji Umar dan adinda-adindanya termasuk Sharifah Mariam, Sharifah Rapiah dan Sharifah Fatom telah berhijrah ke Labuan sebelum perang dua kedua iaitu mengikuti Sheikh Haji Abu Bakar yang ketika itu bekerja dengan sebuah syarikat di Pulau Labuan (Pulau Victoria). Untuk makluman jua, sekurang-kurangnya dua daripada anakda-anakda Sheikh Haji Umar telah dilahirkan di Singapura iaitu Sharifah Hajah Gayah dan Sharifah Hajah Edah dan dibawa bersama berhijrah ke Labuan pada masa itu.
Selepas Perang Dunia Kedua berakhir, Sheikh Haji Umar telah membawa ahli-ahli keluarganya berpindah ke Kuala Belait, Brunei dimana beliau bekerja hingga bersara dengan syarikat minyak disana. Beliau juga menyara hidup secara sampingan dengan menjual majalah-majalah hiburan dan buku-buku agama. Kebanyakan dari bahan-bahan ini diperolehi beliau dari Toko Haji Hashim di Arab Street, Singapura.
Sheikh Haji Umar yang juga dikenali di Labuan sebagai "Umar Putih" kerana kulit beliau yang cerah adalah terkenal sebagai seorang guru Al-Quran di Kuala Belait dimana beliau mengajar anak-anak jiran mengaji. Salah satu kesukaan beliau jika ada anak murid yang khatam Al-Quran ialah dengan menyediakan bubur hijau dan menghidangkan kepada budak-budak dari kawasan perumahan dimana beliau menetap. Adalah difahamkan tujuan beliau adalah sebagai menandakan kesyukuran disamping memperolehi mustazab sambutan amin dari kanak-kanak kepada doa yang dibacakan.

Selasa, 2 November 2010
Kasih Seorang Abang dan Seorang Anak.
Diantara anak-anak Sheikh Haji Abdullah Bana'mah, terdapat dua orang lelaki dan lima orang perempuan. Masa dulu ikatan persaudaraan antara adik beradik adalah sangat rapat. Kisah ini diceritakan oleh Ami Man (Sheikh Abdul Rahman bin Sheikh Haji Abu Bakar):-
Seingat saya Ami Umar (Sheikh Haji Umar Bana'mah) berada di Singapura pada masa itu (semasa letupan Kapal Spyros yang mengorbankan beberapa orang termasuklah ketiga anak perempuan Sharifah Aminah, adinda Sheikh Haji Umar) untuk menemui adik beliau Sheikh Haji Abu Bakar dan anak kemanakan beliau Nen sebelum mereka pergi menunaikan fardu Haji. Emak saya, Janis, telah kembali ke rahmatullah pada tahun sebelum itu pada bulan Oktober 1977. Gambar foto yang saya kirimkan sebelum ini adalah gambar terakhir saya ambil semasa mereka berdua. Seprti yang telah diketahui, ayahanda (Sheikh Haji Abu Bakar) telah kembali ke rahmatullah dengan diasbabkan kepada pneumonia pada 22 Nov 1978 di Makkah dan telah disemadikan di Jannatul Mualla. Beliau berusia 74 tahun. Pada masa itu Ami Umar sedang tidor disebelah petang apabila saya membangunkan nya bagi memberitahu pemergian adik beliau. Saya terus memeluk beliau dan saya boleh melihat kedua mata beliau berair. Beliau terus berulang-ulang beristighar dan membaca Innalillahi wa innaillahi rajiun. Kami berdua menangis. Beliau menetap sehingga Disember dan selepas itu pulang ke Brunei.
Marilah kita sama-sama menyedekahkan bacaan surah Al-Fatihah kepada keluarga kita yang telahpun pergi lebih awal. Al-Fatihah.

Sharifah Aminah bte Sheikh Haji Abdullah Bana'mah
Alhamdulillah, sukacita dengan ini dipamirkan foto yang menunjukkan wajah Ninda Sharifah Aminah bte Sheikh Haji Abdullah Bana'mah. Beliau juga dikenali dikalangan adik-beradiknya sebagai Inche Nah. Ninda Aminah bersuamikan Amat dan dari perkongsian hidup berkenaan telah dikorniakan empat orang cahayamata iaitu Hazizah, Zubaidah, Shariff dan Zaharah. Hazizah, Zubaidah dan Zaharah telah meninggal dunia didalam kebakaran kapal Spyros pada bulan Oktober 1978. Antara cucu-cucu Ninda Aminah ialah Khusaini, Johari dan Mahmood. Diantara ketujuh-tujuh anak-anak Sheikh Haji Abdullah, hanya Ninda Aminah dan Tok Ami Abu Bakar yang menetap di Singapura dan yang lainnya berhijrah ke Labuan dan Brunei.
Isnin, 1 November 2010
Catatan Diari Atuk 4 dan 5 April 1961- Singgah di Perairan Aden (Yemen )Perjalanan Ke Tanah Suci
4.4.61 Waktu Subuh pukul 5 pagi. Tengah malam tadi telah tiba di Port Aden Laut Merah (Red Sea) atau Laut Medistranian. Pada pukul 7 pagi dapat melihat Bandar Aden dari Kapal Haji. Bendera kapal2 semua-nya pakai Bendera Red Ensign dan banyak rumah batu yang tinggi dan yang modern2 dan kebanyakan rumah2 di chelah2 gunung dan Bandar-nya di-kelilingi oleh gunong2 batu yang gondola. Orang-nya berbahasa Arab dan pekerja-nya terdiri daripada orang Arab berserban merah dan banyak perahu2 Arab yang pakai dayong berjual barang-barang seperti cigarettes, tikar sembahyang, permaidani, Bycreem, sabun, sapu tangan berwarna warni dan lain2 lagi. Banyak perempuan2 Haji beli sapu tangan berwarba warni itu, dia bilang harga satu rial, bila kasi wang satu ringgit dia tiada kasi balek. Kapal Haji singgah berlaboh di-Aden dari pukol 12 malam sampai pukol 9 ½ pagi sebab mahu ambil ayer dan minyak.
Gambar lama Perlabuhan Aden, Yemen (Tahun tidak diketahui)
5.4.61 Waktu subuh pagi pukol 5.05 minit kiblat mengadap di-haluan kapal sebelah kanan 21 degree lebeh kurang. Waktu zuhur pukol 12.35 tengah hari. Dapat berita Kapal Haji Kuala Lumpur akan tiba ka-Pengkalan Jeddah pada subuh 7.4.61 hari Jumaat kerana wharf tiada kosong buat Kapal Haji Kuala Lumpur ini. Waktu maghrib pada pukol 6.32 minit.
Socotra adalah sebuah pulau besar milik Yemen yang mempunyai flora yang unik.
Singapore To Port Sweetenham 206 miles
Port Sweetenham To Penang 178 miles
Penang To Ceylon 1165 miles
Ceylon To Socotra 1585 miles
Socotra To Aden 555 miles
Aden To Jeddah 710 miles
Miles: 4,399
Selama 17 hari 17 malam perjalanan daripada Singapore ka-Jeddah.
(Tandatangan Umar Abdullah) 6.4.61
Langgan:
Catatan (Atom)