Sabtu, 20 November 2010

Korban Secara Tradisonal

Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata dan KAMI tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar serta KAMI kekalkan baginya (nama yang harum) di kalangan orang-orang yang datang terkemudian." – Surah
al-Soffaat: 108

Hari Raya Aidil Adha baru sahaja meninggalkan kita dan insya Allah jika dipanjangkan umur kita akan meraikannya lagi pada tahun hadapan. Bercakap pasal Hari Raya Adha sudah pasti ibadah korban akan timbul difikiran kita.

Saya masih ingat suasana korban di perkampongan isteri saya di Kampong Kiarong kira2 25 tahun dahulu. Pada awal pagi lagi ramai penduduk kampong berduyun menuju ke tempat yang telah dipilih untok melaksanakan ibadat korban. Selalunya tempat yang dipilih adalah milik Ketua Kampong atau rumah orang yang akan menunaikan ibadah korban. Apa yang menarik ialah kerbau-kerbau (dulu jarang ada sapi yang dijadikan korban) akan dimandikan terlebih dahulu kemudian bulunya disikat dengan rapi agar bintang korban tersebut kelihatan lebih elok. Kemudian satu lobang kecil akan digeli sebelum kerbau berkenaan diikat ke-empat-empat kaki dan direbahkan dengan leher berada diatas lubang tadi. Kemudiannya, upacara penyembelihan pun dilakukan. Setelah disembelih, leher binatang korban berkenaan akan ditutup dengan daun-daun besar. Mungkin ini bagi mengelakkan dari ianya dihurungi lalat atau sebagainya.

Setelah itu, kesemua yang hadir akan berkerjasama melepah kulit dan kemudian membahagi-bahagikan isi dan tulang binatang korban tersebut.

Kini kebanyakan penyembelihan dibuat di Pusat-Pusat Penyembelihan dan yang diterima oleh orang yang berkorban bersih dan 'ready-packed' mengikut berat yang dikehendaki hanya lagi berapa upah yang mahu dibayar.

Sekarang Kampong Kiarong bukan lagi seperti dulu, ianya telah menjadi sebahagian dari Bandar Seri Begawan dengan pembangunan yang pesat. Kalau dulu, Kampong Kiarong hampir 100 peratus terdiri dari penduduk berbangsa Melayu dan beragama Islam, kini ianya dihuni oleh berbagai bangsa dalam rukun dan damai. Semoga ianya berterusan selama-lamanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan