Selasa, 16 November 2010

Catatan Diari Atuk Sheikh Haji Umar-Hari Raya Aidil Adha di Minah hampir 50 tahun lalu

Pada 24.5.61 hari Rabu iaitu Hari Raya Aidil Adha 10 Zulhijjah 1380.Kami berada di-Mina dengansehat walafiat dan Haji Osman hilang tidak tahu ke-mana dia pergi sembahyang Subuh di-Minah. Saya berjalan2 di-jalan2 di-Minah menchari Haji Osman. Tiada juga berjumpa dan Haji Jeoffrey juga menchari tiada juga berjumpa. Haji Yusop ada mendapat sakit dari Arpah sampai Minah. Pukul 10 ½ makan Ramsum. Pukul 1 sembahyang zuhor. Pukul 4 sembahyang Asar. Osman sampai ini jam pun belum dapat tahu halnya hidup atau mati. Saya sudah repot sama Pak Sheikh Hamzah Aid darihal Osman tiada pulang dari tengah malam Rabu selepas pulang dari Musdalifah. Pada pukul 8 malam Osman baru pulang shukor Alhamdullillah. Ini hari makan nasik sama labu dan udang kering. Pada hari ini duduk sahaja dalam rumah tiada apa dibuat melainkan sembahyang waktu sahaja dan wirit.
{Haji Osman telah kembali kerahmatullah dirumah Chegu Saleha bte, Salim, Batu Satu, Jalan Seria Kuala Belait.]
Pada 25.5.61. Hari Khamis iaitu 11 Zulhijjah 1380 hari Tashrik melontar jumrah waktunya mulai zuhur sehingga tengah malam. Sembahyang subuh di-tempat tinggal di-Minah. Ramsum Bubur Kacang dan the. Kalu Ina Lillahi Wa ini ilahi Rajion iaitu Haji Yusop Muar telah pulang ke rahmatullah Taala pada jam 3 petang sakit demam panas semenjak dari Arpah sampai ka-Minah dan telah di-kebumikan di-perkuburan di-Mina iaitu kawan saya se-bilik di-Mekah.. Ini hari jam 2 ½ petang melepar shaitan dengan 21 batu 3 tempat. Satu zamratul aula 2. Jamratulusta. 3. Jamaratulakabah

Melontar Pada tahun 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan