Isnin, 15 November 2010

Catatan Diari Atuk Haji Umar Wukuf di Arafah Hampir 50 tahun yang lalu



Gambar-gambar diatas bertarikh tahun 1952, kira2 sembilan tahun sebelum Sheikh Haji Umar menunaikan ibadah Haji.
Catatan ini ditulis oleh Sheikh Haji Umar bin Sheikh Haji Abdullah hampir 50 tahun yang lalu. Ianya disiarkan disini buat tatapan anak, cucu dan cicit Allahyarham mengenai dengan susah-payah mengerjakan Ibadah Haji pada masa itu. Semoga ianya dapat menjadi pengajaran kepada kita semua. Mari lah kita sama-sama menyedekahkan bacaan surah Al-Fatihah kepada Allahyarham dan kepada semua saudara mara kita seagama yang telah pergi mendahului kita semua:-


Pada 22.5.61 hari isnin besamaan dengan 8 Zulhijjah 1380. Sembahyang subuh di Padang Arafah. Selepas itu kasi Ransum Bubur Kacang. Kami ditempatkan di sebuah Camp ada 15 orang semua. 7 perempuan dan 8 laki-laki. Keadaan di Padang Arafah penoh sesak dengan Camp2 kain kira2 2 miles jauhnya di sini Jabal Rahmah. Ada juga runput2 tumbuh disini iaitu makanan kambing2, unta2. Disekelilng-nya gunong2 berbanjar2 nampak-nya. Pada tengah malam sejok sehingga pagi. Orang2 kebanyak-kan gembira dan ada juga yang batok2. Tiap2 Camp ada disediakan tempat buang ayer. Drum di-isi dengan ayer untuk ayaer sembahyang dan istinja. Zuhur sembahyang di Camp sendiri, Asar sama juga. Pagi2 Ransum Bubur Kacang, (sahi?). Pukol 10 pagi makan nasik dengan daging kibas. Maghrib sembahyang di-Padang dan Isa juga. Imam-nya Ustaz Haji Tahir. Salepas Isa sharahan berkena'an dengan Haji, ukup di-musdalifah dan di-Minah, Tawaf, Sa'ai, melontar sampai pukul 10 malam Jumaat. saya dapat sedikit demam.

Pada 23.5.61 hari Selasa bersamaan dengan 9 Dulhijjah 1380. Sembahyang Subuh berjema'ah Imam-nya Ustaz Tahir. Pukul 5 pagi Bubur Kachang satu teh. Saya beli ayer satu tin minyak tanah 1 Rial untuk mandi. Orang kapal yang ke-ampat duduk-nya di-belakang kami hilang wang British $400 dan 100.00 Rial waktunya pukul 12 Tengah hari semua orang tidur kerana kepanasan. Ini hari-lah hari Arpah daripada malam-nya sampai siang-nya. Tiada berputus-putus orang2 datang dari Mekah kerana ukup di Arpah. Pada pukul 8 Petang selepas Sembahyang Isa kami sekalian naik bus menuju ka-Musdilipah kira2 pukol 10 malam. Selepas memungut batu di Musdilipah kira2 pukul 12 1/2 malam kami pun berangkat ka-Minah sampai ka-Minah salepas mengangkat barang2 dan pergi melontar Jamaratulakabah salepas itu kami Tahlol chukur rambut gondol. Pulamg katempat berehat. Ini hari melontar Jamaratulakabah dengan 7 biji batu dan Tahlol baru bolih buka Ahram. Pakai Biasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan