Rabu, 24 November 2010

Sharifah Khatijah binti Sheikh Haji Abu Bakar Binti Sheikh Haji Abdullah Ban'mah

Makcik Sharifah Khatijah dan suami Encik Abdul Rahim
Mohaimin Abdul Rahim, (anakanda lelaki Sharifah Khatijah) dan isteri


Assalamualaikum, kita merasa bertuah kerana dapat menampilkan lagi salah seorang ibunda keluarga besar bana'mah iaitu Sharifah Khatijah binti Sheikh Haji Abu Bakar bin Sheikh Haji Abdullah Bana'mah. Makcik Khatijah lahir di Singapura tetapi berhijrah ke Ipoh, Perak mengikut suami beliau Encik Rahim. Makcik sudah bersara dari pekerjaan sebagai seorang jururawat dan begitu juga suaminya Encik Abdul Rahim yang dulunya berkhidamat sebagai guru disalah sebuah maktab di Ipoh. Hasil dari perkongsian hidup, kedua mereka telah dikorniakan beberapa orang putera dan puteri.

Ramai sanak saudara di Negara Brunei Darussalam dan Labuan belum pernah menetap wajah Makcik Khatijah. Insya Allah jika ada maklumat baru, ianya akan disiarkan didalam blog ini. Terima kasih kepada Hajah Norhayati dan Edina Sheikh Abdul Rahman kerana dapat membantu didalam memperolehi gambar diatas.

1 ulasan:

  1. Thanks for the posting.. gambar tahun 2008 nih! hehe.. mak ayah will be surprised tengok gambar ni nanti.. hehe..

    BalasPadam