Ahad, 26 September 2010

Liau Husin bin Haji Hassan suami kepada Sharifah Hajah Gayah binti Sheikh Haji Umar Bana'mah


Alhamdulillah, reziki blog ini bertambah dengan menerima satu lagi foto lama yang diambil dalam tahun 1979. Dalam foro ini ialah Allayarham Husin bin Haji Hassan (duduk) dan isteri beliau Sharifah Hajah Gayah binti Sheikh Haji Umar Bana'mah. Juga dalam gambar adalah anakanda menantu pasangan berkenaan iaitu Fatima Onn (isteri kepada Haji Alias Hussin) dan anakanda Dayang Maimun binti Hussin (berdiri sebelah kiri Sharifah Hajah Gayah). Duduk atas pangkuan Sharifah Hajah Gayah adalah anak saudara beliau Anuar (anak kepada Sharifah Hajah Saifun binti Sheikh Haji Umar Bana'mah). Gambar ini diambil di Kampong Lubuk Tamiang, Labuan.

Mudahan gambar ini akan dapat memberikan peluang kepada anak-anak cucu dan cicit kedua Allahyarham yang sebilangan sebasarnya lahir setelah keduanya kembali ke rahmatullah. Al-Fateha. Terima kasih kepada Dr. Paul atas kiriman foto ini.

Moyang Hajah Maimunah isteri Sheikh Haji Abdullah Bana'mah


Mungkin banyak sanak saudara yang tidak berkesempatan untuk bertemu dengan moyang mereka. Alhamdullillah penulis diberikan kesempatan tersebut pada usia yang masih kanak-kanak walaupun dari Brunei dan Singapura pada masa tersebut memerlukan pejalanan yang lama untuk sampai melalui kapal laut dan sering mengharungi ombak-ombak besar yang memabukkan. Saya masih ingat masa itu, moyang Maimunah iaitu isteri allahyarham Sheikh Abdullah yang saya kunjungi bersama keluarga di No 8 Jalan Khamis. Setelah berpuluh-puluh tahun beliau meninggal, ingatan saya kepada wajah beliau adalah samar-samar sahaja maklumlah masa itu saya masih kecil. Tapi saya masih ingat perwatakan beliau yang selalu senyum dan melayan mesra cicit2 beliau dan namanya cicit2 sudah tentu selalu bermain dengan bising. Saya masih ingat Moyang selalu berpakaian warna lembut keputihan, sambil duduk di kursi dan dikeliling oleh cicit2nya dari Brunei, beliau akan bermain dan bernyanyi 'Gigit Semut, siapa sakit naik atas'. Kadang2 beliau yang memulakannya, kadang kala salah seorang cicit. Tapi beliau tetap sabar dengan kerenah kami adik beradik dan berpupu.

Bagi yang tidak pernah bertemu dan menetap wajah wanita yang sangat penting dalam keluarga dan keturunan Sheikh Abdullah Bana'mah ini, ditampilkan dengan ini gambar Moyang Maimunah. Adik Moyang Maimunah adalah Abdul Latif yang juga dikenali sebagai Tok Busu. Antara cucu-cucu Tok Busu ialah Mak cik Salmah yang menetap di Yishun. Sayangnya ibu Mak Cik Salmah iaitu Rahimah, anak kepada Tok Busu telah kembali ke rahmatullah pada tahun 2009. Semoga roh-roh mereka dicucuri rahmat oleh Allah Subbahanwataala. Amin. Diucapkan berbanyak terima kasih kepada Hajah Norhayati Haji Abdul Latif kerana menghantarkan gambar ini yang mana ianya diperolehi dari Mak Cik Salmah.

Khamis, 23 September 2010

Catatan Diari Seorang Datuk (Sheikh Haji Umar bin Sheikh Haji Abdullah Bana'mah) - Raya Aidil Fitri di Singapura Thaun 1961.

Kepada 17-3-61 pagi pukul 7 1/2 saya, Inche Kah dan anakanda Fatimah pergi menghantar kopi dan ruti anakanda Dr Mohamad kemudian pergi hantar Fatimah sekolah. Kemudian pergi kubur wakap di Tangling melawat kubur Datok Sheikh Mohamad bin Abdulah Banamah dan kubur Datok Haji Abdullah Bin Sharipin. Kemudian pergi melawat kubur anakanda Salmah di Sabdeko Road (Hwa San Road 16). Pukul 9 malam Busu datang dari Rumahnya Nee Soon dan Busu tidor di-rumah Inche Kah di Owen Road dan dia bercherita sampai pukul 12 malam dan pagi2 hari Raya Busu mengaji Yassin dan (amma?).

Kepada pagi Hari Raya 18.3.61 pukul 5 sembahyang subuh. Busu jadi Imam. Ikut sembahyang, (Orang?), Inche Kah, Nin, Mak. Selepas sembahyang Subuh makan ketupat. Kira2 pukul 7 1/2 pagi pergi sembahyang Aidilpitri di-Masjid wayang satu bersama2 dengan Pa'Busu, Inche Kah, Dr Mohamad dan Nin, Penoh sesak tempat dengan orang2 Islam sembahyang Hari Raya iaitu Takbir tiap saorang 7 kali. Selepas Sembahyang pergi kubur wakaf ziarah kubur Datok Mohamad, Datok Haji Abdullah. KuburBah, kubur Inche. Kemudian pergi kubur ninik dan Salmah di-Segelap. Kemudian pergi kubur mak Busu di Bidadari. Kemudian pulang kerumah. Pergi rumah Haji Hashim bin Haji Abdullah di Dorset Road.

Nota: Inche Kah was the nickname of Sheikh Haji Abu Bakar (Sheikh Haji Umar's brother). Sheikh Haji Umar was called 'Bang Sheikh' by his siblings and cousins.

Diari Seorang Datuk (Sheikh Haji Umar bin Sheikh Haji Abdullah Bana'mah.

Cebisan Diari bertarikh 6 Februari 1961:

Pada pukul 9.05 Pagi Hari Isnin 6 Haribulan February 1961 bersamaan dengan 20 Sha'aban 1380 iaitu Mohammad Anas bin Abdul Latip telah Dhahir Di-Dunia daripada bonda-nya Sino Bte Omar di-rumah sakit Kerajaan Brunei. Pada Pagi2 pukul 7 Sino keluar Rumah no 11A Lorong 4 Seria Pergi Kerja dengan menaiki GB Transport dengan selamat tiada apa2 tanda mahu beranak. Saya di-beritahu oleh Hamidon Omar waktu saya keluar daripada melihat bichara di-mahkamah K.Belait berkena'an dengan 2 orang Brunei nama Mohamad bin Mohamad Hussin dan Jinia Bin Abdullah bergaduh dengan 4 orang Police Malaya di-Roxana Theater. Trus saya pergi melawat di-Rumah Sakit dan saya jumpa ankanda Sino dan anaknya dengan selamat-nya dan trus saya bang-kan. Kemudian saya pergi di-Information office mintak Bicho Telephone ke-Brunei kasi tahu anakanda Latip di-Radio Brunei dan kemudian saya pergi jumpa Mr. Pieney iai-itu Latip punya Ketua mintak tolong dia kasi tahu Latip dan Latip datang krumah pada jam 11 1/2 malam 6.2.61.

Rabu, 22 September 2010

Sharifah Saudah binti Sheikh Abdullah Al-Bana'mah

Nota: Terdapat dua nama yang disebutkan bagi anak sulong Sheikh Abdullah Bana'mah. Ada yang menyatakan ianya adalah Aluyah dan ada pula Saudah. Penulis meohon maaf kerana masih perlu mencari nama berkenaan. Tetapi didalam Diari Sheikh Haji Umar bin Sheikh Abdullah Bana'mah ada menyebutkan yang beliau telah menziarahi pusara ayahanda beliau Sheikh Abdullah, Wak dan Kak Yah di Labuan. Mungkin ada saudara mara yang dapat memberikan bantuan dalam perkara ini. Insya Allah.

Alhamdulillah, hasil dari penyelidikan termasuk mendapatkan informasi dari beberapa orang tua adalah ketahui bahawa Sharifah Saudah adalah anakanda sulong kepada pasangan Sheikh Haji Abdullah Bana'mah dan Maimunah. Beliau dilahirkan di Singapura dan ikut berhijrah ke Labuan apabila sebahagian dari keluarga beliau berpindah ke pulau tersebut sebelum perang dunia kedua. Sharifah Saudah dikenali oleh anak-anak buah sebagai Mak Long. Salah seorang dari anak beliau adalah Mak cik Halimah yang dulu menetap di Labuan sebelum pindah dan tinggal bersama anak beliau di Kampong Ayer di Brunei.

Sharifah Saudah telah meninggal dan disemadikan di Perkuburan Keramat, Tanjung Keramat, Labuan.

Dengan itu, adalah diketahui Sheikh Abdullah mempunyai 7 orang anak iaitu Sharifah Saudah, Sheikh Umar, Sheikh Abu Bakar, Sharifah Aminah, Sharifah Fatom, Sharifah Mariam dan Sharifah Raidah. Selain dari itu Sheikh Abdullah juga mempunyai seorang anak angkat yang bernama Pit atau Mak Cik Pit yang juga telah meninggal dunia.

Ahad, 19 September 2010

Tatasila Keturunan Sheikh Haji Umar Bana'mah Catatan Tangan


"Ini buku yang ampunya bernama Omar bin Abdullah bin Muhamad bin Abdullah bin Omar bin Ahmad Bana'mah. Kuala Belait, Seria. 25.12.60. Bersama'an dengan 7 hari bulan Rejab 1380"

Sharifah Fatom @ Sharifah Tom binti Sheikh Haji Abdullah Bana'mah

Salah seorang adinda kepada Sheikh Haji Umar dan Sheikh Haji Abu Bakar iaitu anakanda perempuan kepada Sheikh Haji Abdullah Bana'mah dan isteri Hajah Maimunah ialah Sharifah Fatom. Tidak banyak yang diketahui menganai kelahiran Allahyarham Sharifah Fatom termasuklah tarikh kelahirannya, melainkan beliau dilahirkan di Singapura dan telah meninggal sebelum perang dunia kedua. Sharifah Fatom telah berkahwin dengan Umar Hitam dan menetap di Labuan. Beliau dengan suaminya telah dikorniakan beberapa orang anak iaitu Yusof (masa ini tinggal di Mumong, Kuala Belait) bersama adik lelaki yang bungsu Hamidon, Manan@Mat Zin juga menetap di Mumong, Kuala Belait dan Embam yang juga tinggal di Kuala Belait. Anak-anak Sharifah Fatom ini telah dbawa berpindah dan angkat sebagai anak sendiri oleh bapa saudara mereka Sheikh Haji Umar bin Sheikh Haji Abdullah Al-Bana'mah. Adalah difahamkan Sharifah Fatom mempunyai seorang lagi anak perempuan yang meninggal dunia di Labuan pada usia yang masih kecil. Sharifah Fatom dikebumikan di Tanah Perkuburan Keramat, Tanjung Keramat, Labuan iaitu bersebelahan dengan pusara ayahanda beliau Sheikh Haji Abdullah Bana'mah. [Informasi dari Mak Cik Salmah iaitu anakanda Sharifah Mariam binti Sheikh Abdullah Bana'mah yang diperolehi pada 5 Nobember 2010 di Labuan: Bagi anak2 buah Sharifah Fatom beliau dipanggil dengan nama "Mak Tom").
Sheikh Haji Abdullah juga mempunyai seorang anak angkat perempuan yang bernama Mak Cit Pit. Mak Cit Pit telahpun meninggal dunia tetapi mempunyai seorang anak yang bernama Salmah yang masih hidup dan menetap di Negara Brunei Darussalam (rumah Salmah adalah bersebelahan dengan rumah Sharifah Hajah Saifun bin Sheikh Haji Umar tetapi beliau ketika ini menetap dengan anak beliau di Daerah Brunei Muara).

Tambahan Gambar-Gambar Tahun 1975

Alhamdulillah, Blog ini telah menerima beberapa keping lagi gambar yang diambil oleh Sheikh Abdul Rahman bin Sheikh Haji Abu Bakar Bana'mah pada tahun 1975. Gambar-gambar ini diambil di Brunei dan Labuan.

Gambar ini diambil di Perlabuhan Labuan. Dalam gambar ialah Sharifah Mariam dan Sharifah Raidah bersama anak-anak/anak-anak saudara.

Sharifah Hajah Fataom binti Sheikh Haji Umar Bana'mah bersama anak-anak. Turut dalam gambar ialah Sharifah Hajjah Sino binti Sheikh Haji Umar Albana'mah dan anak-anak Haji Abdul Jalil, Haji Mohammad Sofian dan Hajah Norhayati. Gambar ini diambil dikediaman Sharifah Hajah Fatom di Kampong Kasat, Muara.

Sheikh Abdul Rahman bergambar dengan Sheikh Haji Umar Bana'mah (duduk tengah), Sharifah Hajah Edah (duduk kiri) dan Ahmad bin Umar (Pak Awang, duduk kanan dengan anak beliau Hashim). Turut dalam gambar ialah Hajah Salmah (baju coklat), Mak Piah (sahabat/kakak angkat Sharifah Hajah Saifun), Sharifah Hajah Saifun), Haji Abdul Jalail dan Mak Saimah (isteri Ahmad bin Umar)dan Lily (anak Sharifah Hjh Saifun).

Gambar ini diambil di Kampong Ayer di Brunei. Dalam gambar adalah Mak Halimah (duduk), Haji Abdul Jalil dan Hajah Siti Hani. Nota: Adalah diceritakan bahawa ibunda kepada Mak Halimah ialah Saudah (anak kepada Sheikh Haji Abdullah Bana'mah, namun begitu penulis blog belum lah lagi mendapat kepastian mengenai keducukan ini. Insya Allah akan di kemaskinikan setelah mendapat maklumat lanjut mengenainya.)

Rabu, 15 September 2010

Majlis Pernikahan Ahmad Sharizat Saffian dengan Masni Maidin

Tahniah kepada Ahmad Sharizat Saffian cucunda kepada Sharifah Mariam Bana'mah yang telah melangsungkan Majlis Pernikahan dengan Masni Maidin pada Jumaat 8 Syawal 1431 bersamaan 17 September 2010 di Sandakan, Sabah. Majlis telah diteruskan dengan Majlis Berinai. Majlis Persandingan kedua memperlai telah diadakan pada Sabtu, 18 September 2010 juga di Sandakan. Kita mewakili keluarga besar keturunan Bana'mah mengucapkan Selamat Mengharungi Hidup Baru dan seoga Allah memberkati perkahwinan ini dan ianya kekal ke akhir hayat serta dikorniakan keturunan yang salih dan sentiasa beramal kepada Allah subbahana wataala, Amin.

Bergambar bersama kekanda kembar tersayang Ahmad Shahrizal Saffian di Majlis Berinai/Berbedak.

Allahyarham Sheikh Haji Umar bin Sheikh Haji Abdullah bin Sheikh Mohammad Bana'mah


Di belakang gambar ini ada di tuliskan dengan tulisan tangan arwah datu' sendiri iaitu :
'ini gambar' Haji Omar bin Abdullah bin Mohammad. Lahir pada 25.12.1901.Bukit Brown Singapura Thoon Soon (Thompson) Road. Daripada bonda.nya Hajjah Maimunah bte Abdullah. Adapun gambar ini di biya'ie oleh anakanda Doktor Mohammad Bin Abu Bakar dan anakanda Putih bte Sallih, diambil pada 20.3.79 di Thoon soon Road Singapura.

Terima kaseh kepada Dr Paul kerana mengirimkan gambar ini. Sumbangan ini sangat lah dihargai terutama mengenai informasi tarikh dan tempat lahir Allahyarham Sheikh Haji Umar Bana'mah.

Nota: Bukit Brown yang juga terletak berhampiran dengan Jalan Thompson. Dari kajian, terdapat satu jalan yang dikenali sebagai Jalan Mashhor dikawasan Bukit Brown. Mungkin juga Jalan Mashhor mengambil sempena Sheikh Mashhor seorang pahlawan keturunan Hadramat dari Sarawak dan meninggal di Singapore sebelum tahun 1900. Wallahuaklam.

Selasa, 14 September 2010

Kenangan Tahun 1975

Alhamdulillah, sekali lagi kita mengucapkan berbanyak terima kaseh kepada Ami Man (Sheikh Abdul Rahman bin Sheikh Haji Abu Bakar Bana'mah atas sumbangan gambar-gambar yang sangat berharga iaitu diatas kepada sumbangan gambar-gambar sebelum ini. Gambar-gambar ini diambil semasa kunjungan Ami Man ke Brunei Darussalam dan Labuan dalam tahun 1975.

Dalam gambar: David Leong (anak Uncle Ah Saw, abang Mak Janis. baju Biru Muda); Roslan Idris (Baju striped, anakanda Mak Embam) Sheikh Abdul Rahman (Baju Biru), Abdul Rahim Tengah (anakanda Sharifah Hjh Edah binti Haji Umar Bana'mah); Sukarno Idris (anakanda Mak Embam); Hajah Mariam (anakanda Sharifah Hjh Edah); Kartini Idris (anakanda Mak Embam). Duduk: Haji Abdul Jalil Haji Abdul Latif(anakanda Sharifah Hajah Sino binti Sheikh Haji Umar Bana'mah), Atuk Sheikh Haji Umar Bana'mah, Sharifah Hajah Edah binti Sheikh Haji Umar Bana'mah, Mak Embam (anak kepada adinda perempuan Sheikh Haji Umar Bana'mah), duduk dipangkuan ialah Maimoon Idris. Gambar ini diambil dikediaman Mak Embam dan suaminya Allahyarham Haji Idris di Nakhoda Ragam, Kuala Belait.


Sheikh Abdul Rahman bergambar dengan ayahanda saudara Sheikh Haji Umar Bana'mah. Juga dalam gambar ialah Manan @Mat Zin bin Umar dan isteri Dayang Saadiah (Bu Itam) serta anak-anak mereka. Gambat ini juga dirakamkan di Perumahan Brunei Shell di Jalan Nakhoda Ragam, Kuala Belait. Sayangnya rumah-rumah ini telahpun dirobohkan beberapa tahun dahulu.


Ami Man bergambar dengan sepupu beliau Sharifah Hajah Sino binti Sheikh Haji Umar Bana'mah serta suami Haji Abdul Latif bin Muhammad. Juga dalam gambar ialah Haji Abdul Jalil (baju lengan panjang bertaris); Haji Mohammad Anas Haji Abdul Latif (baju t putih); Haji Mohammad Sofian Haji Abdul Latif (depan baju unggu) dan Hajah Siti Norhayati.


Gambar ini diambil semasa kunjungan Sheikh Abdul Rahman ke Labuan. Dalam gambar ialah berdiri Hajah Mariam (anakanda Sharifah Hjh Edah binti Sheikh Haji Umar Bana'mah), Ami Man (baju maroon)dan Haji Mohammad Anas Haji Abdul Latif (baju unggu). Sambil itu duduk adalah Sharifah Mariam binti Sheikh Haji Abdullah Bana'mah (baju kebaya biru) dan Sharifah Raidah binti Sheikh Haji Abdullah Al-Bana'mah. Duduk di sebelah Sharifah Raidah ialah anakanda beliau Pak Long. Duduk depan ialah cucunda-cucunda Sharifah Mariam iaitu Nordin dan Ali. Gambar ini besar kemungkinan diambil di Kampong Gerisik, Labuan.


Kedua beradik Sharifah Hajah Mariam binti Sheikh Haji Abdullah Bana'mah dan Sharifah Raidah binti Sheikh Abdullah Bana'mah.

Isnin, 13 September 2010

Foto Yang Sangat Berharga

Terima kaseh kepada Sheikh Abdul Rahman bin Sheikh Haji Abu Bakar atas sumbangan foto Allayarham Sheikh Haji Abdullah Bana'mah.

Alhamdulillah, terima kaseh juga kepada Sheikh Abdul Rahman bin Sheikh Haji Abu Bakar kerana sumbangan yang sangat berharga kepada blog ini iaitu foto dua adik beradik Sheikh Haji Umar (abang, duduk) dan Sheikh Haji Abu Bakar (adik. Sepertimana yang ditunjukkan didalam foto, ianya diambil di Jalan Khamis, Singapore pada bulan Oktober tahun 1978. Al-Fateha.

Sheikh Haji Abdul Rahman bin Sheikh Haji Abu Bakar bin Sheikh Haji Abdullah Al-Bana'mah


Alhamdulillah, Blog Al-Bana'mah sukacita menampilkam foto Sheikh Haji Abdul Rahman @ Ami Man iaitu salah seorang anak lelaki Sheikh Haji Abu Bakar bin Sheikh Haji Abdullah Al-Bana'mah. Dalam gambar Ami Man (baju petak), Rokiah (isteri Ami Man) berbaju biru, dan anak perempuan mereka Adina (baju unggu) dan suami. Juga dalam anak lelaki mereka Azrin (duduk disebelah Makcik Salmah berbaju hijau). Terima kaseh kepada Hajah Norhayati (baju coklat) atas sumbangan foto ini. Foto ini diambil di Yishun pada Hari Raya Ketiga tahun 2010.

Gambar Lama Allahyarham Sheikh Haji Abu Bakar Al-Bana'mah


Terima kaseh kepada Hajah Norhayati Haji Abdul Latif kerana telah memperolehi gambar dua insan yang penting didalam talian keturunan Al-Bana'mah iaitu Sheikh Haji Abu Bakar bin Sheikh Haji Abdullah Al-Bana'mah dan isterinya Allahyarham Puan Janis. Minta disedekahkan bacaan Al-Fateha kepada kedua suami isteri mudahan roh-roh mereka sentiasa diberikan perlindungan dan kaseh sayang dari Allah Subbahanawataala. Amin.

Jumaat, 10 September 2010

Lebih banyak Gambar Raya Keluarga Singapura

Beraya kedua di kediaman Encik Ali di Jurong West. Dalam gambar Encik Ali (Baju hitam), Azman (baju putih) dan isteri Azizah (baju brown), isteri Encik Ali (baju biru), Cik Salmah (baju brown), Hjh Norhayati (merah) dan suami Zunidi (baju kelabu gelap). Bawah: Sham, Milla (anak2 Cik Salmah)

Beraya hari kedua. Dirumah Cik Salmah di Yishun.

Beraya pada hari kedua di kediaman Mak Cik Zaharah di Jurong. (Dalam gambar Mak Cik Zaharah Baju kelabu dan Cik Salmah tudung coklat.

Keluarga Rodzlee pada hari Raya Pertama

Hari Raya Aidil Fitri 1431 - Labuan (2)

Kak Cik Salmah (duduk tengah baju cream bunga merah) dengan suami Pak Cik Saffian serta sebahagian dari anak-anak, anak-anak menantu dan cucu-cucu.
Alhamdulillah, gambar ini adalah gambar keluarga terdekat Mak Cik Salmah (anak kepada Allahyarham Sharifah Hajah Mariam binti Sheikh Abdullah Al-Bana'mah. Gambar ini diambil dikediaman Mak Cik Salmah di Island Garden, Wilayah Persekutuan Labuan.

Di pusara allahyarham syarifah Maryam al bana'mah ..semoga sentiasa dalam kasih Sayang tuhan ..kami merinduimu dan kehilangan mu hilang seri rumah kami..semoga tuhan rezekikan kita semua bertemu diakhirat...

Selamat Hari Raya 1431 - Singapura

Doctor Sheikh Haji Mohammad (Baju Batik) dan Ami Dol (Baju biru)
Hajah Norhayati (Cucu Sheikh Haji Umar bin Sheikh Haji Abdullah Al-Bana'mah) bersama dengan Kemsiah (bertudung hitam) dan Awie (duduk disebelah Kemsiah) dari Singapura.
Alhamdulillah, kita juga berpeluang menyingkap suasana pagi raya di Singapura. Perkumpulan kaum kelurga di kediaman Doktor Sheikh Haji Mohammad bin Sheikh Haji Abu Bakar bin Sheikh Haji Abdullah Al-Bana'mah. Gembira rasa kita melihat pertemuan diantara saudara mara dari Brunei Darussalam dan Singapura ini. Alhamdulillah.

Hari Raya Aidil Fitri 2010 - Labuan


Sebahagian dari anak-anak, anak menantu, cucu-cucu dan cucu-cucu menantu serta cicit Allahyarham Sharifah Hajah Gayah Al-Bana'mah.

Sebahagian dari cicit-cicit Allahyarham Sharifah Hajah Gayah Al-Bana'mah bersama menantu Allahyarham iaitu Haji Muali.

Ali Suboroto, cucunda Sharifah Hajah Gayah bersama keluarga.Gambar sebahagian dari cucu-cucu perempuan Sharifah Hajah Gayah


Alhamdulillah, dapat juga kita memperolehi gambar-gambar saudara mara keluarga besar keturunan Al-Bana'mah dari rumpun Sharifah Hajah Gayah binti Sheikh Haji Umar bin Sheikh Haji Abdullah Al-Bana'mah di Wilayah Persekutuan Labuan, Malaysia. Gambar2 ini diambil dihalaman rumah Haji Muali dan isteri Hajah Munah (anak Allayarham Sharifah Hajah Gayah).

Selamat Hari Raya 1431 - Brunei Darussalam


Sharifah Hajah Sino binti Sheikh Haji Umar Al-Bana'mah bergambar bersama anak-anak, cucu-cucu dan cicit pada pagi 1 Syawal 1431 bersamaan 10 September 2010 di kediaman beliau di Kampong Kota Batu, Bandar Seri Begawan.


Haji Mohammad Anas Haji Abdul Latif (anakanda kedua Sharifah Hajah Sino Al-Bana'mah)dan keluarga.



Haji Mohammad Sofian Haji Abdul Latif (anakanda keempat Sharifah Hajah Sino Al-Bana'mah) dan keluarga.

Assalamualaikum, Selamat Hari Raya kepada semua muslimin dan muslimat seluruh dunia dan kepada sanak saudara keluarga besar Al-Bana'mah. Semoga kita semua panjang umur dan menjumpai lagi ramadan di tahun hadapan. Dari kami keluarga Al-Bana'mah di Negara Brunei Darussalam.

Isnin, 6 September 2010

Tradisi Kepala Meja

Cuma hiasan sahaja.

Bercerita mengenai dengan zaman lampau, satu tradisi yang sudah pupus adalah penyediaan Kepala Meja semasa sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Kepala Meja adalah kek yang diseluputi dengan icing yang tebal dan bunga-bunga yang juga dibuat dari bahan yang sama. Berbeza dengan icing masa ini, icing dulu adalah sangat keras dan dengan itu kek nya pun tahan lama.

Kek Kepala Meja ini mempunyai makna yang tersendiri kerana ianya merupakan satu pemberitahuan yang didalam rumah tersebut adalah anak gadis yang sudah mencapai umur perkahwinan. Jadi tak hiranlah kalau ada dua atau tiga Kek Kepala Meja dalam satu meja. Selalunya di Kek Kepala Meja ada tertulis nya si 'Pemunya' kek. Kek Kepala Meja ini diletakkan diatas meja dan ditutup dengan kain kasa yang di tongkat dengan botol-botol minuman ringan.

Jika sekiranya ada pemuda yang berkenan kepada si 'Pemunya' tersebut, si pemuda berkenaan bolehlah memotong kek berkenaan dan meninggalkan sedikit wang sebagai tanda hati. Ini akan memberitahu kepada keluarga si anak gadis berkenaan bahawa pemuda tersebut berhasrat untok masuk meminang. Alangkah indah tradisi masa lalu.

Semasa kecil, saya masih ingat amaran yang diberikan oleh kawan-kawan untok jangan memotong kek yang ada diatas meja takut-takut ianya adalah Kepala Meja. Masa itu saya masih berusia dalam 7 ke 8 tahun, jadi tak patutlah amaran yang dibrikan tersebut.

Jumaat, 3 September 2010

Raya Dahulu Dan Sekarang


Kueh Samprit (atas) Kueh Moor (bawah)

Alhamdulillah, teringat semasa hampir-hampir raya semasa masih kecil dulu (kira-kira 40 tahun yang lampau). Sepertimana kanak-kanak sekarang saat ketibaan syawal adalah ditunggu dengan penoh tidak kesabaran. Didapur rumah sendiri dan di rumah-rumah jiran sibuk dengan kaum hawa membuat kueh biskut untuk dijadikan hidangan. Kueh moor dan berbagai biskut 'samprit' disediakan dalam oven elektrik. Wah memang sedap dan wangi. Kalau dulu yang paling sibuk buat biskut ialah sepupu saya Hajah Mariam Mohamad Noh iaitu anak kepada Sharifah Hajah Edah binti Sheikh Haji Umar Al-Bana'mah. Saya turut membantu tetapi hasilnya adalah 'bebakat' (parut) di perut bekas hangus terkena pintu oven.

Selain dari itu, kalau dulu ada rumah yang setiap tahun menukar kain tabir dan ini dibuat pada malam Raya. Ada juga yang memasang pada siang sebelum malam raya tetapi ini sikit berbahaya kerana jika ditakdirkan anak bulan syawal tidak kelihatan, ramai lah budak-budak kampong datang sambil memekik 'bangas-bangas' {ini kerana pada anggapan masa itu, takbir yang dipasang dua hari sebelum raya sudah kira tak baru lagi. Aduhai begitu lah masa tersebut tapi lazimnya si pemilik rumah tidak marah kerana turut sama bergembira). Sekarang zaman sudah berubah, segala macam biskut dan kueh mueh, serta kek mudah didapati di supermarkets (tak kira musim raya kah tidak) dan juga di jualan-jualan amal. Kalau dulu hanya dua tiga macam biskut saja yang ada, sekarang senarai nama biskut dan kek ada yang berpuluh-puluh macam. Hebat sekali nafsu masa ini. Bagi pemasangan tabir pula, mungkin tidak ada yang sanggup menukarnya setahun sekali sebab harga kain dan upah yang mahal. Lagipun sekarang orang kita sudah faham tentang ekonomi dan pembaziran. Atau mungkin jua, dulu jenis kain yang digunakan selalu jenis kain kasa yang murah dan di jahit sendiri, jadinya ongkos yang diperlukan tidaklah seberapa.

Tak hairan pula pada masa tersebut, bila sudah ditentukan esok raya, barulah sibuk untuk membayar zakat fitrah. Amil bagi pembayaran zakat adalah orang-orang tua yang mahir dalam ilmu-ilmu keagamaan. Di kampong saya, 'amil' pada masa tersebut adalah bapa saudara kepada ayah iaitu Allayarham Nenek Haji Ajak (Nama ini mungkin singkatan kepada Haji Abdul Radzak), bekas seorang guru agama. Kalau dulu zakat dibayar dengan membeli beras segantang dari 'amil' dan kemudiannya menzakatkan sepertimana masa ini. Kemudian beras tadi di beli lagi dengan kadar-kadar tertentu dan dizakatkan semua sehinggalah selesai. Bolih dikatakan saya tidak pernah tertinggal ikut ayah pergi membayar zakat. Zaman sekarang mudah sedikit bagi saya membayar zakat, kerana amil menunggu di Masjid kampong saya di Kampong Pintu Malim. Cuma perlu keluarkan wang secukupnya, lafazkan niat dan setelah itu, amil akan membaca doa kesyukuran.

Alhamdulillah, terima kasih atas kesempatan meristakan kisah zaman budak-budak dulu.

Rabu, 1 September 2010

Hubungan Brunei Darussalam-Wilayah Persekutuan Labuan



Alhamdulillah, mendengar berita baik mengenai fasiliti tambahan yang akan diperkenalkan bagi menghubungkan Brunei dengan Labuan iaitu secara feri kenderaan darat. Belum ada tarikh bagi permulaan aktiviti komersial tetapi satu 'trial run' telah diadakan pada 30 Ogos yang baru lalu. Perlayaran mengambil masa kira-kira 90 minit dan bertolak dari Terminal Ferry Serasa.

Yang membanggakan ialah bacaan doa selamat diatas feri sejenak selepas ketibaan di Labuan telah dibacakan oleh Ustaz Shahrizal Saffian iaitu cucunda kepada Sharifah Mariam binti Sheikh Abdullah Al-Bana'mah.