Jumaat, 30 Disember 2011

Perkumpulan Bana'mah Di Wilayah Persekutuan Labuan

Alhamdulillah, Perjumpaan Bana'mah telah dilaksanakan dengan penoh jayanya di Wilayah Persekutuan Labuan pada 24 hingga 26 Disember 2011. Tahniah kepada pihak penganjur yang telah bersusah payah membuat persediaan bagi menyambut kedatangan saudara mara dan sahabat handai dari Australia, Brunei dan Singapura. Insya Allah lapuran mengenainya akan dimuatkan ke dalam blig ini dengan seberapa segera nya.

Khamis, 29 Disember 2011

Ucapan Takziah Atas Kembalinya Kerahmatullah Allayarham Haji Mohammed bin Lipin

Dengan penoh dukacita memaklumkan bahawa Haji Mohammed bin Lipin iaitu ayahanda tersayang Cik Maznah binti Haji Mohammed telah kembali ke rahmatullah pada pagi hari Ahad 25 Disember 2011 di Singapura. Allayarham adalah bapa mentua kepada Encik Yahya bin Ahmad, anakanda saudara kepada Sharifah Mariam binti Haji Abdullah Bana'mah yang mana ibunda Encik Yahya dengan Sharifah Mariam adalah adik beradik satu ibu.

Pemergian Allahyarham adalah bertepatan dengan waktu kaum keluarga besar Bana'mah berada di Labuan bagi Majlis Perjumpaan Tahunan yang juga dihadiri oleh Encik Yahya dan isteri Maznah, serta anakanada Mohamad Hidir. Kaum keluarga telah mengadakan bertahlil di rumah Encik Saffian dan Cik Salmah (anakanda Sharifah Mariam Bana'mah).

Keluarga besar Bana'mah dari Australia, Singapura, Brunei dan Malaysia mengucapkan berbanyak takziah kepada Encik Yahya sekeluarga dan mendoakan agar roh allayarham Haji Mohammed bin Lipin di cucuri rahmat dan ditempatkan oleh Allah Subbahanawataala didalam golongan orang-orang yang bertaqwa dan beriman. Amin.
Bacaan Surah Yassin dan Bertahlil yang diketuai oleh Ustaz Shahrizal Saffian. Pak Cik Yahya bin Ahmad (berbaju hijau) iaitu menantu kepada Allahyarham.

Jumaat, 16 Disember 2011

Tahniah atas keputusan-keputusan cemerlang

Alhamdulillah, keluarga Bana'mah tumpang bergembira atas kejayaan akademik anak-anak Bana'mah didalam peperiksaan di Universiti Brunei Darussalam, terutamanya kepada Siti Balqis Abdul Rahman dan juga Siti Farah Diyana Haji Mohammad Anas. Semoga kejayaan anak-anak Bana'mah di Negara Brunei Darussalam, Singapura dan Malaysia diberbagai peringkat termasuklah UPSR (Labuan) akan menjadi dorongan kepada anak-anak Bana'mah yang lain. Insya Allah.

Selamat Menyambut Ulang Tahun Jubilee Perak Perkhawinan


Pasangan Hj Abdul Rahman dan Hajah Rashimah dengan anakanda-anakanda (dari kiri) Iqah, Fairuz dan Balqis.
Alhamdulillah, Selamat Menyambut Ulang Tahun ke 25 Perkahwinan pada 15 Disember 2011 kepada Haji Abdul Rahman Tengah dan Hjh Rashimah Ismail. Haji Abdul Rahman adalah anakanda kepada Sheikh Haji Umar Bana'mah.

Selamat Melahirkan Cahayamata Pertama


Ahmad Furqan Shahrizal
Tahniah kepada Ahmad Shahrizal dan Marzia atas kelahiran cahayamata pertama Ahmad Furqan pada hari Jumaat, 16 Disember 2011 di Kota Kinabalu, Sabah jam 9.45 malam. Ahmad Shahrizal adalah cucunda kepada Sharifah Mariam binti Sheikh Haji Abdullah Bana'mah.

Selamat Melahirkan Cahayamata Ketiga


Alhamdulillah, sukacita diucapkan tahniah kepada Nuraini dan suami Razman atas kelahiran anakanda perempuan mereka Nur Fatiha pada hari Selasa 13 Disember 2011 di Labuan, Sabah. Nuraini adalah cucunda kepada Allahyarham Sharifah Hajah Gayah Sheikh Haji Umar Bana'mah.

Tahniah to Zarifdana Haji Zinal Abadin

Diucapkan setinggi tahniah kepada Zarifdana Hj Zinal Abadin kerana berjaya memprolehi Sarjana Muda kelas PERTAMA! dalam bidang Petroleum Engineering dari University of Sydney.

Mohamad Zarifdana Hj Zinal Abadin (kiri)dengan ninda Sharifah Hajah Sino binti Sheikh Haji Umar Bana'mah dan bonda Hajah Siti Hani Haji Abdul Latif. Juga dalam gambar Harith dan Hamizah Zinal Abadin.
Slip Result

Jumaat, 25 November 2011

Selamat Pengantin Baru

Sukacita diucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Abdul Samad bin Anuar dan isteri Halimatusa'adiah Haji Tengah. Majlis Pernikahan telah diadakan di rumah pengantin perempuan di Kampong Perpindahan Rimba pada jam 4.00 petang, hari Jumaat, 26 November 2011. Abdul Samad adalah anakanda kepada pasangan Anuar bin Haji Idris dan Dayang Jaimah. Abdul Samad adalah cucunda kepada Mak Embam (cucunda Sheikh Haji Abdullah Bana'mah).

Majlis Persandingan akan diadakan pada hari Ahad, 1 Muharam 1433 bersamaan 28 November 2011 di Dewan Sekolah Menengah Rimba.


Upacara Akad Nikah sedang dijalankan.

Pengantin Lelaki menyarungkan cincin ke jari Pengantin Perempauan

Kedua mempelai bergambar dengan keluarga Pengantin Lelaki.

Rabu, 16 November 2011

Selamat Kembali Ke Tanah Air



Sukacita dimaklumkan bahawa Dato Paduka Haji Yunos bin Mohammad Noh dan isteri Datin Hajah Haniah telah pun berangkat kembali ke tanah air pada petang 15 November 2011. Pesawat yang membawa rombongan haji ke empat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada pukol 3.30 petang. Menyambut ketibaan kedua jemaah di Tanjong Nangka adalah sanak saudara termasuklah Sharifah Hajah Sino binti Sheikh Haji Unar Al-Bana'mah.

Sukacita dimaklumkan bahawa Sharifah Hajah Tom binti Sheikh Haji Abdullah juga telah berangkat kembali ke tanah air dengan rombongan kedua yang tiba pada hari Isnin, 13 November 2011. Sharifah Hajah Tom disertai oleh suami Haji Abdu Bakar Sirat dan anakanda Hajah Bibi serta suami, Haji Mohamad Naseer.

Didoakan semoga memperolehi haji yang mabrur, amin.

Isnin, 14 November 2011

Perjumpaan Al-Bana'mah di Pulau Labuan

Sukacita memperingatkan bahawa Perjumpaan Al-Bana'mah akan berlangsung kira-kira 40 hari sahaja lagi iaitu pada 25 Disember 2011. Kepada sesiapa yang ingin mendaftar untok menyertai Majlis Perjumpaan berkenaan sila hubungi Nurjani, Labuan.

Selamat Hari Raya Aidul Adha

Walau sudah berlalu, kami keluarga besar Bana'mah di Brunei Darussalam ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidul Adha kepada seluruh umat Islam khususnya kepada keluarga-keluarga bana'mah di Malaysia, Singapura, Indonesia, Yemen dan lain-lain lagi. Kepada yang menunaikan fardhu haji didoakan semoga mendapat haji yang mabrur. Amin.

Selasa, 11 Oktober 2011

Gambar Tok Busu (Haji Abdul Latif), Adik kepada Sheikha Maimunah (Isteri Sheikh Haji Abdullah Banamah)



Alhamdulillah, penulis pernah bertemu dengan Tok Busu semasa kecil2 dulu di No. 8 Jalan Khamis. Tapi sebab masih terlalu kecil tidaklah pula berbual-bual dengan nya. Maklum masa itu, budak-budak selalu takut hendak bercakap dengan orang-orang yang sudah berumur.

Tok Busu yang berbaju merah adalah datuk kepada Mak Cik Salmah yang menetap di Yishun pada masa ini. Juga dalam gambar adalah Tok Ami (Allayarham Sheikh Abu Bakar Bana'mah anakanda kepada Sheikh Haji Abdullah Bana'mah dan Sheikha Maimunah). Keduanya telah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah.

Perkumpulan Keluarga Sambil Berhari Raya

Semasa menghadiri Majlis Perkahwinan Dr Haji Ian Geoffrey dan Siti Sarah serta Majlis Menghantar Berian dan Pernikahan Siti Khatijah Dato Haji Yunos, sanak saudara dari Singapore dan Labuan mengambil kesempatan berkunjung dan berhari raya di kediaman Haji Mohammad Anas dan keluarga. Haji Mohammad Anas adalah anakanda kepada Sharifah Hajah Sino binti Sheikh Haji Umar Bana'mah. Kunjungan ini dibuat pada hari Jumaat, 9 Sept.2011.



Isnin, 10 Oktober 2011

Majlis Menghantar Berian (Mas Kawin) Dr. Haji Ian Geoffry

Assalamualaikum, sukacita mengambil peluang ini untok memuat naik kedalam blog, gambar-gambar semasa majlis menghantar berian bagi perkahwinan Dr. Haji Ian Geoffrey dan Siti Hajar Hj Mohd Daud. Majlis berlangsung pada Ahad, 4 September 2011 dirumah kediaman Haji Mohd Daud di Kampong Sungai Hancing

Dalam bus menuju ke rumah pengantin perempuan
Semasa dalam perjalanan

Aishah dan Amalina tidak ketinggalan membantu membawa gangsa berisi hantaran
Balqis dan Iqah (belakang)

Sharifah Hjh Sino Bana'mah dan Dato Paduka Hj Yunos
Hajah Jamilah

Siti Nur Syahirah tidak mahu ketinggalan









Rabu, 5 Oktober 2011

Siti Fatimah Azzahraa' berlepas ke United Kingdom

Maaf kerana terlewat memasukkan kedalam bolg gambar-gambar semasa Siti Fatimah Azzahraa' Haji Mohammad Anas bertolak ke United Kingdom bagi meneruskan pelajaran diperingkat A-Level atas biasiswa Dana Yayasan Haji Hassanal Bolkiah. Semoga berjaya dan mudahan dapat dijadikan contoh bagi ahli-ahli keluarga Bana'mah yang lain amin. Siti Fatimah Azzahraa' bertudung putih bergambar ramai bersama kakak-kakak dan sepupu sejurus sebelum masuk ke dewan bertolak.
Doa selamat dibacakan oleh Imam Muda Harith Zinal Abadin
Kakanda Qistina (baju merah) tidak dapat menahan sedih melihat adinda akan bertolak meningalkan keluarga untok menuntut ilmu di negeri orang.

Majlis Berbedak Dri Haji Ian Geoffrey

Majlis Berbedak Dr Ian Geoffrey berlangsung pada hari Ahad, 4 September 2011 di kediaman Hj Abdul Rahman bin Haji Tengah, ayahanda saudara di Perumahan Rakyat Jati Rimba.
Haji Mohammad Barkley Stewart membedaki anakanda tersayang Dr. Haji Ian Geoffrey.

Bonda Hajah Salmah Haji Tengah membedaki pengantin lelaki
Ninda Sharifah Hajah Sino binti Sheikh Haji Unar Bana'mah
Ninda Sharifah Hajah Tom binti Sheikh Haji Umar Bana'mah
Ayahanda saudara Dato Paduka Hj Mohd Yunos Mohd Noh.
Ayahanda saudara Haji Mohammad Anas Haji Abdul Latif tumpang gembira

Selasa, 4 Oktober 2011

Majlis Persandingan Dr. Haji Ian Geoffrey Stewart Dengan Dayang Siti Hajar Hj Daud

Alhamdulillah, setelah sekian lama sibuk dengan tugas-tugas tertentu, barulah sekarang berpeluang untuk memberikan perkembangan terkini mengenai keluarga Bana'mah. Sebenarnya banyak acara-acara yang telah berlalu yang tidak sempat dimasukkan ke dalam blog ini. Insya Allah, jika terluang masa acara-acara ini akan dimuatkan nanti.

Di kesempatan ini, dipamerkan sebahagian dari gambar-gambar yang diambil semasa Persandingan Dr. Haji Ian Geoffrey yang berlangsung di Risqun International Hotel di Gadong.


Kedua memperlai bergambar bersama ayahanda, ibunda dan kakanda tersayang.

Pengantin bergambar dengan keluarga Haji Abdul Rahman Tengah (bapa saudara pengantin lelaki)

Merakamkan gambar kenangan bersama keluarga dari Brunei dan Singapura

Satu lagi gambar bersama keluarga dari Brunei dan Singapura
Kedua pengantin berkongsi saat bahagia
Bapa-bapa saudara Pengantin Lelaki tumpang bergembira.


Ninda Pengantin Lelaki, Haji Abdul Latif Muhammad dan Khusaini dari Singapura
Ayahanda Pengantin Lelaki Hj Mohd Barrkley, bersama ayahanda-ayahanda saudara yang lain
Gabung talian persaudaraan 3 negara Brunei, Malaysia dan Singapura

Haji Mohammad Sofian, Raffid dan Haji Abdul Rahim berkongsi kegembiraan sambil bergambar kenang-kenangan