Rabu, 19 Januari 2011

Warga Emas Bana'mah: Manan@Mat Zin bin Umar


Pak Manan (Baju kuning muda) semasa Majlis Perjumpaan Kedua Bana'mah pada 25 Disember 2010. Disebelah beliau ialah Haji Abdul Latif bin Muhammad, suami kepada Sharifah Hajah Sino binti Sheikh Haji Umar Bana'mah.

Pak Manan atau dikenali dengan nama penuhnya Manan@Mat Zin bin Umar adalah anakanda kepada Sharifah Fatom binti Sheikh Haji Abdullah Bana’mah. Pak Manan adalah adik kepada Pak Usop yang mana telah diperkenalkan sebelum ini.

Pak Manan telah lama bersara dari pekerjaan beliau dengan Syarikat Brunei Shell Petroleum Sendirian Berhad. Beliau kini menetap di Kuala Belait bersama isteri beliau dan anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicit beliau. Kegemaran Pak Manan adalah menangkap ikan di Pantai Belait. SEmasa bekerja dengan BSP, beliau Tinggal di Perumahan BSP di Nakhoda Ragam (kini telah dirubuh) yang mana rumah beliau ini hanya tiga ke empat rumah saja jauhnya dari rumah Allayarham biras beliau Haji Idris (suami kepada adinda Pak Manan (Mak Embam). Saya masih ingat semasa kecil selalu gembira jika pergi ziarah ke rumah Pak Manan kerana disebelah rumah beliau ada satu taman permainan (play ground).

Sepertimana jua kekanda dan adik-adik beliau, Pak Manan dilahirkan di Labuan dan dibawa berpindah ke Brunei oleh ayahanda saudara mereka Sheikh Haji Umar bin Sheikh Haji Abdullah selepas perang dunia kedua.

Jumaat, 14 Januari 2011

Warga Emas Bana'mah: Yusof bin Umar@Umar Hitam


Dalam gambar: Pak Yusof duduk tengah dengan saudara mara dari Labuan. Juga dalam gambar Sharifah Hajah Sino binti Sheikh Haji Umar Bana'mah. Dayang Paya (bertudung hitam dan Haji Alias (baju orange) keduanya anakanda Allayarham Sharifah Haji Gayah binti Sheikh Haji Umar Al-Bana'mah

Alhamdulillah, semasa Majlis Perjumpaan Bana'mah kali pertama di Singapura pada 25 Disember 2009 dan kali kedua di Bandar Seri Begawan pada 25 Disember 2010, sanak saudara yang hadir berpeluang bertemu dengan seorang warga emas Bana'mah iaitu Yusof bin Umar. Pak Usop, nama yang selalu digunakan oleh anak-anak buahnya dilahirkan di Labuan. Ibundanya bernama Sharifah Fatom binti Sheikh Haji Abdullah Bana'mah dan ayahanda beliau ialah Umar, yang dikenali di Labuan sebagai Umar Hitam (kekanda kepada Pakcik Kurus, Singapura). Pak Usop mempunyai seorang anak lelaki bernama Hamid dan beberapa orang cucu. Isteri Pak Usop telah kembali ke rahmatullah beberapa tahun yang lalu.

Pak Usop tinggal di Kampong Mumong, Kuala Belait bersama dengan adinda bongsu beliau Hamidon (juga dikenali sebagai Pak Lebai, oleh anak2 buah beliau). Pak Usop dengan adik beradik beliau yang lain iaitu Pak Manan@Mat Zain, Mak Embam dan Hamidon dipelihara semenjak kecil oleh bapa saudara mereka Sheikh Haji Umar bin Sheikh Haji Abdullah Bana'mah yang juga membawa mereka berpindah ke Kuala Belait, Brunei tidak lama selepas Perang Dunia Kedua.

Khamis, 6 Januari 2011

Perjumpaan ke 3 Persaudaraan Bana'mah

Alhmadulillah, sungguh gembira sekali bila mendengar bahawa kaum keluarga kita di Wilayah Persekutuan Labuan akan menjadi Tuan Rumah bagi Perjumpaan Persaudaraan Bana'mah sekitar penghujung tahun 2011 ini nanti.

Wilayah Persekutuan Labuan merupakan sebuah pulau di Laut China Selatan dan jika dari Brunei Darussalam hanya mengambil masa 1 jam melalui perjalanan laut. Labuan juga mempunyai fasiliti perhubungan udara yang baik melalui Lapangan Terbang yang bertaraf antarabangsa.

Bagi keluarga Bana'mah pula Labuan adalah pulau yang bersejarah kerana di Pulau Labuan ini lah iaitu terletaknya makam Sheikh Haji Abdullah Bana'mah dan beberapa orang anak-anak beliau termasuklah Sharifah Raidah dan Sharifah Mariam serta beberapa orang cucu termasuklah Sharifah Hajah Gayah binti Sheikh Haji Umar Bana'mah. Kita berharap keramaian saudara mara dan sahabat handai dari Brunei Darussalam, Malaysia dan Singapura akan melebihi dari yang hadir semasa perjumpaan kedua pada bulan Disember 2010 di Bandar Seri Begawan.

Selamat Datang ke Wilayah Persekutuan Labuan.

Labuan sebuah pulau yang indah dan penoh sejarah.