Selasa, 29 Jun 2010

Allahyarham Sharifah Hjh Edah binti Sheikh Haji Umar Abdullah

Terkedohong (Cakap Brunei bagi 'terlanjur') bercerita tentang cara merawat sakit dan kecederaan kecil di awal tahun 1960an, saya teringat dengan cara Maedah mengubati benjol dikepala ku. Yah, diakui dalam setahun sudah pasti tiga ke empat kali kepala saya terhentok kepada pintu, dinding dan tanah semasa bermain maklumlah masa itu masa kecil, kurus dan sangat aktif. Mula-mula Maedah akan menyapukan kapur (jenis yang dimakan dengan sirih dan pinang), kemudian beliau akan mengumpul bulat hujung rambut beliau sehingga sebesar bola golf. Beliau akan meniup bebola rambut tersebut sehingga panas sebelum menekankannya perlahan-lahan diatas benjol.





Entah, samada ahli perubatan mengakui proses ini mempunyai kesan. Tapi bagi saya, saat beliau menyapukan kapur dan menekankan benjol dengan rambut itu adalah menjadi kenangan bagaimana beliau mengambil berat dan memberikan kasih sayang kepada diri saya.

Minyak Geliga Atuk

Allahyarham Sheikh Haji Umar bin Abdullah Al-Bana'mah sentiasa membawa ubat gosok yang dikenali sebagai Minyak Geliga. Memang Atuk panggilan saya kepada beliau gemar mengunakan minyak tersebut jika merasa pening. Dan beliau juga menyapukan kepada cucu-cucunya jikalau ada diantara kami sakit perut, pening dan terkena sangatan penyengat (Sebutan Brunei bagi lebah). Bagi saya ini termasuklah bagi mengurangkan kesakitan benjol2 di kepala yang diakibatkan oleh mata yang agak kabur.



Kadang2 Atuk juga menggunakan minyak harimau yang jenis merah. Aduh betapa panas rasanya jika minyak berkenaan dikenakan ke dahi jika pening kepala dan sangat pedih bila disapukan pada hidung yang selesma. Begitulah Atuk, tak lenggang dengan minyak-minyak sapu tersebut. Terdapat petua Atuk jika mengubati benjol dengan minyak harimau, mula2 disapukan minyak kepada benjol dan selepas itu bontot botol minyak akan ditekankan perlahan-lahan pada benjol berkenaan. Insya Allah benjol akan cepat pulih.





Cerita ini bukanlah untuk mempromosikan kedua2 produk dari herba berkenaan, ianya hanyalah bagi menceritakan kepada generasi muda yang berkemungkinan lahir selepas Allayarham Sheikh Haji Umar Al-Bana'mah meninggal dunia. Itulah cara hidup dizaman lampau, apa jua jenis sakit termasuk demam maka minyak geliga, minyak harimau dan minyak kapak lah yang paling dahulu digunakan sebelum berjumpa doktor.

Isnin, 28 Jun 2010

Kenangan Disember 2009. Kunjungan Keluarga Brunei ke Singapura


Hajah Salmah (Brunei) bersama dengan Mak Cik Hjh Zaharah (tengah)


Rombongan Keluarga dari Brunei gembira bertemu sanak saudara di Singapura.



Mengambil kesempatan menghadiri Majlis Perkahwinan Alaudin Mahmod.


Sabtu, 26 Jun 2010

Majlis Meraikan Pengantin Baru

Alhamdulillah, Majlis Meraikan kedua mempelai Shahrizal dan Marzia telah diadakan pada pagi tadi 26 Jun 2010 (jam 9.00 Pagi hingga 2 Petang)di Island Garden, Labuan. Syukur perjalanan laut dari Brunei ke Labuan agak selesa kerana keadaan laut hanya lah beralun sederhana (begitu jua dalam perjalanan balik).

Setiba di Labuan, saya terus mengambil teksi ke Island Garden (rupanya sudah ada tiga buah kerita menanti di dermaga pada masa itu). Sungguh ramai saudara mara dan sahabat handai yang datang dengan pakaian berwarna warni. Setelah mengucapkan selamat kepada kedua mempelai dan ayah bonda mempelai lelaki, saya terus bersalaman dengan sanak saudara yang lain yang datang dari Labuan, Kota Kinabalu dan Brunei (termasuk bonda yang telah tiba sehari sebelumnya, begitu jua Haji Abdul Jalil dan isteri serta cucu). Selepas itu saya turut menikmati jamuan yang dihidangkan. Alhamdulillah. Berikut adalah foto2 yang sempat diambil ketika majlis diadakan.



Hjh Salmah dan suami, Mustapa Kamarudin dan Hj Mohd Anas bersama kedua mempelai.



Rabu, 23 Jun 2010

Dalam Kenangan Pak Cik Anif (Pak Cik Kurus (Singapore)



Pak Cik Anif (duduk membaca majalah) ketika berziarah kepada bapa saudara beliau Sheikh Haji Umar bin Sheikh Haji Abdullah Al-Bana'mah (belakang tersembbunyi oleh cucunda Haji Salim - anak kepada Sharifah Edah binti Sheikh Haji Umar Al-Bana'mah) di kawasan sekolah Sultan Ahmad Tajuddin, Kuala Belait. Juga dalam gambar Anuar (anak kepada Sharifah Saifon binti Sheikh Haji Umar Al-Bana'mah)




Pak Cik Anif (paling kiri) bergambar ramai dengan sepupu beliau (Sharifah Hajah Edah binti Sheikh Haji Umar Al-Bana'mah), isteri beliau Mak Cik Zaharah (Baju Hijau) dan juga Haji Abdul Latif Muhammad (suami kepada Sharifah Hjh Sino binti Haji Umar Al-Bana'mah). Duduk dari kiri (Hajjah Salmah (anak kepada Sharifah Hjh Edah), Ian Jeffery (sekarang Doktor, anak kepada Hjh Salmah), Sharifah Hjh Sino dan Abdul Rahman Haji Tengah (Anak Sharifah Hjh Edah).

Gambar2 ini dimabik sekitar tahun 1981)

Dalam Kenangan - Sharifah Raidah (Nenek Buang) binti Sheikh Abdullah Al-Bana'mah


Nenek Raidah (Nenek Buang) (Paling kiri) adinda kepada Sheikh Haji Umar dan Sheikh Haji Abu Bakar bin Abdullah Al-Bana'mah bergambar dengan Cik Zaharah (Isteri Allahyarham Anif (Pak cik Kurus). Gambar diambil di Labuan.



Nenak Raidah (Tiga dari kiri) bersama dengan Mak Cik Zaharah (paling kiri). Juga dalam gambar Bibi (Tam anak kepada Sharifah Mariam binti Abdullah Al-Bana'mah).

Isnin, 21 Jun 2010

Kisah Lucu Semasa Tinggal Di Jalan Khamis.

Tinggal di Jalan Khamis selalu meninggalkan kenangan manis bagi kami keluarga dari Brunei. Semasa itu, Tok Ami Abu Bakar, Nenek Janis dan Moyang Maimunah masih hidup dan dapatlah kita bermesra dengan mereka. Yang tinggal di No 8 Jalan Khamis masa itu (dalam tahun 60an) termasuklah Auntie Fatimah, Auntie Achee, Dayang dan Mak kepada Dayang dan Awie. No. 8 Jalan Khamis adalah jenis Semi-Detached.

Yang menarik nya semasa itu saya masih kecil (dalam umur 8 ke 9 tahun) dan kegemaran saya ialah pergi membeli barang2 dapur dan makanan di gerai-gerai yang banyak di tepi jalan besar. Banyak perkara lucu yang berlaku kerana saya selalu tersesat jalan. Mana tidak pertama kali masuk Jalan Isnin, lepas itu cari Jalan Selasa, Jalan Rabu sebelum Jalan Khamis.

Yang paling seronok ialah semasa waktu malam dimana banyak gerai-gerai mainan dan makanan disediakan di kawasan yang sama. Sudah pasti bagi saya sudah menjadi kemestian membeli pedang (dalam satu sarung pedang ada dua pedang). Emak belikan saya satu dan abang saya satu - lepas itu kami akan bermain pedang ala wayang China. Bagi Haji Sofian selalunya dia akan dibelikan senapang dan pistol mainan. Memandangkan cuma Hajah Siti Hani sahaja anak perempuan pada masa itu, kadang2 emak pasangkan baju perempuan untuk Haji Sofian (dulu ada gambarnya tetapi tak tahu dimana gambar tersebut entah sudah hilang... cukup dengan botol susu sekali).

Lagi yang paling lucu ialah Hajah Salmah (Brunei), tiap-tiap malam tak lain asyik beli kerang rebus saja. Besoknya pasti sakit perut. Yang hairannya malam hari beli lagi. Hajah Salmah selalunya pergi beli kerang dengan Hajah Siti Hani dan Awie. Dayang pada masa itu asyik berkurung saja dalam bilik. Dayang masa itu pemalu sikit taklah sepertimana masa ini.

Kalau masa Auntie Achee masak, saya pasti akan berada di dapur. Bukan apa asyik nak volunteer pasangkan api gas dengan mengunakan pemetik api yang mempunyai trigger. Bila di triggered ianya akan memusing batu kelikir kasar dengan besi yang kasar dimana gisilan kedua-dua bahan ini akan mengeluarkan percikan api.

Pejalanan Dari Brunei Ke Singapura dalam tahun hujung tahun 60an dan awal tahun 70an

Pada penghujung tahun 60an dalam awal tahun 70an. Perjalanan dari Brunei ke Singapura bertambah selesa dengan adanya perkhidmatan pesawat terbang MSA (Malaysia Singapore Airlines). Perjalan akan bertolah dari Lapangan Terbang Brunei di Berakas (sekarang dijadikan Kompleks Bangunan-Bangunan Kerajaan dengan Control Tower dan bangunannya dijadikan Bangunan Percetakan Kerajaan). Penerbangan ke Kota Kinabalu mengunakan pesawat jenis Fokker Friendship yang mempunyai dua kipas.


Dari KK (nama popular Kota Kinabalu) kita akan menggunakan pesawat Boeing 737 juga kepunyaan MSA. Penerbangan ke KK mengambil masa kira2 40 minit dan dari KK ke Singapura akan mengambil masa kira-kira 2 jam sahaja.




Dalam tahun 70an, saya bersama keluarga selalu tinggal di Lion City Hotel. Ianya sepertimana jua pada masa ini sangat convenient kerana hampir dengan Geylang Serai dimana banyak kedai2 yang menjual kain baju dengan harga yang murah. Tetapi bagi saya, Geylang Serai bererti Nasi Ayam Sambal.

Perjalanan Dari Brunei ke Singapura dalam tahun 60an

Saya masih ingat perjalanan dari Brunei ke Singapura dalam tahun 1960an iaitu melalui kapal laut. Perjalanan akan bermula dari Dermaga Kastam di Pekan Brunei menuju ke Labuan samada menggunakan kapal Bolkiah, kapal Sultan ataupun kapal Pretty. Kapal Sultan akan mengambil masa kira-kira 4 jam untuk sampai ke Labuan. Sultan dan Pretty adalah lebih laju tetapi memandangkan ianya lebih kecil selalunya perjalanan kurang selesa jikalau laut berombak.

Kapal Bolikaih milik Kerajaan Brunei

Dari Labuan kita akan menggunakan Kapal Rajah Brooke atau Kimanis ke Singapura dan persingahan di Miri dan Kuching (cuma dalam kapal kerana kapal hanya memungah masuk dan keluar kargo). Saya paling suka melihat pemunggahan kargo di Kuching kerana selalu ada kuda yang dinaikkan keatas kapal. Perjalanan ke Singapura mengambil masa kira2 4 ke 5 hari. Mabuk laut memang sudah jadi kebiasaan. Muntah, makan, muntah makan lagi. Setiba di Singapura kita akan diturunkan melalui bakul besar dengan mengunakan kren kapal ke tongkang2 kecil yang membawa kita ke dermaga di daratan.
Selalu kita akan berada di Singapura hampir satu bulan. Memang patutlah, saya selalunya mengambil masa satu minggu untuk pulih dari mabuk laut. Semasa di Singapura, saya bersama ayah, ibu dan adik beradik yang lain serta sepupu-sepupu akan tinggal di Jalan Khamis di rumah Tok Ami Bakar.



Kapal Rajah Brooke (Saya memang tidak tahan mencium bau diesel di bilik injin kapal tersebut.



Kapal Kimanis

Jumaat, 18 Jun 2010

Sharifah Hjh Sino Al-Banamah Bersama Suami, Anak2, Anak2 Menantu dan Cucu2 (November 2008)


Majlis Jubli Perak Haji Abdul Latif dan Sharifah Hjh Sino Al Bana'mah (Disember 2008)- Bhg 2


Cik Salmah mendendang sebuah lagu dengan suara yang sangat merdu. Haji Mohd Anas memberikan sekuntum bunga.

Anak dan cucu2 Dato Paduka Haji Yunos mendendangkan lagu

Qistina Anas, Farah Diyana Anas, Khatijah Sofian, Hamizah Zinal Abadin dan Yasmin Farhana Sofian mempersembahkan sebuah tarian.

Azizan Anas, Zaid Sofian, Anuar Sofian, Mohamad Sofian dan Azim Anas mempersembahkan tarian.

Shahril, Seri dan Abdullah dari Labuan dan Poco Poco.


Persembahan Memukun dari artis2 undangan

Anuar Shadat dan isteri dari Kuala Belait, Brunei.

Sugandi (anakanda Sharifah Fatom binti Sheikh Haji Umar bin Sheikh Haji Abdulah Bana'mah) dan anak berziarah dengan Haji Abdul Latif

Khusaini dari Singapura mengucapkan tahniah

Sharizal Saffian (cucunda Sharifah Mariam binti Sheikh Haji Abdullah Bana'mah) membaca doa kesyukuran




Haji Abdullah dari Brunei mempersembahkan silat songsang terbalik

Shahrizal dari Labuan seronok meyaksikan persembahan

Pak Cik Saffian (Labuan) dengan isteri, Salmah (anakanda Sharifah Mariam binti Sheikh Haji Abdullah Bana'mah).

Sebahagian dari saudara mara yang hadir

Nurjanis dari Labuan (cucunda kepada Sharifah Hjh Gayah binti Sheikh Haji Umar bin Sheikh Haji Abdullah Bana'mah)




Haji Abdul Rahman, anakanda kepada Sharifah Hjh Edah bin Sheikh Haji Umar bin Sheikh Haji Abdullah Bana'mah bersama keluarga.

Hjh Norhayati anakanda kepada Sharifah Hajah Sino bte Sheikh Haji Umar bin Sheikh Haji Abdullah Bana'mah

Cik Salmah (Singapore), Hjh Mariam (Brunei), Nurjanis (Labuan)

Mak Cik Salmah (labuan) anakanda kepada Sharifah Mariam binti Sheikh Haji Abdullah Bana'mah)

Majlis Jubli Emas Perkahwinan Haji Abdul Latif dan Sharifah Hajah Sino Al-Bana'mah (Disember 2008)