Isnin, 28 Mei 2012

Kenangan Lama

Terma kasih kepada Dayang binti Jafar, Singapura kerana mengirimkan gambar ini. Gambar menujukkan Sharifah Hajah Sino binti Sheikh Haji Umar berserta anakanda-anakanda Abdul Jalil (Kanan), Siti Hani (tengah) dan Mohammad Anas (kiri). Gambar ini adalah sekitar tahun 1966.

Rabu, 23 Mei 2012

Berkunjung ke Singapura Part 3

Gambar ayahanda Haji Abdul Latif bin Muhammad dan bonda Sharifah Hajah Sino bte Sheikh Haji Umar semasa berada di Singapura dari pertengahan April sehingga 12 Mei 2012. Kedua-dua nya berada di Kota Singa untuk melawat anaknda Hajah Siti Norhayati dan suami Junidi Telih, sambil berjumpa sanak saudara disana. Terima kasih kepada Nursiah Wardi kerana berkongsikan gambar-gambar ini.

Selasa, 22 Mei 2012

Berkunjung ke Singapura Part II

Farah Anas, Qistina Anas, Khaty Sofian bersama dengan emak-emak saudara Nursiah (hujung kanan) dan Nurul (bertudung). Juga dalam gambar Lily dan Sofia, anakanda-anakanda kepada Nurul dan Khusaini.

Isnin, 21 Mei 2012

Berkunjung ke Singapura

Alhamdulillah pada awal bulan Mei, Qistina Anas, Farah Diyana Anas, Yasmin Sofian dan Khatijah Sofian berkesempatan untuk berkunjung ke Singapura. Semasa disana mereka berkesempatan melawat tempat-tempat menarik. Terima kaseh kepada emak saudara mereka Nursiah dan bapa saudara Khusaini atas layanan yang diberikan.

Selamat Kembali Ke Tanah Air

Sukacita memaklumkan bahawa Hajah Siti Norhayati binti Haji Abdul Latif dan suami Junaidi Tileh telahpun kembali ke Negara Brunei Darussalam setelah berkhidmat di Singapura selama kira-kira tiga tahun. Di ucapkan berbanyak terima kaseh kepada keluarga Banamah di Singapura atas layanan baik kepada beliau sepanjang berada di Kota Singa. Gambar menunujukkan Hajah Siti Norhayati dengan suami serta bonda Sharifah Hajah Sino dan ayahanda Haji Abdul Latif di Lapangan Terbang Changi sebelum berangkat pulang pada 12 Mei 2012.

Ariffin Mahmod dan Norashimah Aziz - Ulang Tahun ke 4 Perkahwinan

Alhamdulillah, tahniah kepada Ariffin Mahmod dan Norhasimah Aziz kerana menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-empat apada 17 Mei 2012. Semoga sentiasa berbahagia dan sihat walafiat andainya, amin.
Tahniah kepada Aslinah Mahmod dan Mohamad Dzul Azhan sempena menyambut ulang tahun ketiga perkahwinan. Semoga kekal berbahagia, Amin.

Khatam Al-Quran

Tahniah kepada Abdul Azim dan Mohammad Azizat, cucunda Sharifah Hajah Sino kerana khatam Al-Quran pada hari Isnin 14, Mei 2012. Teruskan lagi pengajian ke tahab yang lebih baik.
Selamat Hari Ulang Tahun ke 8 untuk Siti Nur Syahirah Anas. Semoga sentiasa sehat walafiat dan rajin belajar.

Selamat Menunaikan Ibadah Umrah

Selamat Menunaikan Ibadah Umrah kepada keluarga di Labuan yang akan bertolak melalui Kota Kinabalu pada pagi ini. Semoga mendapat umrah yang mabrur.

Sabtu, 5 Mei 2012

Berita Gembira.

Alhamdulillah, sukacita memaklumkan bahawa beberapa ahli keluarga besar Al-Banamah dari Labuan dan Beaufort akan menunaikan ibadah umrah pada penghujung bulan Mei ini nanti. Rombongan termasuklah Kamsah Kamarudin (anakanda kepada Allahyarham Sharifah Hajah Gayah) dan anakanda Muhamad Abu Bakar, Mak Long, Hajah Maimun, Seri Kandi, Shahrizal dan isteri, Noordin dan keluarga, emak mertua Husin Kamarudin. Didoakan semoga mereka menerima balasan yang sebaik-baiknya dari Allah SWT atas pengorbanan harta dan masa. Amin ya rabbal alamin. Umrah disebut Hajjul Ashghar (Haji Kecil), Kata ini berasal dari kata i`timaar (kata berimbuhan). Cara melaksanakannya; Orang yang hendak umrah melakukan ihram dari mikat, kemudian melaksanakan tawaf qudum, lalu sai dan tahallul dengan mencukur atau menggunting rambut. Umrah (bahasa Arab: عمرة) adalah salah satu kegiatan ibadah dalam agama Islam. Hampir mirip dengan ibadah haji, ibadah ini dilaksanakan dengan cara melakukan beberapa ritual ibadah di kota suci Mekkah, khususnya di Masjidil Haram. Pada istilah teknis syari’ah, Umrah berarti melaksanakan Tawaf di Ka’bah dan Sa’i antara Shofa dan Marwah, setelah memakai ihram yang diambil dari Miqat. Sering disebut pula dengan haji kecil. Perbedaan umrah dengan haji adalah pada waktu dan tempat. Umrah dapat dilaksanakan sewaktu-waktu (setiap hari, setiap bulan, setiap tahun) dan hanya di Mekkah, sedangkan haji hanya dapat dilaksanakan pada beberapa waktu antara tanggal 8 Dzulhijjah hingga 12 Dzulhijjah serta dilaksanakan sampai ke luar kota Mekkah.
Ustaz Shahrizal Saffian (cucunda Sharifah Mariam binti Sheikh Haji Abdullah Bana'mah) bersama salah seorang sahabat beliau semasa menunaikan ibadah umrah pada pertengahan Mac 2012 yang lalu.